Cara Gunakan Lens Vintaj Murah Di Kamera Sony E-mount Mirrorless


Ramai orang suka pakai kamera Sony E-mount mirrorless seperti model Sony A6000, Sony A5100 dan Sony A7 series sebab kamera keluaran Sony tawarkan spesifikasi yang bagus pada harga yang kompetitif - sangat value for money.

Tapi banyak suara-suara yang merungut 'Lens Sony mahal' kerana lineup lens high end Sony Zeiss dan Sony G Master yang mahal.

LENS SONY MAHAL?

Bagi saya ramai yang merungut tu sebenarnya belum habis belajar lagi pasal sistem kamera Sony. Lens Sony Zeiss dan G Master tu heavily marketed oleh Sony. Sony pasang iklan Sony Zeiss dan G Master sana sini. Jadi orang ramai cuma tahu pasal Sony Zeiss dan G Master tu jelah. Dia tak tahu sebenarnya ada lagi banyak pilihan selain lens Sony Zeiss dan G Master. Banyaknya saya ulang Sony Zeiss dan G Master. Eh ulang lagi.

Berbeza dengan DSLR, kamera Sony E-mount tak ada mirror, jadi jarak antara sensor dan lens mount sangat dekat. Ini membolehkan kita letak bermacam jenis adapter untuk replicate jarak flange distance kamera dan lens bermacam jenama lain. Dalam bahasa senang nak faham - Kamera Sony mirrorless boleh guna lens dari berbagai jenama lain dengan guna adapter je!

Lens + Adapter barulah pasang ke kamera! 

Jadi, bolehlah saya nak letak lens DSLR Canon Nikon saya kat kamera mirrorless Sony? Ya memang boleh. Tapi saya kurang galakkan atas sebab yang saya akan ceritakan dalam blog post lain. Jadi, option seterusnya ialah VINTAGE LENS!

MEMPERKENALKAN VINTAGE LENS


Lens vintage ialah lens kamera filem dari tahun 70-an dan 80-an. Kita boleh beli lens klasik ini dari pasar karat, kedai kamera yang dah lama established, dan seller kamera filem secara online. Dengan tambah adapter ke kamera Sony E-mount, kita boleh guna lens vintage ini kat kamera kita.

Antara sistem lens vintage yang orang suka ialah;

- Canon FD
- Nikon MF
- Minolta MD
- Olympus OM Zuiko
- Pentax-M dan Pentax-A
- Contax Yashica
- Leica M
- dan banyak lagi sistem kamera klasik...

APA KELEBIHAN LENS VINTAGE?



1) Support Full frame. Kamera filem semua boleh shoot filem 35mm dan sensor full frame memang direka sana saiz dengan filem 35mm. Jadi lens vintaj memang terbaik digunakan untuk kamera full frame!

2)  Kecil dan ringan. Kita guna kamera mirrorless sebab nak kit yang kecil dan ringan. Kebanyakan lens moden zaman sekarang gunakan kaca lens yang besar dan berat sebab nak dapatkan imej yang paling sharp. Masalahnya berat lah jadinya. Lens vintaj tak semuanya begitu. Banyak yang kecil belaka.

3) Murah. Semua lens vintaj ni teknologi lama dari tahun 70-an, 80-an dan takde autofocus. Kepada konsumer biasa diorang malas nak manual focus, leceh. Takde orang nak pakai lens vintaj ni. Jadi harganya murah bawah RM1000, semurah RM300 pun ada. Melainkan beberapa collectors items. Ada sesetengah vintage lens makin lama makin naik harga pun ada.

4) Tahan lasak. Barang zaman dulu, semuanya kukuh. Biasanya lens vintaj dibuat daripada besi. Bukan lens plastik macam zaman sekarang. Kamera zaman dulu pun segalanya mekanikal, tidak ada elektronik. Jadi boleh katakan susah nak rosak.

5) Karakter. Lens vintage punya hasil gambar sangat lain. Lens dulu tidak dibina untuk sharpness. Tapi hasil gambar dia menarik sebab dia ada karakter dia yang tersendiri.

Mana ada semua baik je, mesti ada kelemahan pakai lens vintage ni kan. Ini kelemahan lens vintage.

1) Sharpness. Geng pixel peeper yang suka kejar sharpness akan kecewa dengan sharpness lens vintage. Lens ni semua old tech

2) Manual focus. Jangan tanya pasal autofocus. Memang takde autofocus kena manually focus.

3) Kompleks. Dunia lens klasik ni sangat kompleks dan susah nak faham kalau tak rajin membaca atau menyiasat. Mount la, adapter la. Macam-macam.

4) GAS. Korang senang terkena Gear Acquisition Syndrome. Lens vintaj semuanya murah-murah dan sebab murah, korang rasa nak beli banyak lens. Bahaya. Sedar-sedar je dah beli 10 bijik lens. Hahaha. Kawal nafsu anda. Satu dua tiga biji je cukup.

5) DSLR tak boleh pakai vintage lens. Sesetengah lens vintaj tak boleh digunakan di DSLR. Hanya mirrorless je boleh pakai. Ini kelebihan buat mirrorless mungkin.

Itu je kelemahan lens vintaj bagi saya.

Tapi sebelum korang boleh guna lens vintaj kat kamera, kena tukar beberapa setting dulu.


1) RELEASE SHUTTER WITHOUT LENS

Secara default kamera kita tak nak tangkap gambar bila lens sudah dicabut. Lens vintage tidak ada hubungan elektronik dengan kamera, jadi kamera takkan detect kewujudan lens tu. Kita kena cakap kat kamera "Kalau kau tak detect lens pun kau kena tangkap gambar jugak."


Jadi masuk ke Menu > Gear tab > Page 3 > Release w/o Lens > Enable.

Sekarang kamera korang dah boleh tangkap gambar dengan lens vintage.

2) FOCUS PEAKING

Focus peaking ialah fungsi bantuan focus. Bila kita guna Focus Peaking, masa manual focus kamera kita akan tandakan kawasan yang in focus dengan warna.


Objek mana yang dia highlight guna warna tu sudah in focus.


Jadi masuk ke Menu > Gear tab > Page 2 > Peaking Level > High.

Kat bawah setting tu ada pilihan warna. Saya biasanya guna wanra merah.

3) FOCUS MAGNIFIER

Semasa manual focus dengan depth of field yang nipis, kita perlu fokus dengan tepat. Cara nak check focus yang paling bagus ialah dengan mangnify preview skrin kita. Kita boleh buat dengan assign apa-apa button yang korang suka untuk fungsi 'Focus Magnifier'.


Bila kita tekan butang ni, kamera akan zoom in preview tu supaya kita boleh check subjek dah in focus ke belum. Ini bukan lens punya zoom tau, dia zoom in sebahagian dari frame je untuk kita check subjek focus ke tidak.


Jadi masuk ke Menu > Gear tab > Page 6 > Custom Key Settings > Pilih mana-mana butang ikut kesesuaian korang > Set kepada 'Focus Magnifier'

Kat sini saya pilih Custom Button 1 sebab button tu duduk sebelah je shutter button kat Sony A7 saya.

ALL SET!


Dah boleh keluar shoot tangkap gambar guna lens vintaj anda. OK enjoy semua gambar ini ditangkap menggunakan lens vintaj.







Ok jemput share blog post ini bagi kawan lain baca jika bermanfaat okay!

BY THE WAY

Eh, saya pun sebenarnya dalam proses mengurangkan koleksi lens dan kamera saya. Biasalah dulu mangsa GAS banyak sangat lens dalam koleksi.



FOR SALE
Vivitar 28mm f/2.8 Close Focus (Canon FD mount)
Sekali Fotga FD to E-mount adapter

Boleh digunakan untuk kamera Sony E-mount mirrorless. Sony A6000, Sony A5100, Sony A7 series.
COD di Mutiara Damansara (weekdays) atau Batu Caves (weekends)

Harga: RM250
Contact saya dengan whatsapp 0133093280 atau klik link ini.


Comments

Racun

ShaShinKi.com - 150x300 Warning

Popular posts from this blog

Tips Beli Kamera Murah Di Jepun

5 Kesilapan BESAR Ramai Photographer Amatur

5 Cara Buat Duit Melalui Fotografi (Selain Wedding)