Pengalaman Ditipu Oleh Orang Korea - Variable & Constant Aperture Lens

Dalam posting kali ini saya nak bercerita mengenai dua jenis lens zoom yang ramai photographer perlu tahu bezakan.

Sambil tu saya nak kongsi sikit cerita mengenai pengalaman pertama kali saya beli kamera pada tahun 2011. Pada masa tu saya masih baru dan banyak tak tahu pasal kamera. Yelah zaman noob.
Pada masa itu saya sedang belajar bahasa Korea di Seoul National University, tahun pertama sekali di Korea. Saya duduk lima tahun di Korea, ramai je orang Korea baik belaka, cuma dalam lima tahun memang terjumpa lah satu dua ekor syaiton hahaha.

Gambar kenangan tahun pertama di Korea

Saya dah kumpul duit biasiswa dengan jimat-jimat makan dan bercadang nak beli Canon 600D. Saya pun pergi ke satu kawasan mall barang elektronik yang besar di Yongsan Station, satu stesen kereta api yang besar giler dan dikelilingi oleh shopping mall jual barang elektrik.

Yongsan Station
Yongsan Camera Market. credits to derekversuslonelyplanet.com

Lalu je kat sini, brader-brader kedai tegur dan tarik tangan kita. Siapa pernah pergi Mekah tau lah petangai penjual nak tarik pelanggan macam mana. Korean kat situ pun lebih kurang jugak. Selepas satu seller ni berjaya tarik saya ke kedai dia, saya pun cakap nak beli Canon 600D.

Ingat lagi time tu first time pakai phone android jenama LG yang tebal giler tapi skrin kecil comel saiz 4 inci dan pakai data plan. Dia cakap harga Canon 600D tu sekian sekian, kat phone saya check kat amazon.com (sebab itu je website yang saya tahu jual kamera). Ok lah harga yang seller tu quote murah dari harga pasaran.


Variable Aperture Lens



Chop kejap dari story, saya nak cerita pasal dua jenis lens zoom. Lens zoom ni dari nama dia, kita boleh tahu specs dia.

Bila kita beli DSLR Canon, kita dapat sekali lens kan? Lens tu biasanya lens Canon EF-S 18-55mm f/3.5-5.6 IS.

Canon - jenama syarikat pembuat lens.
EF-S - petanda lens ini dibuat untuk kamera crop sensor, bukan kamera full frame tahap pro yang mahal semua tu.
18-55mm - focal length, iaitu berapa wide/berapa jauh zoom.
f/3.5-5.6 - julat aperture paling besar lens ini boleh buka.
IS - image stabilizer.

Kita fokus kat aperture. Kit lens ini dipanggil variable aperture zoom lens. Ia bermaksud, aperture kita berubah mengikut zoom.

Bila kita zoom out ke focal length paling wide kat 18mm, aperture paling besar ialah f/3.5.
Bila kita zoom in sikit demi sikit ke focal length paling panjang iaitu 55mm, aperture bukan lagi kekal f/3.5. Ia akan sikit demi sikit berubah menjadi kecil iaitu f/5.6. Kita tak boleh buka aperture ke lebih besar dari itu.

Banyak lens consumer level mempunyai variable aperture. Ada kelebihan variable aperture zoom lens ni;

1) Murah, banyak consumer level zoom lens dibuat dengan variable aperture untuk merendahkan kos.
2) Saiz kompak, lens jenis variable aperture biasanya bersaiz kecil dan mudah dibawa merata.
3) Ringan.

Constant Aperture Lens



Lens constant aperture bermaksud lens dengan aperture yang tak berubah bila kita zoom.
Salah satu contoh ialah lens zoom yang saya pernah pakai ini, Tamron 17-50mm f/2.8.

Seperti yang kita boleh nampak, nilai aperture yang diberi tiada julat nombor dari berapa hingga berapa.. Hanya f/2.8 sahaja. Ia bermakna kat 17mm boleh pakai f/2.8. Zoom in kat 50mm pun masih boleh pakai aperture f/2.8.


Penipuan bermula

Inilah Canon 600D saya yang bersejarah itu...

Ok jom sambung cerita pasal kena tipu beli kamera ini. Bila saya kata setuju nak beli DSLR Canon 600D kat dia, dia pun pergi check stock. Dia datang balik kata Canon 600D dengan kit lens 18-55 dah habis. Yang ada cuma kit 18-135mm yang mahal sikit.

Saya pun setuju lah, saya kata takpelah saya beli yang kit 18-135mm tu.

Dia datang balik, kata yang tu pun rupanya habis stok. Dia kata dia boleh bagi Canon 600D dengan lens Sigma 18-50mm f/2.8 katanya, lens f/2.8 ni lagi bagus dari kit lens yang aperture dia f/3.5-5.6.
Bila dah balik, dah pakai kamera seminggu selepas tu baru perasan;

Sebenarnya lens yang saya beli ialah lens Sigma 18-50mm f/2.8-4.5 OS HSM.

Ia lens variable aperture f/2.8-4.5. Pada 18mm sahaja aperture f/2.8. Kalau zoom in kepada 50mm, aperture maksimum ia cuma f/4.5. Ia bukan lens constant f/2.8 aperture zoom lens seperti yang dikatakan oleh penjual itu...


Lagi kena kencing!

Bukan setakat lens, kamera yang diberi pun tipu juga. Saya minta Canon 600D dengan harapan dapat warranty setahun dari Canon Korea.

Saya diberi kamera Kiss X4 iaitu edisi kamera dari Jepun. Ia dipanggil grey set atau import set. Ia diimport sendiri oleh orang persendirian dan kamera sebegini tidak ditanggung dalam warranty - oleh itu sepatutnya harganya lebih murah dari original warranty Canon Korea.

Selepas dah pandai sikit mencari review dan unboxing video di Youtube, saya juga perasan yang saya diberi kotak yang telah dibuka dan 'resealed' menggunakan sticker palsu.

Kotak kamera sebenar mempunyai sticker emas '정품' yang bermaksud original. Kotak saya diberi ada sticker berwarna silver tertulis Canon, dia print kat mana entah.

Selain itu camera strap yang saya terima dalam kotak itu adalah camera strap yang off brand berwarna merah semua. Bukannya strap leather hitam dengan garisan merah yang original.

Kad memori yang diberi juga cuma Class 4 yang tak cukup pantas untuk rakaman video full HD. Selepas berapa bulan baru saya sedar dan saya beli kad memori Class 10 lain untuk kegunaan saya.

Dianggarkan saya kerugian RM500 dari kesilapan ini. Taklah banyak sangat dari kawan lain yang saya pernah dengar kena tipu di Malaysia sampai ribuan ringgit...


Kedai-kedai kamera Namdaemun. Photo credit capacamera.net
Tips Membeli Kamera Di Luar Negara?

Lol saje nak masukkan nota kecil di sini. Saya lebih galakkan untuk beli kamera di home country korang menetap atas sebab warranty. Warranty ada dua jenis, manufacturer warranty dan warranty kedai tu sendiri (ada panggil dealer's warranty, grey set, atau import set).

Kalau apa-apa terjadi kat kamera tu dalam masa setahun, kerosakan yang bukan salah korang, mungkin manufacturing defect ke apa, korang boleh tukar set baru atau repair dengan percuma. Itu pentingnya warranty.

Biasanya manufacturer warranty hanya laku di dalam negara asal sahaja. Kalau warranty kedai, lagi lah. Kalau rosak nak pergi kedai dia balik di luar negara memang tak lah kan?

Kalau kat luar negara nak beli used set takde masalah sebab barang terpakai second hand ni memang takda warranty pun.


Tempat beli kamera di Korea

Saya memang serik takkan pergi dah kat Yongsan tu. Semua pelajar Malaysia di Korea suka ke Namdaemun Market. Kami jadi kamcheng dengan hyung (Korean for brader) seller kat Namdaemun.

Saya pun ada kamcheng sama seller di Myeongdong (haa ramai budak Malaysia sendiri pun taktau dia wujud sebab dia berniaga mostly online, kedai kat tempat tersorok sikit dari crowd). Ada gak pergi ke Chungmuro tengok-tengok vintage lens. Kalau cari kamera filem cari kat pasar karat Dongmyo. Tapi kondisi kena pandai tengok lah sebab pasar karat kan, dia banyak jual kamera filem yang dah lama terabai.

Ejad Fotopoyo teracun tengok kamera di Namdaemun
Saje nak cakap, used set di Korea banyak lawa-lawa. Saya dapat banyak benda kondisi lawa lagi murah dari Malaysia walaupun currency Korea lebih 3x dari Ringgit. Ejad fotopoyo pun teracun dengan kamera filem Pentax kondisi punyalah lawa tapi murah dari Malaysia. Sayangnya bajet dia tight masa jalan ke Korea haritu tak dapat nak beli.

Kat Malaysia entah kenapa segelintir tu lenjan sampai lunyai pastu bila jual, nak jual ikut market price. Paluiii.

Kepada yang jual kamera korang kondisi sempurna pada market price... Serta kepada yang jual kamera korang dah lenjan below market price... Iaitu adil dengan kondisi kamera tu, tabik spring kat korang kerana membantu meringankan beban buyer.

Antara kamera lain yang saya beli di Korea (selepas dah pandai haha)

Dah macam novel dah posting ni. Share if you liked it. Comment your thoughts below. Anything, cari 'Adzrin Mansor' di Instagram dan Facebook.

Comments

Racun

ShaShinKi.com - 150x300 Warning

Popular posts from this blog

5 Cara Buat Duit Melalui Fotografi (Selain Wedding)

Why Pro Photographers Don't Want To Share Their Knowledge

5 Mitos Fotografi Yang Ramai Orang Percaya