Review Pantas Sigma 18-35mm f/1.8 ART

06:07


AKU SUKA LENS NI, TAPI AKU TAK REKEMEN LENS NI

Kitorang kat MGAG shoot video guna lens ini. So aku selalu gak guna lens ni. Ini sebab kenapa aku suka lens ni tapi...

Positif;

1. Optics yang sharp, even wide open.

2. Aperture f/1.8 benarkan banyak cahaya masuk, boleh guna ISO yang rendah sikit, kurang noise serta boleh dapat extra shutter speed.

3. Macam prime lens yang boleh zoom.

4. Focusing motor dia pantas dan sangat senyap. AF masa rakam video pun smooth.

Negatif;

1. Zoom range terlalu pendek, 18mm sampai 35mm je. Banyak kali kitorang masa shoot terasa kalaulah boleh zoom in lagi kan bagus, kalaulah boleh wide lagi, kan bagus.

2. Walaupun aperture besar biasanya dikaitkan dengan bokeh, 18mm sampai 35mm masih dikira WIDE ANGLE, dan kat wide angle bokeh tak berapa nampak.

3. Oleh sebab aperture besar, glass dia pun besar, jadikan lens ini berat. Yes terasa betul berat dia lepas shoot video seharian.

4. Selepas shoot seharian tangan dah terketar penat, segala ketar korang akan jelas kelihatan dalam video korang shoot sebab lens ini tidak ada image stabilizer.

5. Korang nak guna aperture f/1.8 ni untuk low light kan? Kalau low light indoor lagi baik korang guna speedlight dan bounce kat siling. Ia bagi quality of light yang lebih baik. Sebab siling tu jadi ibarat softbox studio yang besar. High quality light always wins.

6. Korang nak guna aperture f/1.8 supaya kurang noise? Siling tinggi sangat? Lens ni mahal, kos yang sama beli lens ini korang boleh upgrade body yang boleh naik ISO tinggi tanpa banyak noise. Rugi kalau lens ni pakai kat Canon 60D tua ke apa. ISO 3200 dah suffer. Try pakai kat Canon 80D, mahupun Sony A6000 pun boleh. ISO 6400 tu usable limit.

7. Seperti yang disebutkan diatas, kos. Lens ni mahal gila beb!

8. [Tambahan] Kitorang juga mengalami masalah focus inconsistency bila tangkap gambar guna viewfinder. Guna live-view tepat je. Bila guna viewfinder dia lari sikit. Ini masalah biasa lens third party dan biasanya boleh dibaiki dengan guna AFMA.

Recommendations;

1. Personally, kalau aku cari lens untuk general use atau video, aku akan cari lens Tamron 17-50mm f/2.8 VC USD, sebab?
- 17-50mm range boleh zoom in lebih.
- f/2.8 ok je glass tak besar, lens ni tak terlampau berat. Jimat letih kita.
- Ada image stabilizer untuk kurangkan gegar.

2. Kalau aku shoot wedding untuk crop camera, aku lagi prefer cari lens ultra wide contohnya Tokina 11-16mm f/2.8 sebab ultra wide angle gambarnya lebih dramatik, unik dan berguna bila majlis dalam rumah yang sempit.

3. Kalau korang bermasalah dalam low light, tak perlu go bigger aperture. Ada dua jalan korang boleh pilih;

Satu, dapatkan speedlight yang powerful macam Yongnuo YN600EX RT dan sekufu dengannya.

Dua, upgrade kamera korang kepada kamera yang boleh naik ISO tinggi - pesanan ini khas kepada user Canon lama-lama seperti Canon 60D, Canon 600D etc. Kamera Nikon contohnya Nikon D7000 yang dilancarkan pada tahun yang sama dengan Canon 60D korang, ada ISO performance lebih baik dari Canon 60D. Sekarang apatah lagi?

Siapa pernah ada lens ni? Kongsi sikit pengalaman dan pendapat anda.

Kalau ada kawan anda yang nak cari lens ini, share lah blog post ini kat diorang. Thanks!

Follow saya di Instagram

You Might Also Like

0 comments

Popular Posts

My Instagram Photos