10 Penambahbaikan Utama Sony A6500 daripada A6300!

20:03

Pada bulan Februari lalu, Sony telah melancarkan model A6300. Biasanya syarikat kamera akan tunggu sekurang-kurangnya setahun tapi Sony umumkan model A6500 hanya selepas beberapa bulan sahaja!


Semalam, saya dapat peluang untuk sertai bengkel yang dianjurkan oleh Sony Malaysia di Sony Store KLCC, dengar sikit ceramah mengenai tiga kamera terbaru mereka.

- Sony A99 II
- Sony A6500
- Sony RX100 V


Sorilah kalau gambar tak seberapa. Pakai handphone je haha.

Sebagai fans tegar E-mount saya akan fokus lebih kepada model A6500. Kamera ini masih menggunakan sensor 24.2 megapixel dan 425 on-sensor PDAF points yang sama dengan A6300. Ia juga masih ada fungsi 12-fps burst dan 8-fps burst dengan live-view yang sama ada dalam A6300.

Jadi, ada perubahan ke A6500 dengan model A6300? Apa benda yang Sony tambah kat A6300 sampai kena release model baru? Jom kita bincangkan secara pantas apa 10 penambahbaikan A6500 ini.

1. 5-Axis Steady Shot Stabilization


Teknologi 5-axis In-Body-Image-Stabilization (IBIS) ini sudah lama ada dalam siri full frame A7 version II. Buat pertama kali dalam sejarah lineup NEX, Sony meletakkan teknologi 5-axis IBIS ini dalam kamera sensor crop. Oleh kerana sensor crop lebih kecil berbanding full frame, sistem IBIS yang ada dalam A6500 lebih baik berbanding A7 dengan stabilization sehingga 5 stop (berbanding 4.5 stop dalam siri A7). Power!

2. Skrin sentuh


Kamera ni ada 425 focusing points. Masa guna flexible spot, kita boleh guna jari untuk sentuh skrin dan pilih focusing point. Sangat berguna!

3. Sistem menu yang baru - warna warni!


Sistem menu baru yang diperkenalkan untuk mudahkan lagi pengguna navigate dalam menu. Pada pendapat personal saya, ia masih terlalu banyak benda yang perlu discroll untuk sampai ke sesuatu tempat. Ia belum capai tahap simplicity sistem menu Canon yang sorok menu yang jarang digunakan dalam 'Custom Functions'. Takpe, kalau dah biasa dengan menu Sony laju je.

4. Rekaan ergonomik yang baru


A6300 (kiri) dan A6500 (kanan) kita boleh nampak perbezaan grip A6500 yang lebih besar dan lebih selesa untuk dipegang!

5. Front-end LSI



Sony kali ini letakkan processor tambahan dalam A6500 untuk bantu chip utama BIONZ X tu, ia dinamakan front-end LSI. Fungsinya ialah membantu mempercepatkan proses di dalam kamera untuk operasi yang lebih pantas. Selain itu ISO yang paling tinggi A6500 boleh pergi kini ialah ISO 51,200 (berbanding 25,600 pada A6300).

6. Buffer yang lebih besar

Siapa yang pernah shoot sports photography atau wildlife dengan kamera Sony akan faham buffer adalah kelemahan terbesar Sony. Dah shoot burst beberapa saat lepas tu kamera akan lock, tak boleh shoot. Kena tunggu semua gambar tu write dalam kad memori baru boleh shoot.

Kini tidak lagi! Dengan front-end LSI tadi kita boleh tangkap sampai 269 gambar JPEG burst berterusan. Walaupun masa kamera tengah write files tu kat kad memori selepas burst yang banyak, kita boleh terus burst lagi dan lagi!

7. Slow & Quick Video


Siapa sini shoot time lapse? Kita kena pakai intervelometer, ambil beratus gambar, pastu kat komputer edit 25 gambar jadi satu saat video. Leceh kan editing dia? Sony A6500 kini ada fungsi S&Q yang bermaksud Slow & Quick. Kita boleh buat video;

- Slow motion (Rakam 100fps - output video dipanjangkan jadi 25fps semula)
- Time lapse (Rakam 1fps - output video akan dipendekkan jadi 25fps semula)

Jadi video file keluar dari kamera terus dapat video slow motion atau video time lapse. Kurang keperluan untuk buat banyak kerja editing!

8. Shutter Mechanism yang baru
Sony A6500 kini datang dengan shutter mechanism yang rated sehingga 200,000 actuations - dah nak sama level dengan kamera DSLR tahap-tahap pro dah. Takyah risau shutter count sangat okay?

9. Limit video 

Berdasarkan infor yang saya dapat, Sony A6300 akan rakam satu video 29 minit dan selepas itu dia berhenti untuk elak overheating. Sony A6500 memperkenalkan setting baru yang dinamakan Auto Pwr OFF Temp. dengan dua pilihan;

- Standard
- High

Apabila set kepada High kamera akan extend recording time walaupun kamera itu menjadi panas. Jadi kita boleh rakam dua video 29 minit secara berterusan. Ini semua pengubahsuaian software je, harap A6300 pun akan dapat fungsi ini dalam firmware update!

10. Harga!

Harga MSRP  Sony A6500 di Malaysia masih belum diumumkan secara rasmi oleh Sony Malaysia lagi. Tapi sudah semestinya A6500 ini lebih mahal daripada A6300 yang dulu dijual dengan harga RM4,999 dengan kit lens 16-50mm.


Dear Sony,

Boleh tak saya nak pinjam kamera ni sehari dua bawak keluar shoot dan review dengan lebih mendalam? Tanya je... Mana tahu ada rezeki dapat hahaha.

Ok share blog post ni bagi kawan-kawan baca sekali okay thanks!

You Might Also Like

0 comments

Popular Posts

My Instagram Photos