Posts

Showing posts from July, 2017

Review Pantas Sigma 18-35mm f/1.8 ART

Image
AKU SUKA LENS NI, TAPI AKU TAK REKEMEN LENS NI
Kitorang kat MGAG shoot video guna lens ini. So aku selalu gak guna lens ni. Ini sebab kenapa aku suka lens ni tapi...
Positif;
1. Optics yang sharp, even wide open.
2. Aperture f/1.8 benarkan banyak cahaya masuk, boleh guna ISO yang rendah sikit, kurang noise serta boleh dapat extra shutter speed.
3. Macam prime lens yang boleh zoom.
4. Focusing motor dia pantas dan sangat senyap. AF masa rakam video pun smooth.
Negatif;
1. Zoom range terlalu pendek, 18mm sampai 35mm je. Banyak kali kitorang masa shoot terasa kalaulah boleh zoom in lagi kan bagus, kalaulah boleh wide lagi, kan bagus.
2. Walaupun aperture besar biasanya dikaitkan dengan bokeh, 18mm sampai 35mm masih dikira WIDE ANGLE, dan kat wide angle bokeh tak berapa nampak.
3. Oleh sebab aperture besar, glass dia pun besar, jadikan lens ini berat. Yes terasa betul berat dia lepas shoot video seharian.
4. Selepas shoot seharian tangan dah terketar penat, segala ketar korang akan jelas k…

4 PRIME LENS NIKON YANG PALING BEST!

Image
Tadi ada sembang dengan rakan saya, seorang pengguna kamera Nikon, nak racun saya suruh join dia pakai Nikon. Saya suka jugak Nikon sebab kebanyakan kamera dia dynamic range bagus untuk shoot landscape dan kebanyakan ada dua SD card slot untuk backup gambar sambil shoot.
Saje lah sembang, kalau lah saya ni pengguna Nikon, lens Nikon apakah yang saya akan guna?
Saya penggemar prime lens yang tak boleh zoom jadi kesemua lens yang saya akan ceritakan dalam posting ini adalah lens prime dengan aperture f/1.8 yang besar, berguna untuk situasi low light.
1) Nikon 50mm f/1.8G
Kita mula dengan standard lens dulu. Lens 50mm ini ibarat kit lens untuk pengguna full frame (FX); ada lens 50mm semua benda boleh shoot dah. Dengan harga dibawah RM1000, lens ini dikira lens yang harga mampu milik. Tapi lens ini sangat sharp, ramai kata lebih sharp dari 50mm 1.4 yang lebih mahal daripada dia. Kalau korang pengguna kamera crop sensor (DX) pun tak apa, lens 50mm f/1.8G ini berbaloi untuk jadi portrait at…

Sponsored 3