Posts

Showing posts from March, 2018

Cara Gunakan Lens Vintaj Murah Di Kamera Sony E-mount Mirrorless

Image
Ramai orang suka pakai kamera Sony E-mount mirrorless seperti model Sony A6000, Sony A5100 dan Sony A7 series sebab kamera keluaran Sony tawarkan spesifikasi yang bagus pada harga yang kompetitif - sangat value for money.

Tapi banyak suara-suara yang merungut 'Lens Sony mahal' kerana lineup lens high end Sony Zeiss dan Sony G Master yang mahal.
LENS SONY MAHAL?
Bagi saya ramai yang merungut tu sebenarnya belum habis belajar lagi pasal sistem kamera Sony. Lens Sony Zeiss dan G Master tu heavily marketed oleh Sony. Sony pasang iklan Sony Zeiss dan G Master sana sini. Jadi orang ramai cuma tahu pasal Sony Zeiss dan G Master tu jelah. Dia tak tahu sebenarnya ada lagi banyak pilihan selain lens Sony Zeiss dan G Master. Banyaknya saya ulang Sony Zeiss dan G Master. Eh ulang lagi.
Berbeza dengan DSLR, kamera Sony E-mount tak ada mirror, jadi jarak antara sensor dan lens mount sangat dekat. Ini membolehkan kita letak bermacam jenis adapter untuk replicate jarak flange distance kamera…

Hampir Nak Quit Photography, Kursus Bulan Photocinema Kembalikan Minat Saya

Image
Hi guys! Adzrin Mansor is back!

Nak cerita background sikit. Saya mula belajar fotografi sejak tahun 2010. Masa tu saya baru pergi belajar di luar negara. Memang tujuan utama nak belajar fotografi ialah nak ambik gambar untuk simpan kenangan di sana. Tapi pada awal tahun 2016 saya habis belajar dan balik ke Malaysia. Yang bestnya, sejak balik Malaysia, saya dah malas nak tangkap gambar. Shoot pun selalu video je, guna kamera ofis, kamera sendiri tersadai dalam dry box.

Yep, saya haritu dah rasa makin hilang minat kepada fotografi, rasa nak quit foto pun ada. Sebab tu sekarang ada dalam proses menjual barang kamera untuk kurangkan barang dalam koleksi.

Tapi...

Hujung minggu lalu, Bulan Photocinema jemput saya untuk sertai kursus fotografi VISUAL RETREAT 1.0 di Al-Sakinah Resort, Janda Baik. Ini review saya.


Kursus ini diadakan di Al-Sakinah Resort, Janda Baik. Cuma 1 jam perjalanan menggunakan kereta dari stesen LRT Gombak lalu ikut Lebuhraya Karak. Kawasan Janda Baik ni memang dikel…

10 Kesilapan Aku Sepanjang 7 Tahun Berblogging

Image
Dalam blog post yang lepas, aku tulis 5 kesilapan photographer amatur. Hari ni aku nak tulis 10 kesilapan aku pulak semasa berblogging.
1) Blog aku bukan lagi pasal diri aku.
Aku mula berblogging sejak tahun 2010. Pada masa itu aku tulis blog dalam Bahasa Inggeris. Aku banyak tulis esei panjang pasal pengalaman travel merata tempat dan pengalaman hidup aku sendiri.

Ramai member aku yang bukan Melayu suka baca. Pada hujung tahun 2011, aku mula berminat kepada fotografi. Jadi pada masa ini aku banyak membaca artikel di internet pasal fotografi. Aku tuliskan semula apa yang aku baru belajar kat dalam blog. Supaya segala teori dan ilmu pengetahuan tu lekat dalam kepala.
Pada masa ini semua penulisan aku masih lagi dalam Bahasa Inggeris. Siapa yang follow aku dari zaman Aperture Kinetics, dan kemudiannya ditukar jadi APKINS tahu lah ni semua.
Tapi ramai member Melayu bagi cadangan, blog fotografi dalam Bahasa Inggeris dah banyak dah ada, apa jadi kalau aku tulis dalam Bahasa Melayu supay…

Racun

ShaShinKi.com - 150x300 Warning