Hampir Nak Quit Photography, Kursus Bulan Photocinema Kembalikan Minat Saya


Hi guys! Adzrin Mansor is back!

Nak cerita background sikit. Saya mula belajar fotografi sejak tahun 2010. Masa tu saya baru pergi belajar di luar negara. Memang tujuan utama nak belajar fotografi ialah nak ambik gambar untuk simpan kenangan di sana. Tapi pada awal tahun 2016 saya habis belajar dan balik ke Malaysia. Yang bestnya, sejak balik Malaysia, saya dah malas nak tangkap gambar. Shoot pun selalu video je, guna kamera ofis, kamera sendiri tersadai dalam dry box.

Yep, saya haritu dah rasa makin hilang minat kepada fotografi, rasa nak quit foto pun ada. Sebab tu sekarang ada dalam proses menjual barang kamera untuk kurangkan barang dalam koleksi.

Tapi...

Hujung minggu lalu, Bulan Photocinema jemput saya untuk sertai kursus fotografi VISUAL RETREAT 1.0 di Al-Sakinah Resort, Janda Baik. Ini review saya.


Kursus ini diadakan di Al-Sakinah Resort, Janda Baik. Cuma 1 jam perjalanan menggunakan kereta dari stesen LRT Gombak lalu ikut Lebuhraya Karak. Kawasan Janda Baik ni memang dikelilingi kehijauan hutan. Wow waktu pagi dia sejuk betul, datang sini jangan lupa bawak jaket atau hoodie ok? Depan resort ni pun ada sungai yang bersih. Boleh mandi manda situ. Tahukah anda chalet penginapan kitorang ni terapung atas tasik? Chaletnya bersih dan selesa. Kalau nak holiday dengan family yang besar pun tempat ni recommended.

Oh sini makan pun sedap. Makan tengah hari makan ikan patin gulai tempoyak. Malam makan western, kambing bakar, ayam bakar. Pau beb. Satu-satunya kelemahan tempat ni ialah, member yang tak ada kereta atau tak boleh memandu susah sikit nak pergi. Kena car pool dengan member atau berkenalan dengan member baru, carpool sekali minyak tong tong. Simple. Takpe, photographer kan penting networking echeh.



Kursus ini dua hari satu malam. Bermula pagi sabtu whole day kelas, tidur satu malam, esoknya ada satu lagi round waktu pagi dan selesai waktu tengah hari. Sayangnya ada gak member saya yang bercadang nak hadir tapi tak dapat hadir sebab ada job. Musim cuti sekolah memang la tarikh hot ye dak? Kalau tidak gerenti crowded kelas ni. Takpe, cikgu boleh bagi fokus lebih kat student yay! Kalau korang perasan peserta pun diberi t-shirt khas untuk kursus ni.



Sesi pagi bermula dengan kelas dikendalikan oleh cikgu Fuad Topa (Instagram: @qaldimages). Beliau ni seorang arkitek dan jurufoto dengan pengalaman 10 tahun dalam industri, dan 6 tahun mengajar. Cikgu Fuad ni jugak salah seorang tenaga pengajar Saiful Nang Academy of Photography tau! In short, he knows what he's talking about.



Beliau ajar mengenai asas teknikal fotografi iaitu cara nak guna kamera, cara nak kawal exposure menggunakan setting ISO, aperture dan shutter speed dan sebagainya. Beliau jugak ajar mengenai berbagai teknik composition yang kita boleh gunakan dalam 'the art of seeing' untuk melatih mata kita mencari gambar yang menarik menggunakan elemen-elemen seni.



Waktu petang, semua peserta dibebaskan untuk keluar merayau di sekitar resort untuk sesi praktikal.  Kat sini lah peserta diberi peluang untuk shoot dua orang talent. Masa shoot tu cikgu-cikgu akan follow peserta dan beri tunjuk ajar secara live. Turun sungai, redah semak, panjat pokok eh takde la. Inilah kelebihan buat kursus fotografi kat resort - banyak tempat cantik nak shoot untuk sesi praktikal. Ada member siap kena gigit pacat lagi hahaha! Barulah real nature. Kalau duduk bandar je mana dapat semua experience ni.



Selepas habis shoot, matahari dah turun, dah siap mandi segala kitorang kembali untuk kelas sesi malam pulak. Kali ni untuk kelas editing menggunakan Adobe Lightroom dikendalikan oleh Cikgu Iqbal Zharif (Instagram: @iqbalzharif)



Kitorang diberi masa untuk edit gambar yang kitorang shoot tadi.

Pada pagi keesokan harinya, perserta bentangkan 5 gambar terbaik untuk pertandingan. Siapa gambar paling best dapat hadiah jam tangan atau powerbank dan sijil penyertaan.



Bolehlah letak dalam koleksi sijil ko-kurikulum... Eh lupa dah habis sekolah la pulak hehe.


Apa buat lah sorang budak tu main kipas...

Konklusinya kelas ni memang best. Saya boleh rekemen untuk beginner yang nak belajar fotografi in general. Bila kita belajar masuk kelas macam ni kita lagi cepat belajar dari trial and error sendiri. Tapi kat dalam kelas camni jugaklah korang boleh bina network. Mana tahu budak baru belajar yang dulu duduk sebelah ko rupanya nanti jadi photographer yang power? Itulah kelebihan join kelas.

TAPI APA YANG PALING BEST (Pada saya lah...)

Apa yang betul-betul kembalikan minat saya kat fotografi yang sebelumnya hampir pudar?

Waktu malam tu ada sesi perkongsian oleh The Assemble (Instagram: @theasmble), satu kumpulan photographer berbagai genre. Ada event photographer, ada fashion photographer, ada personal photographer untuk selebriti Che Ta, pergi London, pergi Makkah. Ada travel photographer, ada fashion videographer.

Time ni Q&A aktif betul sebab bukan selalu dapat sharing pengalaman dari photographer hebat-hebat.





Fashion photography, Travel Photography. Serious lawa. Hasil kerja diorang memang lain daripada yang lain. Bukan yang biasa saya tengok dari photographer tempatan.

Daripada sesi perkongsian ilmu dari The Assemble ini saya terus nampak sebenarnya masih banyak lagi yang boleh kita buat dengan fotografi bukan sekadar tulis blog macam saya ni atau shoot wedding je. Semua mereka ni dah pergi ke level international. Tengok segala pencapaian mereka ni buat saya rasa lebih motivated, sebenarnya ada banyak lagi progress yang kita boleh buat dalam bidang ini.

TAHUKAH ANDA?

Bulan Photocinema sedang dalam perancangan untuk kursus fotografi seterusnya yang dikendalikan oleh The Assemble. Kalau korang berminat nak join kelas dan belajar dari photographer level antarabangsa macam diorang ni, jemput isikan contact details anda supaya bila tarikh dan masa kursus seterusnya sudah confirm, saya boleh contact anda! Isi dengan klik link di bawah ini;



Okay dijemput share blog post ini kalau korang rasa best. Kalau nak ajak member pergi kelas tu di masa hadapan jemput member tu untuk isikan jugak details diorang kat sini. Ok apa-apa roger kat Page Facebook atau Instagram saya okeh?


A post shared by Adzrin Mansor (@adzrinmansor) on

Comments

Racun

ShaShinKi.com - 150x300 Warning

Popular posts from this blog

Tips Beli Kamera Murah Di Jepun

5 Kesilapan BESAR Ramai Photographer Amatur

20 Perkara Anda WAJIB Tahu Mengenai Shutter Count