5 Kesilapan BESAR Ramai Photographer Amatur


Mengaku jelah. Kita semua pernah buat silap. Kalau korang tengah baca blog post ini kemungkinan besar korang ni memang seorang photographer atau seseorang yang minat fotografi. Tak kira lah skill level korang tahap mana sekalipun, bagi saya korang wajib elakkan dari buat lima kesilapan yang saya akan ceritakan kat korang ni!

WARNING: PENULISAN INI PEDAS. KALAU TERASA... BAGUSLAH HAHAHA

1. Tak baca user manual.

Ramai orang beli kamera lepas tu user manual buang je. Setiap kamera dalam kotak dia tu wajib ada diberi user manual yang menerangkan segalanya pasal cara nak guna kamera tu.

Butang ini kalau tekan apa fungsinya. Menu option ini kalau pilih apa jadi. Kalau keluar error message code berapa apa maksudnya. Macam-macam lagi lah. Dari user manual tu selain belajar cara guna kamera, kita jugak boleh belajar apa kemampuan sebenar kamera kita. Zaman sekarang ni kamera power-power belaka. Takyah model mahal, model murah pun macam-macam benda sebenarnya dia boleh buat. Korang je yang tak tahu nak pakai sebab tak baca user manual.

Ada yang akan bagi alasan;

"Saya beli kamera second hand, user manual tak ada."

Alasan je tu. Pergi kat website jenama kamera korang (Canon Malaysia, Sony Malaysia, Nikon Malaysia berbagai lah) ada je boleh download user manual versi digital PDF. Kat website yang sama diorang siap ada bagi berbagai software percuma yang korang boleh guna contohnya software editing.

2. Tak mahu belajar composition.

Biasanya bila bercakap pasal composition benda pertama sekali orang selalu belajar ialah 'Rule of Thirds'. Sebab namanya ada terma 'rule', mereka pukul rata semua jenis teknik composition adalah 'rules'. Mereka bagi alasan 'rules are meant to be broken'. Jadi tak payah belajar semua composition ni kerana ini semua adalah 'rules'.

Nak tanya, nak break the rules, kena tahu rules tu apa. Kalau kau nak break the rules, apa rules yang kau nak break? Cer citer sikit.


Mari saya cerita macam mana saya break the rules. Saya tahu ikut 'rule of thirds' subjek orang letak kat off-center. Saya tahu biasanya bila ada trek kereta api orang akan buat teknik composition 'leading lines'. Saya break the rules dengan gabungkan kedua-duanya. Jadi leading lines ke subjek yang duduk tepi frame mengikut rule of thirds. Saya break the rules kerana saya tahu apa rules yang perlu di-break-kan (apa punya ayat la tu)

3. Tak mahu shoot RAW.

Kamera kita boleh tangkap gambar dan save jadi dua jenis file berbeza. JPEG gambar siap yang boleh upload ke social media terus. RAW ni file yang mentah tanpa sebarang processing, kita boleh edit semahu kita. Senang cerita, RAW ni lagi bagus untuk editing.

Ramai newbie tak tahu kewujudan RAW. Tapi peliknya ramai yang dah berpengalaman pun ramai tak mahu shoot RAW.

"Malaysia ni bumi JPEG" - kata seorang RAW shooter RAW berpengalaman.

Sebenarnya ramai tak mahu shoot RAW sebab tak betapa reti nak post process selepas tu. Tapi berlagak kata shoot JPEG la baru power. Hang tak merasa lagi RAW cakap lah gitu. Dah merasa kelazatan RAW takkan patah balik dah. (Atau at least ada pengetahuan untuk guna dua-dua JPEG dan RAW ikut keperluan - inilah yang kita mahu.)

4. Terlebih edit gambar.

Inilah sebab kenapa ramai tak mahu nak shoot RAW. Sebab tak berapa reti nak edit lepas tu. Tak edit langsung gambar tak lawa. Kalau terlebih edit pun gambar jadi tak lawa jugak. Tengoklah gambar saya tangkap masa zaman newbie dulu. Edit kaw kaw punya.


Takpe. Bagi saya semua orang perlu merasa fasa terlebih edit ni. Barulah boleh tahu takat mana limit what is too much.

5. Tak mahu keluarkan kamera kalau takde job.

Ini satu lagi kesilapan besar ramai member photographer saya. Dia kata dia hanya akan shoot bila ada job yang masuk duit je. Bila takde job kamera pun tersadai je dalam dry box.

Masalahnya kalau buat macam tu, bila korang nak praktis mantapkan skill sendiri dam cuba belajar teknik baru?

Analoginya, fotografi ni sama macam belajar main alat musik contohnya piano. Korang akan hanya main piano bila korang kat konsert yang korang boleh jual tiket je. Bila backstage, kat rumah, korang taknak praktis. Macam mana nak pandai main piano tu kalau sebelum perform tak praktis? Logik kan?

Habis tu kenapa takmau praktis di luar job belajar benda baru? Mestila praktis, baru masa job tu boleh betul-betul perform.


Sekarang korang dah tahu mengenai 5 kesilapan BESAR ramai photographer amatur ni, korang mestilah;

1. Rajinkan belajar dan membaca. Tak kira lah dari user manual, blog, buku, youtube mana-mana lah.
2. Jangan sombong kata tak perlu belajar composition, itu asas seni visual.
3. Praktis shoot RAW dan JPEG ikut keperluan situasi.
4. Rajinkan diri untuk belajar dan praktis editing supaya dapat balance ikut keperluan gambar.
5. Selalu keluar shoot tak kira lah bila takde job sekalipun.


JOM IKUT SAYA BELAJAR FOTOGRAFI!

Saya nak bagitahu yang pada 24 & 25 Mac 2018 nanti, saya akan menyertai satu program kem fotografi selama 2 hari 1 malam di Al Sakinah Resort, Janda Baik. 


Kat sana ada tiga orang sifu yang mengajar kita;

1. Fuad Topa - Wedding photographer berpengalaman lebih 10 tahun + 6 tahun mengajar
- Official photographer untuk perkahwinan Sheikh Muszaphar Shukor, Scha & Awal.
- Official photographer Konsert 3 Suara, AJL & AIM.

Fuad Topa

2. The Haytam (Iqbal Zharif)
- Wedding, Portraiture, Corporate and Commercial photographer berpengalaman lebih 8 tahun
- Official photographer untuk satu kempen telefon pintar
- Bekas Senior Photographer Ministry of Moment

The Haytam

3. The Assemble
- Lifestyle, wedding, travel, fashion photographer berpengalaman lebih 10 tahun
- Official photographer untuk Rozita Che Wan

The Assemble

Kat poster atas ni ada hasil gambar sifu-sifu ni, serius lawa gambar diorang tangkap.

Kat situ sifu-sifu ni akan ajar kita;

- Kelas asas teknikal fotografi
- Sesi praktikal fotografi untuk kita praktis
- Perkongsian ilmu dan pengalaman dari sifu
- Kelas asas editing Adobe Lightroom

Duduk dua hari satu malam kat resort, barbeku, ikan patin masak tempoyak la, aktiviti riadah kat sungai la, peluang networking dengan photographer lain, macam-macam semua kawtim sekali dalam kem ni.


Semua ni RM400 je beb! Ada lah yang cakap, RM400 baik simpan beli lens! Ni saya nak habaq, beli lens pun kalau hang tak reti guna, gambar hancur jugak. Kena belajar cara nak guna baru gambar lawa.

Again, photo camp ni dua hari satu malam beb, ada kelas fotografi, ada sesi praktikal, ada sharing pengalaman dari sifu, ada kelas editing, ada makan-makan, ada networking jumpa member, macam-macam lah. Ini terlajak berbaloi. Kalau kat luar memang susah nak dapat.

Saya pun akan ke sana sebagai peserta. Bukan selalu dapat peluang belajar dari sifu power. Jom lah join saya pergi ke kem fotografi ni!

Untuk mendaftar, terus klik sini hantar mesej ke Bulan Photocinema Facebook Page.

Seats limited untuk 40 orang sahaja. Lambat habis!
A post shared by Adzrin Mansor (@adzrinmansor) on

Comments

Racun

ShaShinKi.com - 150x300 Warning

Popular posts from this blog

Tips Beli Kamera Murah Di Jepun

5 Cara Buat Duit Melalui Fotografi (Selain Wedding)