Sony Umumkan A6500, dengan Skrin Sentuh & 5-Axis Stabilization

Belum cukup setahun pengumuman model A6300 awal Februari tahun ini, Sony kembali mengumumkan model yang lebih baru hari ini.

Model A6300 menjadi pujaan ramai kerana ia datang dengan fungsi-fungsi bagus seperti badan aloi magnesium, 11fps burst, rakaman 4K secara internal dan 4D focus yang pantas. Namun sesetengah jurugambar sedikit kecewa kerana ia tidak mempunyai joystick untuk mengubah titik fokus dengan pantas.

Dengan model A6500 baru ini, Sony mendengar keluhan kita dan meletakkan skrin sentuh pada kamera ini. Namun, bintang utama penambahbaikan kamera ini ialah; 5-AXIS STABILIZATION yang sebelum ini hanya ada pada siri kamera full frame Sony A7 II.

Mekanisma shutter pula rated sehingga 200,000 cycles. serta dua fungsi dari A99 II iaitu pilihan 1-120 fps dalam Full HD dan design menu baru. Sorry guys, benda lain lebih kurang sama dengan A6300 je.

Berikut adalah gambar-gambar kamera baru ini.







Spec penting:
24.2MP APS-C Exmor CMOS Sensor
BIONZ X Image Processor
XGA Tru-Finder 2.36m-Dot OLED EVF
3.0" 921.6k-Dot Tilting Touchscreen LCD
Internal UHD 4K Video & S-Log3 Gamma
S&Q Motion in Full HD from 1-120 fps
5-Axis SteadyShot INSIDE Stabilization
Built-In Wi-Fi with NFC
4D FOCUS with 425 Phase-Detect Points
Up to 11 fps Shooting and ISO 51200

Berkenaan harga, Sony A6500 ini bakal dijual dengan harga USD1,399 Body Only. (Sebagai rujukan, Sony A6300 dilancarkan dengan harga USD 1,000 dan dijual pada RM4,999 di Malaysia.)

Rasanya sesiapa yang baru beli A6300 tu mesti menyesal kan? Selamat datang ke dunia Sony E-mount, dimana mereka keluarkan kamera baru setiap minggu (hiperbola) sedangkan pengguna A-mount kena tunggu sampai berdekad untuk dapat berita masih wujud kah support untuk kamera mereka. Hahaha!


Comments

Sponsored 3

Popular posts from this blog

5 Mitos Fotografi Yang Ramai Orang Percaya

Why Pro Photographers Don't Want To Share Their Knowledge

Saya Nyaris Nak Beli Fujifilm, Tapi Terbeli Sony. Ini Sebabnya