Siri DSLR Murah Bawah RM2000 - Pentax K-500


Minat fotografi dan nak belajar lebih mendalam pasal fotografi dengan DSLR? Atau mencari kamera yang mampu menghasilkan gambar berkualiti tinggi untuk dibawa berjalan-jalan?

Korang datang ke blog yang betul! Kerana saya akan lancarkan siri blog post baru iaitu 'DSLR Murah Bawah RM2,000!' dimana saya akan memperkenalkan model-model kamera DSLR murah yang saya jumpa dalam pasaran.

Semua kamera yang saya sarankan dalam siri ini mesti mengikut tiga kriteria berikut;
  1. Kamera mesti jenis DSLR dan mempunyai fungsi lens yang boleh ditukar. Kalau nak belajar lagi mendalam pasal fotografi atau nak buat perniagaan servis fotografi, fungsi ini penting.
  2. Kamera mesti mempunyai image sensor yang besar supaya kamera mampu tangkap banyak cahaya, menghasilkan kualiti imej yang bagus. Kalau sensor kecil baik pakai telefon pintar dalam poket kita ni je.
  3. Harga kamera BARU (bukan terpakai tau) mestilah mampu milik, di bawah RM2000 sekali dengan satu lens yang dipanggil 'kit lens'.
Minat dengan siri ini? Follow saya di Facebook untuk dapatkan segala perkembangan terkini mengenai siri blog post terbaru saya ini. Saya jangkakan ada 5 model DSLR yang saya akan perkenalkan dalam siri blog post ini. Jom kita mulakan dengan model ini;

PENTAX K-500


Spesifikasi Pantas;
  • 16.3MP APS-C CMOS Sensor
  • PRIME M Image Processing Engine
  • 3.0" 921k-Dot LCD Monitor
  • Full HD 1080p Video Recording at 30 fps
  • SAFOX IXi+ Autofocus System
  • Continuous Shooting Up to 6 fps
  • In-Camera Shake Reduction System
  • In-Camera HDR and RAW Image Processing
  • Four AA or Rechargeable Li-Ion Battery
  • DA L 18-55mm f/3.5-5.6 AL Lens
"Eh tak pernah dengar pun jenama Pentax ni. Biasanya tahu Canon dan Nikon je."

Pentax ni jenama Jepun yang power jugak buat kamera sejak zaman filem dulu. Cuma marketing dia tak se-agresif Canon dan Nikon. Sebab tu ia kurang dikenali di Malaysia. Saya tertarik dengan kamera Pentax K-500 ini kerana ia amat unik...


Kamera ini dilengkapi dengan optical viewfinder (tempat intai belakang kamera tu...) dengan 100% frame coverage, unik kerana kamera dalam julat harga mampu milik ini biasanya cuma beri 90-95% coverage sahaja. Optical viewfinder model ini juga guna pentaprism yang terang dan besar dengan 0.92x magnification, biasanya kamera yang lebih mahal baru ada fungsi ini. Unik kan? Inilah Pentax. Selalu bermurah hati bagi specs bagus walaupun kat kamera tahap beginner.

Pentax K-500 ini juga menawarkan fungsi In-Camera Shake Reduction System - sistem yang menggerakkan sensor dalam kamera untuk mengurangkan kesan gegaran dari tangan kita masa tangkap gambar. Biasanya stabilizer ini orang letak kat dalam lens. Tapi bila kita letak dalam kamera, kita pakai lens apa sekalipun kita masih dapat manfaat stabilizer ini. Bagus betul!



Orang yang pandai editing gambar suka guna file RAW yang simpan lebih banyak data berbanding gambar biasa dalam format JPEG. File RAW ini memerlukan software special untuk edit - kebanyakan software ini perlu bayar tau! Tapi kamera Pentax menghasilkan RAW file dalam format DNG (juga dikenali sebagai Digital Negative) yang menjadi standard industri. Jadi, ada banyak software boleh buka dan edit file DNG dengan mudah. Snapseed dan Lightroom Mobile versi Android, apps percuma je, boleh buka dan edit DNG files dengan senang!

Lagi satu kelebihan yang suka untuk saya ceritakan ialah kit lens DA L 18-55mm yang diberi sekali dengan kamera Pentax K-500 ini. Rekaan optik lens ini ada menggunakan aspherical element yang mengurangkan chromatic aberration - senang cerita menghasilkan gambar yang lebih sharp - fungsi yang agak jarang ditemui dalam kit lens lama Canon dan Nikon (kit lens untuk model paling latest diorang je ada). Pentax ado. Kau hado?

Kelemahan kamera Pentax K-500 ini bagi saya ialah, hanya ada bateri AA diberi dalam kotak, bateri rechargable Li-Ion perlu dibeli berasingan. Takpe, bateri AA senang mau cari. Bayangkan masa travel, bateri habis. Pergi je 7E pastu beli bateri AA masukkan dalam kamera, settle!

Pentax juga terkenal dengan kamera dia yang tahan hujan dan habuk - tapi itu hanya model mahal-mahal aje. Model ni dikira beginner, kalau nak fungsi tahan hujan tu kena lah berbelanja lebih. Selain itu komuniti pengguna Pentax masih kecil di Malaysia. Nak cari kawan yang pakai Pentax nak pinjam lens ke apa susah sikit. Tapi ada bagus jugak, member yang pakai Canon Nikon tu tak boleh rembat lens korang hahaha. Aman hidup beb!

Untuk maklumat harga dan kalau korang berminat nak beli kamera ini, boleh rujuk link di bawah;

Pentax K-500 Digital SLR Camera with 18-55mm f/3.5-5.6 Lens

Pemberitahuan:
Link di atas menuju ke laman web Shashinki, salah satu kedai kamera terkemuka Malaysia yang berpengkalan di Johor Bahru. Kedai diorang ini reliable dan harga mereka biasanya bagus. Senang beli online, boleh pos satu Malaysia, tak payah pergi kedai, biar kedai hantar barang kat rumah korang. Kalau anda beli menggunakan link yang saya sediakan, saya akan dapat sedikit komisyen (saya ulang, sangaaat sedikit) yang saya boleh gunakan untuk terus menulis tips fotografi dalam blog ini. Korang tak perlu bayar ekstra pun kalau beli guna link saya, korang masih bayar harga yang berpatutan ikut harga pasaran. Harap korang boleh tolong saya untuk tolong korang semua. Terima kasih!


Kalau anda dapati posting ini bermanfaat SHARE TAU!
Kalau ada kawan yang sedang mencari DSLR, share blog post ini bagi dia!
Nantikan lebih banyak blog post dalam siri ini di masa hadapan!

Jemput sertai saya di instagram;

Comments

Sponsored 3

Popular posts from this blog

5 Mitos Fotografi Yang Ramai Orang Percaya

5 Cara Buat Duit Melalui Fotografi (Selain Wedding)

Why Pro Photographers Don't Want To Share Their Knowledge