5 Cara Buat Duit Melalui Fotografi (Selain Wedding)


"Pergh power la kamera ko."
"Thanks."
"Kau shoot wedding kan?"

Korang mesti dah banyak kali lalui perbualan seperti ini. Bila photographer je, mesti shoot wedding. Photographer je, shoot wedding. Yelah memang ramai photographer kat Malaysia ni shoot wedding. Tapi memang takde cara lain lagi ke untuk cari makan selain daripada wedding?

Dalam blog post kali ini mari kita bincangkan 5 cara lain untuk menjana pendapatan melalui fotografi, berserta pros dan cons setiap genre itu.


1) Fotografi Fesyen


Tahukah anda bertapa banyaknya bisnes butik dan seller tudung di luar sana? Dalam genre fotografi fesyen, korang perlu ambil gambar model yang peragakan produk fesyen mereka untuk mereka guna untuk buat jualan produk. Kalau korang pandai shoot portrait, inilah market korang boleh cari. Tambah lagi, kalau korang ada studio, korang ada kelebihan besar untuk lagi berjaya dalam industri ini.

Apa yang best:
- Dunia muslimah fashion berkembang dengan pesat, ada sangat banyak peluang dalam industri ini.
- Tak perlu susah-susah kejar moment macam shoot wedding, korang just kena posing model dan shoot.
- Ramai selebriti dan model cantik dalam industri ini. Hahaha.

Cabaran kerjaya:
- Fast paced. Client biasanya nak cepat je sebab nak kejar product launch date dan kejar sales. Korang pun kena cepat shoot berpuluh beratus item dalam satu sesi untuk kurangkan kos sewa studio/bayar model!
- Mindset komersial. Kalau shoot wedding kita bantu pengantin rakam hari bahagia dia. Tapi untuk fesyen ni tak ada feeling ni. Matlamat utama photoshoot fesyen tetap jualan item fesyen yang diperagakan.
- Persaingan kuat. Makin ramai wedding photographer yang juga shoot muslimah fashion. Bersedialah untuk bersaing sama kuat macam nak shoot wedding jugak.


2) Fotografi Makanan


Biasa bila kita duduk kat restoran, mesti tengok menu sebelum order kan? Kat dalam menu dan kat papan tanda restoran tu mesti dipenuhi gambar makanan kan? Yes restoran perlukan gambar makanan untuk letak dalam menu dan buat pengiklanan. Jadi korang boleh ambil gambar dimana modelnya ditukar dari manusia jadi makanan.

Benda yang best:
- Makanan. Siapa tak suka makanan?
- Orang yang sangat teknikal dan detailed akan suka shoot makanan. Makanan tu kena susun elok-elok, lighting kena jaga elok.

Cabaran kerjaya:
- Mencabar nak cari pelanggan. Restoran memang banyak, tapi kita perlu networking dengan ramai orang dalam industri supaya boleh tahu mana restoran baru nak buka dan perlukan servis kita.


3) Fotografi Korporat

Setiap tahun banyak syarikat akan keluarkan annual report. Dalam tu lah ada banyak corporate headshots lah, group photo lah, corporate video lah etc.

Benda yang best:
- Syarikat korporat ada banyak duit. Korang yang dah boring dengan pengantin mintak diskaun sila aim korporat pulak. Yelah pengantin yang dah spend banyak kat katering sebab tu garu kepala kalau korang bagi pakej high end. Takpe, syarikat orang korporat ni semua bisnes cari wang besar tau. Korang je kena pandai negotiate dengan orang korporat.

Cabaran kerjaya:
- Dunia korporat yang formal. Korang mesti ada syarikat/perniagaan yang berdaftar, kena ada akaun syarikat, kena sediakan dokumentasi etc. Syarikat apa buat pun semua sistematik lah, jadi korang pun kena belajar ikut cara sistematik. Kepada yang specifically masuk dunia fotografi sebab nak lari dari kerja formal mesti tension baca point ni hahaha.


4) Photojournalism


Surat khabar dan portal berita memerlukan berita dan gambar dengan pantas. Jadi inilah genre paling susah dalam list ini. Dari tangkap gambar atlet bersukan, tangkap gambar orang kenamaan di majlis-majlis, sertai tentera pergi ke medan peperangan, pergi meredah hutan untuk mencari haiwan dan bermacam lagi lah.

Apa yang best:
- Street cred tinggi. Semua photographer tabik spring kat photojournalist sebab semua photographer tahu kerja ni banyak cabaran dia seperti yang dibincangkan di bawah.

Cabaran kerjaya:
- Gear intensive. Photojournalist biasanya pakai kamera dan lens mahal giler untuk kepantasan dan ketahanan yang tinggi. Gear set photojournalist biasanya boleh beli kereta sebiji. Jenuh la kalau kena beli sendiri.
- Biasanya perlukan orang dengan kelayakan sijil atau pengalaman yang relevan untuk mula berkerja dalam bidang ni.
- Risiko tinggi. Kadang-kadang kena masuk tempat bahaya.
- Tersangatlah fast paced. Berita perlu cepat, jadi kerja mesti sentiasa pantas macam kilat.


5) Microstock


Inilah genre yang paling flexible dalam list ini, sangat recommended terutamanya untuk yang nak cari duit income part time dengan fotografi. Ada banyak gambar disimpan dalam hard disk? Upload lah kat website microstock. Mereka bertindak sebagai penjual gambar anda. Kalau gambar anda berjaya dijual, keuntungan akan dibahagikan antara photographer dan pemilik website yang ambil sedikit upah jualan.

Apa yang best:
- I help you, you help me. Orang tolong jualkan gambar kita. Kita cuma kena shoot dan upload je.
- Flexible. Kita boleh berkerja ikut rentak kita sendiri. Boleh pelan-pelan belajar dan pelan-pelan upload. Tapi kalau rajin upload, banyaklah hasilnya.
- Flexible bab genre juga, pengamal semua genre diatas boleh masuk microstock dengan mudah. Fesyen. Lifestyle. Makanan. Sukan. Orang kenamaan. Peperangan. Semua jenis gambar berpotensi untuk dijual.
- Masih banyak gambar tema tempatan belum cukup banyak dalam dunia microstock. Contohnya gambar makanan tempatan dan gambar dengan muka orang asia tenggara.

Cabaran kerjaya:
- Sesetengah orang pandang rendah, kata income berapa sen je satu gambar. Tapi lagi baik income berapa sen yang berterusan dan berulangan, dari shoot satu wedding je sebulan ye dak?


Amacam geng?

Dah nampak kan sebenarnya ada banyak peluang kerjaya dalam fotografi selain daripada wedding? Banyak cadangan genre di atas seperti fotografi fesyen, fotografi makanan, fotografi korporat dan photojournalism ni banyak untuk photographer full time. Kepada yang mencari side income, nak cari duit tepi, saya paling rekemen genre microstock.


Saya nak memperkenalkan korang kat satu microstock marketplace website tempatan yang baru dipangil kreatifmarket.my yang fungsinya sama macam stock photography market luar negara, tapi yang ni MALAYSIA PUNYA! Ia diuruskan oleh MYNIC Berhad, sebuah agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Kalau join microstock market ini, boleh lah cakap kat orang yang korang kerja kerajaan, boleh jadi menantu impian hahaha.

Mereka jugak tengah menganjurkan pertandingan fotografi ini. Kena tangkap gambar, upload masuk dalam website dan boleh menang hadiah! Yay! Segala info mengenai tema, syarat, terma dan cara penyertaan ada di website kreatifmarket.my.


Jadi apa tunggu lagi? Jomlah join dengan klik link ini --> kreatifmarket.my

Setuju dengan 5 genre cara buat duit dengan fotografi yang saya cadangkan? Kalau ada kawan yang dah boring shoot wedding tu dan nak cuba genre lain, boleh lah share artikel ni bagi dia baca! Semoga bermanfaat! #DoneRacun

Comments

Sponsored 3

Popular posts from this blog

5 Mitos Fotografi Yang Ramai Orang Percaya

Why Pro Photographers Don't Want To Share Their Knowledge