Posts

Showing posts from December, 2017

Tips Beli Kamera Murah Di Jepun

Image
Awal Disember lepas saya pergi bercuti di Jepun. Masa kat sana saya banyak instastory pasal kedai kamera di instagram saya @adzrinmansor jadi ramai pun bertanya pasal beli kamera kat sana.
Sebab ramai sangat yang tanya, saya tulis jawapan dalam bentuk blog post terus. Ini beberapa tips yang anda perlu tahu sebelum beli kamera di Jepun!

1) Kamera sana murah ke?
- Yes! Sebagai pelancong kat Jepun, kita boleh beli kamera tanpa perlu membayar cukai jualan 8% (TAX FREE).
- Ikut pemerhatian saya, kebanyakan body DSLR dan kamera mirrorless yang saya aim lebih kurang aje dengan Malaysia harganya. Tapi kamera kompak dan lensa third party dari Sigma, Tamron dan Tokina MURAH!
2) Macam mana nak tahu yang mana murah dan mahal?
- Kena pandai bandingkan harga.
- Sila bawak smartphone dan portable wifi untuk convert harga item tu jadi RM. Lepas tu bandingkan harga dengan kedai kamera online di Malaysia contohnya Shashinki.

3) Kedai mana yang best?
- Kat Tokyo dan Osaka ada banyak kedai tapi Yodobashi …

Inilah Kamera Full Frame Paling Murah Di Malaysia!

Image
Bukan semua kamera DSLR yang besar dan hitam itu sama. Isi perutnya jauh berbeza. Memiliki kamera 'full frame' adalah satu impian buat ramai penggemar fotografi dan pemilik kamera DSLR. 
Apakah maksud 'full frame'?
Sebelum saya dedahkan kamera full frame paling murah tu izinkan saya terangkan secara ringkas apakah maksud full frame. 
Full frame merujuk kepada saiz sensor imej sesebuah kamera. Sensor inilah bahagian yang menerima imej cahaya dari lensa dan menukarkan imej cahaya itu menjadi gambar berbentuk digital.
Masa zaman filem dulu, kita guna filem bersaiz 35mm. Alah, benda negatif yang gulung-gulung dalam roll zaman dulu-dulu tu... Sensor 'full frame' ini merujuk kepada sensor yang bersaiz sama dengan satu frame filem 35mm. Kamera full frame biasanya mahal-mahal. Majoriti pengguna DSLR menggunakan kamera dengan sensor yang kecil sedikit yang dipanggil 'crop sensor' atau 'APSC' - kamera jenis ini lebih mampu milik.
Sebab itulah kamera full …

Racun

ShaShinKi.com - 150x300 Warning