"Semakin ganas masyarakat, semakin ganas penjenayah"

18:13


1. Sedih baca berita terbaru pasal orang mati dibelasah walaupun belum tentu disabitkan bersalah. Walaupun masyarakat kita sepatutnya semakin maju, kita semakin kebelakang kerana masyarakat suka 'take the law in their own hands'. Sama seperti zaman 'Black Death' dimana orang sakit kerana penyakit bawaan virus mengambil keputusan membakar 'ahli sihir' hidup-hidup, menyalahkan beberapa wanita hanya kerana mereka berperwatakan pelik. Patutnya makin maju, tapi kita kembali mundur.

2. Memanglah kita geram dengan penjenayah yang makin berleluasa tapi sebenarnya amalan ini hanya membawa kepada lebih keburukan dan bertentangan dengan agama. Berikut adalah teori saya.

3. Lagi ganas kita belasah penjenayah yang tertangkap, lagi ganas penjenayah. Contoh situasi, penjenayah ragut beg takut jika tertangkap, dia akan dilunyaikan. Jadi untuk memastikan risiko dia tertangkap dan dilunyaikan itu rendah, dia akan tetak dahulu mangsa, baru ragut. Semakin ganas masyarakat, semakin ganas penjenayah semasa melalukan jenayah.

4. 'Fear of crime' dalam kalangan rakyat Malaysia tinggi sebenarnya akibat daripada sentimen hilang hormat kepada undang-undang dan mahkamah. Sebab dalam berita kita selalu tengok orang mencuri sekampit kecil beras dihukum dengan teruk tetapi orang mencuri duit berjuta terlepas.

5. Undang-undang jenayah Islam yang disenaraikan dalam Al-Quran memang sungguh menakutkan, tetapi susah untuk mendakwa, kerana sebenarnya Allah mahu kita memaafkan/membantu daripada menghukum. (Tangan pertama dipotong dalam Islam, Rasulullah begitu sedih dan bertanya, kenapa dihukum, kenapa tidak dimaafkan. Islam juga satu-satunya agama yang mewajibkan derma kepada orang miskin melalui Zakat)

Hadis Nabi SAW : Sesungguhnya pencuri pertama didalam Islam dibawa kepada Nabi SAW, lalu diperintahkan agar dipotong tangan. Wajah Rasulullah SAW seakan kecewa sedih. Mereka berkata : ‘Wahai Rasulullah!’ Seakan engkau membenci hal ini’. Jawab Nabi SAW : “Mengapa tidaknya aku benci, kamu semua telah menjadi penolong syaitan menentang saudara kamu. Sesungguhnya tidak wajar bagi pemerintah yang diangkat kepadanya hukuman had melainkan dilaksanakan” Lalu Baginda membaca Firman Allah :“Hendaklah kamu maafkan dan lupakan kesalahan, tidakkah kamu suka supaya Allah ampunkan dosa kamu” (Surah An-Nur:22) (Riwayat Ahmad dan Al-Hakim dalam Al-Mustadrak) Sumber

6. Ahli politik tertentu selalu cakap Islam tak boleh ambil separuh-separuh, kena laksanakan hudud. Ada hudud magik semua selesai kerana semua ini bukan kelemahan sistem, tetapi 'bala' kerana tak wartakan hudud. Meanwhile, ada seorang mufti terkenal selalu cakap, Islam tak boleh ambil separuh-separuh, tak cukup sekadar mewartakan hudud, kita boleh wartakan undang-undang paling hebat tapi tak guna kalau pelaksanaan tiada/pelaksana tidak bersih/boleh dibayar. Pelaksanaan Islam yang lengkap itu sebenarnya wujudkan masyarakat pemaaf dan sistem zakat yang efisyen dalam mencari penerimanya. Pelaksanaan Islam yang lengkap itu mencegah jenayah. Namun rakyat meraikan ahli politik dan mengeji mufti tersebut. Kerana rakyat diajar bahawa ahli politik yang ceramah kesana kemari lebih tinggi pelajarannya daripada ahli akademik pengajian Islam tahap Dr PhD kerana 'universiti jalanan' dianggap lebih tinggi tarafnya.

7. Bayangkan satu negara dengan pelaksanaan Islam yang menyeluruh; yang mencuri selalu dimaafkan masyarakat, bukan dilaukkan tapi diberi lauk untuk makan iaitu dibantu zakat. Penjenayah pun tahu kalau dia susah, masyarakat ada untuk membantu, bukan ingin menghukum anda. Jangan lakukan jenayah, beri izin untuk masyarakat bantu anda dulu.

8. Dalam situasi yang begitu makmur, kalau ada yang masih degil mengacau, dalam masyarakat yang pemaaf, yang susah dibantu, tapi dia masih tamak dan mencuri, barulah kita hukumkan.

9. Analogi sungai. Kita boleh letak papan tanda besar besaran disinari lampu lip lap yang bertulis 'buang sampah kat sungai denda 2.6 juta ringgit' kat Sungai Gombak. Tapi sungai tu kotor, orang buang nak rasa apa? Takkan ada rasa bersalah. Tapi bayangkan sungai kat New Zealand yang jernih dan bersih, tanpa papan tanda pun kita rasa bersalah nak buang sampah. Islam nak wujudkan sungai bersih, bukan hukuman dan denda.

10. Apa yang kita boleh buat untuk mula? Islam selalu suruh kita berbuat baik dengan jiran kita, beri orang makan. A small gesture, tapi ia memberitahu jiran/masyarakat yang 'your neighbour is always here to help.'

Sekian nukilan saya mengenai hal ini. Saya sedia mendengar pendapat dan feedback anda mengenai hal ini. Saya biasanya tulis pasal fotografi dan kamera tapi nak jugak tukar angin sekali sekala bila ada isu penting. Ada masa saya nanti ingin mengulas mengenai Proton pula. Follow saya di Facebook dengan klik ---> Adzrin Mansor

You Might Also Like

0 comments

Popular Posts

My Instagram Photos