Saya Nyaris Nak Beli Fujifilm, Tapi Terbeli Sony. Ini Sebabnya

21:16

Dalam posting kali ini saya nak membebel pasal sebab kenapa saya beli Sony A7. Saje nak membebel...

Sony A7 milik saya

1) Rewind pada tahun 2013 saya pengguna Canon 7D dan banyak lens Canon. Saya suka shoot sports guna kamera tu sebab laju giler. Tapi saya slowly beralih arah ke Landscapes sebab atas permintaan satu magazine editor yang beli gambar-gambar bandar Seoul saya.

2) I love my Canon 7D habis-habisan. Autofocus system pantas, buffer rate is superb, camera operation and menu is super responsive. Sebab kamera ni pakai dual processors. Kira dual core la sama dengan 1D series. Kamera lain semua single processor je.

3) Malangnya Canon 7D ni berat. Teringin nak sesuatu yang lebih ringan. Bila shoot landscape, shoot RAW memang satu kemestian. Dengan 7D ni, dynamic range dia rendah. Bila kita tarik RAW files dia, banding noise dalam shadows yang teruk plus highlight blown out selalu.

Canon 7D - Good camera, sayang sekali sensor old tech.
4) Pada masa yang sama, saya ada Sony NEX-C3 yang kecil comel tapi RAW files dia superb (Sensor sama dengan Nikon D7000). Saya dah jatuh cinta dengan dynamic range RAW dari kamera Sony.

A photo posted by Adzrin Mansor (@adzrinmansor) on

5) Saya rasa nekad nak jump mirrorless.

6) Tapi pada tahun 2013 kedai tu banyak display kamera Fujifilm. Saya selalu pegi main kamera kat kedai dia. Minat dengan X100 punya classic rangefinder design.

7) Fuji XT1 pun banyak on display. Boleh try dengan bermacam lens Fujinon. Saya teramat suka dengan lens Fujinon 35mm f/1.4 dan 56mm f/1.2 (versi sebelum APD) yang render out of focus background smooth macam pakai kamera full frame.

8) Itulah rahsia Fuji dan Sigma, lens diorang modern and high tech design, rendering cantik. Compared to Canon, lens gold ring trinity yang saya ada semua dari tahun 80-an dan 90-an.

9) Gold Ring Trinity = Canon 28mm f/1.8 USM, Canon 50mm f/1.4 USM & Canon 85mm f/1.8 USM. Ya, lens-lens ini wujud sejak zaman filem lagi tahu tak! Old optical design. Basically classic film lenses, with autofocus. Benda sama mass produced by the decades. Tak perlu spend R&D pun untuk design produk baru. Sebab itu lens Canon murah.

Canon Gold Ring Trinity
10) Teracun sampai nak beli Fujifilm XT1! Saya try shoot dan bawak balik JPEG and RAW files. JPEG was awesome. Tapi RAW kecewa. Masuk Lightroom jadi watercolour effect. Details are blurred out.

11) Hal ini mungkin sebab Lightroom tak reti baca susunan colour filter RGB yang berselerak lain sikit kat Fuji X-Trans sensor tu. I was like, takpe, shoot JPEG jelah pasni. Nak guna RAW guna software Fuji sendiri je, maybe better (Which is Silkypix). I just love the Fujinon lenses too much!!!



12) Pasal shutter lag, realitinya semua kamera mirrorless keluaran tahun 2012 dan 2013, semua model pun ada shutter lag - kecuali Olympus OMD.

13) Steve Huff puji sebab dia pantas dan best untuk street. Masalah shutter lag kamera mirrorless hanya selesai bila Sony keluarkan A6000 mid 2014. Saya dengar sejak ada Fujifilm X-Pro 2 dan X-T2, Fujifilm juga dah pantas dan kurang shutter lag. YAY! Technological improvements is awesome!

EH! KEMBALI KE AWAL 2014,

14) Saya cadang nak beli used kat kedai kamera yang saya selalu pergi kat Seoul tu. Tengok-tengok ada orang lain dah sambar dulu. HAHAHA. Bye bye Fuji XT1 dan Fujinon!

15) Dia pun promote Sony A7, with my previous experience dengan Sony NEX-C3, angkat jelah. RAW dia memang undeniably good.

16) Sejak itu, saya suka sangat dengan RAW Sony A7. Pakai ISO 6400 pun lawa. Tarik 3 stop shadows pun lawa. Dynamic range is superb. Pakai kit lens pun the amount of detail dia boleh capture hebat. Dalam gambar landscape boleh baca signboard tepi jalan dalam gambar. Ini baru A7. Belum lagi A7R.

17) Itulah cerita kenapa saya ambik Sony A7... As simple as that! Saya selalu racun Sony sebab saya pakai Sony. Kalau saya pakai fuji memang habis group BINCANG THREAD penuh racun Fuji, especially Fujinon lenses.

18) Jomlah join group BINCANG THREAD tu dengan click link nama group tu, situ banyak sesi perbincangan dan racun meracun, Selamat Tahun Baru!!

A photo posted by Adzrin Mansor (@adzrinmansor) on

You Might Also Like

0 comments

Popular Posts

My Instagram Photos