5 Kamera DSLR Terbaik Untuk Budget RM2000 (2017)


Korang mencari kamera DSLR pertama nak belajar fotografi? Nak mencari DSLR yang boleh tangkap gambar berkualiti tapi budget tak besar?

Bila kita tanya kat photograper yang berpengalaman, diorang semua pakai DSLR yang mahal-mahal. Kita ni baru je nak merasa pakai DSLR ni. Biasanya kita kena sediakan budget dalam RM3000 untuk beli DSLR yang sedap. Tapi dalam blog post kali ini saya nak memperkenalkan DSLR terbaik yang kita boleh beli dengan budget di sekitar RM2000 sahaja. Murah tu beb!

Saya pilih DSLR untuk masukkan dalam list ini berdasarkan tiga kriteria di bawah;
  • Kamera mestilah jenis DSLR dengan fungsi interchangeable lens - lens boleh dicabut dan digantikan, dan ada hot shoe untuk letak external flash, nanti senang nak upgrade tambah aksesori.
  • Kamera mesti pakai sensor besar yang mampu tangkap banyak cahaya, hasilkan kualiti imej yang bagus. Kalau sensor kecil nanti sama je dengan smartphone kita.
  • Kamera mesti BARU, berbau kedai, (bukan barang terpakai) dan dapat sekali satu kit lens.
Jom kita tengok kamera DSLR model apakah yang paling berbaloi untuk julat harga sekitar RM2,000!


1) Nikon D3400


Spesifikasi pantas;
  • 24.2MP DX-Format CMOS Sensor
  • EXPEED 4 Image Processor
  • No Optical Low-Pass Filter
  • Native ISO 100-25600; 5 fps Shooting
  • 3.0" 921k-Dot LCD Monitor
  • Full HD 1080p Video Recording at 60 fps
  • Multi-CAM 1000 11-Point AF System
  • SnapBridge Bluetooth Connectivity
  • Guide Mode and Special Effects
  • AF-P DX 18-55mm f/3.5-5.6G VR Lens
Ini adalah kamera entry level DSLR kegemaran saya sebab features yang diberi sangat menarik! Pertama sekali, sensor 24 megapixel dalam kamera ini tiada Optical Low Pass Filter (OLPF) yang menghasilkan imej yang sangat sharp. Sensor ini juga terkenal dengan prestasi ISO yang tinggi dan dynamic range yang tinggi, bagus untuk editing gambar. Ia juga boleh merakam video Full HD 1080p pada frame rate 60fps!

Tapi yang paling menarik sekali ialah sistem SnapBridge dari Nikon yang menggunakan teknologi Bluetooth Low Energy (BLE) yang membolehkan kita transfer gambar dari kamera ke smartphone tanpa memutuskan sambungan Wi-Fi smartphone kita. Kita boleh programkan kamera untuk menghantar semua gambar versi kecil (2 megapixel) ke smartphone kita secara automatik sambil kita tangkap gambar.

Kit lens yang diberi sekali dengan kamera ini juga adalah jenis AF-P yang baru. Ia lebih kecil berbanding lens lama dan menjanjikan autofocus yang lebih senyap. Power kan? Sebab inilah saya letakkan Nikon D3400 ini sebagai pilihan nombor 1.

Info harga Nikon D3400 boleh didapati di bawah;




2) Canon 1300D


Spesifikasi pantas;
  • 18MP APS-C CMOS Sensor
  • DIGIC 4+ Image Processor
  • 3.0" 920k-Dot LCD Monitor
  • Full HD 1080p Video Recording at 30 fps
  • 9-Point AF with Center Cross-Type Point
  • Extended ISO 12800, 3 fps Shooting
  • Built-In Wi-Fi with NFC
  • Scene Intelligent Auto Mode
  • Basic+ and Creative Auto Modes
  • EF-S 18-55mm f/3.5-5.6 IS II Lens
Canon 1300D ialah model DSLR Canon yang paling mampu milik buat masa ini; dengan sensor 18 megapixel, unit pemprosesan DIGIC 4+, sistem autofocus 11-point AF dan ISO maksimum 12,800, spesifikasinya banyak persamaan dengan kamera Canon model dulu-dulu.

Tapi Canon 1300D dapat penambahan baru seperti mod White Priority Auto White Balance yang berguna bila kita tangkap gambar indoor, serta fungsi Wi-Fi dan NFC - kita boleh transfer gambar ke telefon pintar untuk upload gambar ke media sosial dan sebagai remote mengawal kamera dari jauh menggunakan aplikasi Canon Camera Connect.

Contoh gambar Canon 1300D dan lens Canon 10-22mm. Imej penuh di sini.

Walaupun spesifikasi kamera tak sehebat Nikon D3400 di atas, tapi kamera Canon selalunya datang dengan user interface yang lebih mudah untuk digunakan dan menghasilkan gambar JPEG dengan tona warna yang lebih cantik dan 'warm' berbanding jenama lain pada pendapat saya.

Info harga Canon 1300D boleh didapati di bawah;

3) Sony A58


Spesifikasi pantas;

  • 20.1MP Exmor HD APS-C CMOS Sensor
  • Translucent Mirror Technology
  • SVGA OLED Tru-Finder 1,440k-Dot EVF
  • 2.7" 460.8k-Dot Tilting LCD Monitor
  • 15-Point AF with 3 Cross-Type Sensors
  • Full HD 1080i/p Video at 60 or 24fps
  • 5fps Full Resolution Continuous Shooting
  • SteadyShot INSIDE Image Stabilization
  • ISO 100-16000 with Noise Reduction
  • Auto Object Framing and Auto HDR

Sony A58 ialah kamera jenis DSLT dari Sony, berbeza dengan DSLR yang biasa dikeluarkan dari Canon dan Nikon, Sony A58 menggunakan Electronic Viewfinder (skrin kecil dalam tempat intai belakang kamera tu).

Sony memang terkenal dengan video dan kamera ini juga mampu menghasilkan video yang berkualiti, ditambah lagi dengan microphone input - kita boleh gunakan external microphone seperti RODE Videomic untuk kualiti rakaman audio yang lebih baik. Kamera ini juga mempunyai banyak fungsi tambahan seperti focus peaking yang membantu kita semasa manual focus. Jadi kalau nak guna lens manual focus senang pakai kamera ni.

Untuk lebih info mengenai Sony A58 boleh rujuk di sini;



4) Pentax K-500


Spesifikasi pantas;
  • 16.3MP APS-C CMOS Sensor
  • PRIME M Image Processing Engine
  • 3.0" 921k-Dot LCD Monitor
  • Full HD 1080p Video Recording at 30 fps
  • SAFOX IXi+ Autofocus System
  • Continuous Shooting Up to 6 fps
  • In-Camera Shake Reduction System
  • In-Camera HDR and RAW Image Processing
  • Four AA or Rechargeable Li-Ion Battery
  • DA L 18-55mm f/3.5-5.6 AL Lens
Pentax? Tak pernah dengar pun? Sebenarnya Pentax ini pun syarikat pembuat kamera dari Jepun yang terkenal pada zaman filem dulu. Tapi dalam zaman digital ini marketing dia tak seagresif Canon dan Nikon. Pentax punya DSLR boleh tahan jugak sebenarnya.

Saya suka Pentax kerana ia unik. Dalam banyak-banyak kamera dalam julat harga ini hanya menawarkan pentamirror, Pentax K-500 menawarkan pentaprism dalam optical viewfinder dia yang besar dan terang. Kamera ini guna bateri AA, berbeza dengan kebanyakan kamera lain yang menggunakan bateri Li-Ion biasa. Kalau habis boleh pergi je kat 7 Eleven beli bateri AA baru dan teruskan shoot. Tapi ada je pilihan untuk menggunakan bateri AA boleh caj semula seperti Panasonic Eneloop atau beli bateri Li-Ion khas untuk K-500 ini contohnya. Power kan Pentax?

Mungkin ada yang akan kata jangan pakai Pentax sebab tak ramai orang di Malaysia pakai Pentax. Nanti susah nak beli barang terpakai dan susah nak pinjam lens kawan. Pada saya ini juga satu kelebihan. Kawan-kawan yang pakai Canon dan Nikon tak boleh rembat lens Pentax korang! Aman hidup beb!

Untuk lebih info mengenai Pentax K-500 boleh rujuk link ini;



5) Pentax K-50


Spesifikasi pantas;
  • 16.3MP APS-C CMOS Sensor
  • PRIME M Image Processing Engine
  • 3.0" 921k-Dot LCD Monitor
  • Full HD 1080p Video Recording at 30 fps
  • SAFOX IXi+ Autofocus System
  • Continuous Shooting Up to 6 fps
  • In-Camera Shake Reduction System
  • Fully Weather-Sealed Body Design
  • Rechargeable Li-Ion or AA Batteries
  • DA 18-55mm f/3.5-5.6 AL WR Lens
Eh ada dua kamera DSLR Pentax? Sebenarnya Pentax terkenal dengan 'full weather sealing' - yang bermaksud kamera Pentax ini tahan lasak, tahan percikan air hujan dan tahan habuk.

Pentax K-50 ini tidak jauh berbeza dari model di atas tadi, tetapi dengan penambahan fungsi weather sealing ini. Kalau korang guna kamera Canon dan Nikon, kalau hujan je kena cepat-cepat cari tempat berteduh. Tapi dengan kamera Pentax korang boleh terus shoot dalam hujan tanpa risaukan kamera nanti rosak sebab kena air. Kedua-dua kamera dan lens dengan designation 'WR' tahan percikan air.

Hanya Pentax sahaja yang menawarkan fungsi fully weather sealing ini pada julat harga ini. Canon dan Nikon mana ada...

Untuk lebih info mengenai Pentax K-50 boleh rujuk link di bawah;



Pemberitahuan:
Semua link di atas menuju ke laman web Shashinki, salah satu kedai kamera terkemuka Malaysia yang berpengkalan di Johor Bahru. Kedai diorang ini reliable dan harga mereka biasanya bagus. Senang beli online, boleh pos satu Malaysia, tak payah pergi kedai, biar kedai hantar barang kat rumah korang. Kalau anda beli menggunakan link yang saya sediakan, saya akan dapat sedikit komisyen (saya ulang, sikit aje) yang saya boleh gunakan untuk terus menulis tips fotografi dalam blog ini. Korang tak perlu bayar ekstra pun kalau beli guna link saya, korang masih bayar harga yang berpatutan ikut harga pasaran. Harap korang boleh tolong saya untuk tolong korang semua. Terima kasih!

Kalau anda dapati posting ini bermanfaat SHARE TAU!
Kalau ada kawan yang sedang mencari DSLR, share blog post ini bagi dia!
Nantikan lebih banyak blog post seperti ini di masa hadapan dengan LIKE page saya di facebook!


Comments

Racun

ShaShinKi.com - 150x300 Warning

Popular posts from this blog

5 Cara Buat Duit Melalui Fotografi (Selain Wedding)

Why Pro Photographers Don't Want To Share Their Knowledge

5 Mitos Fotografi Yang Ramai Orang Percaya