Posts

Showing posts from December, 2016

Saya Nyaris Nak Beli Fujifilm, Tapi Terbeli Sony. Ini Sebabnya

Image
Dalam posting kali ini saya nak membebel pasal sebab kenapa saya beli Sony A7. Saje nak membebel...


1) Rewind pada tahun 2013 saya pengguna Canon 7D dan banyak lens Canon. Saya suka shoot sports guna kamera tu sebab laju giler. Tapi saya slowly beralih arah ke Landscapes sebab atas permintaan satu magazine editor yang beli gambar-gambar bandar Seoul saya.

2) I love my Canon 7D habis-habisan. Autofocus system pantas, buffer rate is superb, camera operation and menu is super responsive. Sebab kamera ni pakai dual processors. Kira dual core la sama dengan 1D series. Kamera lain semua single processor je.

3) Malangnya Canon 7D ni berat. Teringin nak sesuatu yang lebih ringan. Bila shoot landscape, shoot RAW memang satu kemestian. Dengan 7D ni, dynamic range dia rendah. Bila kita tarik RAW files dia, banding noise dalam shadows yang teruk plus highlight blown out selalu.

4) Pada masa yang sama, saya ada Sony NEX-C3 yang kecil comel tapi RAW files dia superb (Sensor sama dengan Nikon D7000)…

10 Penambahbaikan Utama Sony A6500 daripada A6300!

Image
Pada bulan Februari lalu, Sony telah melancarkan model A6300. Biasanya syarikat kamera akan tunggu sekurang-kurangnya setahun tapi Sony umumkan model A6500 hanya selepas beberapa bulan sahaja!


Semalam, saya dapat peluang untuk sertai bengkel yang dianjurkan oleh Sony Malaysia di Sony Store KLCC, dengar sikit ceramah mengenai tiga kamera terbaru mereka.

- Sony A99 II
- Sony A6500
- Sony RX100 V


Sorilah kalau gambar tak seberapa. Pakai handphone je haha.

Sebagai fans tegar E-mount saya akan fokus lebih kepada model A6500. Kamera ini masih menggunakan sensor 24.2 megapixel dan 425 on-sensor PDAF points yang sama dengan A6300. Ia juga masih ada fungsi 12-fps burst dan 8-fps burst dengan live-view yang sama ada dalam A6300.

Jadi, ada perubahan ke A6500 dengan model A6300? Apa benda yang Sony tambah kat A6300 sampai kena release model baru? Jom kita bincangkan secara pantas apa 10 penambahbaikan A6500 ini.

1. 5-Axis Steady Shot Stabilization


Teknologi 5-axis In-Body-Image-Stabilization (IBI…

Racun

ShaShinKi.com - 150x300 Warning