Bagaimana Sony Berjaya Memecahkan Duopoli Canon dan Nikon


Gambar di atas menunjukkan kamera Sony A7 milik saya, kamera mirrorless dengan sensor full frame pertama di dunia.

Dulu bila nubis tanya nak beli kamera apa, diorang mesti tanya "Canon atau Nikon?"

Tapi itu dulu. Zaman sekarang Sony sudah menjadi salah satu syarikat pembuat kamera yang sangat terkenal, nubis spesifically tanya nak beli Sony ke tidak. Dah berjaya dah Sony zaman sekarang ye? Tapi bagaimanakah segala-gala ini bermula?

Harini saya dalam mood nak bercerita pasal sejarah sikit. 

Pada awal millenium, dunia kamera sedang beralih dari format filem kepada format digital. Pada masa ini dunia menyaksikan duopoli oleh Canon dan Nikon, yang menguasai pasaran kamera DSLR dengan kuku besi. Konica Minolta, satu syarikat pembuat kamera yang tidak lagi mampu bersaing dengan Canon dan Nikon, telah mengambil keputusan untuk menjual segala aset dan ilmu pembuatan kamera miliknya kepada Sony pada tahun 2006. 

Inilah permulaan buat Sony, sebuah syarikat pembuat barangan elektronik audio visual, untuk masuk ke dalam genre digital imaging membuat kamera. Dalam dua tahun sahaja, Sony telah menjadi syarikat kamera baru yang membesar dengan begitu pantas, dan menguasai 13% pasaran kamera pada 2008 - ini adalah perkembangan yang bagus, tetapi ini masih belum cukup untuk memecahkan duopoli Canon dan Nikon.

"Sori bro, kamera Sony kau belum lagi dapat pecahkan duopoli Canon Nikon"

Untuk memecahkan duopoli Canon dan Nikon, Sony perlukan strategi baru. Tak boleh serang ikut depan, mereka serang ikut tepi. Jadi pada tahun 2009, Sony beralih arah dari kamera DSLR kepada teknologi kamera mirrorless dan kemudian DSLT.

Sekejap, apa beza DSLR, DSLT dan Mirrorless?

DSLR - kamera ada cermin yang pantulkan imej ke optical viewfinder, tempat mengintai belakang kamera tu, kita nampak imej sebenar dari lens. Bila tangkap gambar cermin itu bergerak.

DSLT - kamera ni ada cermin yang lutsinar yang tidak bergerak untuk saiz kamera yang lebih kecil. Viewfinder digantikan sistem elektronik dengan skrin kecil yang ambil imej terus dari sensor. Sebahagian kecil imej tu dipatulkan ke sistem autofokus.

Mirrorless - buang terus cermin untuk saiz kamera yang lebih kecil.


Teknologi mirrorless buatan Olympus dan Panasonic sudah lama wujud, tapi Sony lah pembuat kamera pertama di dunia, yang mengeluarkan kamera mirrorless dengan sensor APSC, yang sama saiz dengan DSLR pada tahun 2009, dalam keluarga yang dipanggil 'NEX'. Tidak lama kemudian, kamera mirrorless dengan sensor full frame pertama di dunia pada tahun 2013.

Dunia kamera digital pun mula jatuh cinta kepada kamera mirrorless yang kecil, ringan tapi masih mengekalkan kualiti imej sama seperti DSLR. Tetapi masih wujud golongan yang skeptikal dengan teknologi mirrorless dan masih dikritik tidak sesuai untuk kegunaan professional. Nampaknya strategi serangan dari tepi tidak lagi berkesan. Sony harus serang dari depan!

Jadi pada tahun 2014 Sony melancarkan model kamera mirrorless A7S, model yang begitu hebat dalam situasi pencahayaan malap - boleh rakam video hanya berbekalkan sinaran cahaya bulan! 


Itulah kemuncak dendam Sony terhadap semua pengkritik jenama Sony sebelum ini dan populariti Sony terus melonjak naik, malah lebih dipuji dari Canon dan Nikon kerana BERANI UNTUK MENCUBA & INNOVATIF.

Pada tahun 2017, Sony kini berdiri sama tinggi dengan Canon dan Nikon. Tahun ini juga, Sony telah berjaya mengatasi jumlah jualan kamera full frame Nikon dan sekaligus membuktikan ia sudah berjaya memecahkan duopoli Canon dan Nikon - sampaikan mereka pula mengikut rentak Sony dengan beralih arah ke mirrorless.

"Excuse me Canon, tepi sikit, aku gerak dulu."

Cerita kejayaan Sony mengatasi market dominance Canon dan Nikon ini mengajar saya sesuatu yang paling bagus diceritakan menggunakan kata-kata dari Jerry Ghionis;

"Untuk berjaya kita perlu jadi yang pertama atau yang terbaik. Kalau tak boleh, kita kena jadi yang lain daripada yang lain."

Be different. Be unique.

Dalam gambar di atas ada kamera Sony NEX-C3, kamera dari tahun 2011, generasi kedua dalam keluarga 'NEX' - keluarga kamera mirrorless yang menjadi permulaan Sony pecahkan duopoli Canon dan Nikon.

Kamera ini menjadi peringatan buat saya untuk mengambil ikhtibar kepada cerita kejayaan Sony ini. Sebab itulah saya masih pakai kamera ini tak jual-jual lagi. Joking! Kamera ini dah tua sangat, nak jual dah takde harga, itu yang tak jual tu! HAHAHA!

By the way, kepada geng pengguna mirrorless Sony atau yang berminat nak beli kamera Sony mirrorless, let's keep in touch! Follow saya di instagram!

Kalau blog post ni best, jangan lupa share bagi kawan baca. Kita jumpa lagi dalam blog post seterusnya.


Comments

Racun

ShaShinKi.com - 150x300 Warning

Popular posts from this blog

5 Cara Buat Duit Melalui Fotografi (Selain Wedding)

Why Pro Photographers Don't Want To Share Their Knowledge

5 Mitos Fotografi Yang Ramai Orang Percaya