Panduan Memilih Kad SD Terbaik Untuk Kamera Anda

04:21


Kita dah beli kamera DSLR atau kamera mirrorless baru, sekarang kita nak cari kad memori untuk kamera kita pulak. Kad memori ni memang aksesori yang paling penting untuk kamera kita. Yelah, di dalam kad itulah tersimpan segala macam gambar yang kita tangkap. Pergi travel luar negara, posing sana posing sini tangkap gambar, semua itu tersimpan dalam kad memori.

Tapi pening lah nak pilih kad memori mana yang mana satu! Mari saya bantu.

1. Kamera kita guna memory card jenis apa?


Sebelum beli kad memori, benda paling penting sekali kita kena tengok kamera kita boleh terima kad memori jenis apa dan saiz apa.

Simple je cara nak tahu kamera kita guna memory card jenis apa. Buka ruang simpanan kad memori dan dari situ kita boleh tanggarkan kamera kita ni.


2. Apa jenis-jenis memory card yang kamera biasa pakai?

Ada banyak jenis kad memori yang dijual dalam pasaran. Biasanya kamera DSLR tahap professional atau DSLR lama akan menggunakan kad Compact Flash atau CF Card yang besar. Tetapi, boleh katakan majoriti kamera DSLR, mirrorless dan kompak zaman sekarang pakai SD Card. SD Card boleh dikatakan dah jadi standard memory card untuk kebanyakan kamera.

Tapi untuk kamera super kompak macam GoPro, ActionCam dan smartphone majoriti menggunakan Micro SD card.
Tiga jenis memory card yang biasa digunakan pada kamera kita.

Biasanya kamera akan gunakan salah satu daripada tiga jenis kad memori ini je. Nak pilih yang mana satu? Beli yang mana satu kamera anda pakai. Kalau

3. Kad memori format apa yang boleh pakai kat kamera kita?
Bila kita sebut Micro SD Card, SD Card, kita bercakap mengenai jenis bentuk fizikal kad tu. Contohnya kamera kita terima SD Card. Semua SD Card boleh masuk ke dalam slot tu, tapi bolehkah ia berfungsi? Kita kena jugak check compatibility.


Perbezaan antara format ini sangat penting:

  • SD: Mempunyai kapasiti sehingga 2 GB, dan boleh digunakan pada semua SD Card slot.
  • SDHC: Mempunyai kapasiti lebih dari 2GB hingga 32GB, hampir semua kamera masa kini boleh faham format ini.
  • SDXC: Mempunyai kapasiti lebih dari 32GB sehingga 2TB (theoretically), format yang baru ini kebanyakan kamera model yang baru-baru sahaja boleh faham format ini.
Kalau kita pakai kamera model yang masih dikira baru contohnya Canon 5D Mark III (model tahun 2012), nak pakai SDXC atau SDHC semua tak ada masalah.

Tapi, kalau kita pakai kamera model lama contohnya Canon 5D Classic (model tahun 2005), lepas tu kita beli kad SDXC. Kamera lama takkan faham format kad itu, kad itu tak boleh pakai. Rugi je beli.

Jadi, sila check manual kamera anda untuk tengok kamera anda pakai apa.

(Tip: kalau kamera anda boleh rakam video resolusi 4K, gerenti dia boleh faham format SDXC. Memang SDXC dengan kapasiti 64GB keatas orang guna untuk rakam video 4K yang saiz file besar belaka!)


4. Berapa besar kapasiti yang kita perlukan?

Ada banyak pilihan kapasiti yang kita boleh pilih dalam pasaran. Dari 8GB, 16GB sampailah 128GB. Semakin besar kapasiti kad memori, semakin banyak gambar dan video yang kita boleh simpan dalam kad itu. Tapi macam biasa, lagi besar kapasiti, lagi bertambah harganya. Di bawah ini saya sertakan kapasiti yang saya syorkan berdasarkan penggunaan kita.

Kegunaan Kapasiti
Melancong/Keluarga 16GB
Rakaman Video Full HD 32GB atau lebih
Rakaman Video 4K 64GB atau lebih


5. Berapa laju kad yang kita perlukan?

Selain kapasiti, apa yang menyebabkan ada kad tu murah dan ada kad tu mahal ialah kelajuan data dibaca dan ditulis (read/write speed) pada kad memori.

Speed Class
  • Class 2: sekurang-kurangnya 2 MBps.
  • Class 4: sekurang-kurangnya 4 MBps.
  • Class 6: sekurang-kurangnya 6 MBps.
  • Class 10: sekurang-kurangnya 10 MBps.
Sesetengah kedai kamera akan bagi kad memori percuma, tapi kadang-kadang kita dapat kad Class 4 yang perlahan. Kita boleh je guna nak tangkap gambar. Tapi kalau kita nak rakam video Full HD 1080p, beberapa saat je dia mampu rakam. Lepas tu rakaman terpotong sebab kad memori tak dapat keep up dengan data transfer rate semasa rakaman video.

Biasanya untuk rakaman video Full HD 1080p, banyak syarikat pembuat kamera syorkan sekurang-kurangnya Class 6 atau Class 10. Ada yang akan tanya, patutkah saya beli Class 6 untuk jimat duit? Sebaiknya saya rekemen cari Class 10 je terus.

Ultra High Speed Class
  • U1: sekurang-kurangnya 10 MBps.
  • U3: sekurang-kurangnya 30 MBps.
Zaman sekarang makin banyak kamera datang dengan fungsi rakaman 4K. Untuk rakaman video resolusi 4K, kita perlukan kad memori sekurang-kurangnya UHS Speed Class 'U3'.

Berbekalkan pengetahuan ini, adakah kita perlu ambik kad yang paling pantas sekali dalam pasaran? Taklah. Kad yang paling pantas harganya juga pantas menyedut wang dari dompet kita. Mahal bos! Jadi kita pilih kad yang cukup untuk kegunaan kita je.

Untuk kegunaan professional seperti fotografi sukan, fotografi majlis dan rakaman video 4K, carilah kad SDXC dengan kelajuan Class U3. Tapi untuk kegunaan keluarga, melancong dan rakaman video full HD, cari SDHC Class 10 dah cukup.


6. Adakah kita nak fungsi wireless?

Tahukah anda kita sekarang boleh hantar gambar dari kamera masuk ke smartphone menggunakan WiFi?

Kebanyakan kamera baru seperti Canon 6D, Sony A6000 dan Fujifilm X-A2 ada built-in wifi untuk hantar gambar dari kamera ke smartphone. Kamera yang tak ada fungsi wifi pun sekarang boleh dapat fungsi wifi dengan gunakan SD Card dengan fungsi wireless.

Selagi kamera kita masih power on, kad SD akan keluarkan signal wifi. Kat smartphone, pergi ke wifi settings dan connect ke wifi signal dari kad SD kita. Lepas tu boleh transfer gambar terus masuk smartphone! Bijak kan?

Takpe, more details below.


7. Kad SD apa yang saya rekemen?

Untuk kegunaan melancong / keluarga + rakaman video Full HD


Sebab saya rekemen kad ini;
- Format SDHC yang kebanyakan kamera faham
- Kelajuan Class 10 atau UHS-I U1 sesuai untuk rakaman video Full HD 1080p
- Kapasiti 16GB atau 32GB biasanya cukup untuk kegunaan keluarga/melancong
- Ada alternatif dari Sandisk, Kingston dan jenama lain, tapi Transcend biasanya paling murah (jangan no brand sudaah)

1. Transcend SDHC 16GB Class 10 UHS-I 400x (klik sini)
2. Transcend SDHC 32GB Class 10 UHS-I 400x (klik sini)

Untuk kegunaan professional / fotografi majlis / fotografi sukan / rakaman video 4K


Sebab saya rekemen kad ini;
- Format SDXC yang kapasiti besar giler untuk rakaman video 4K
- Kelajuan UHS-I U3 sesuai untuk rakaman video 4K dan burst fotografi yang pantas
- Kapasiti 64GB baru sedap untuk simpanan video 4K yang besar
- Ada alternatif dari Transcend, Samsung dan jenama lain, tapi Sandisk Extreme pulak biasanya SDXC U3 yang paling murah

1. Sandisk Extreme SDXC 64GB Class 10 UHS-I U3 (klik sini)
2. Sandisk Extreme SDXC 128GB Class 10 UHS-I U3 (klik sini)

Untuk fungsi wifi hantar gambar terus ke smartphone
Sebab saya rekemen kad ini;
- Format SDHC yang kebanyakan kamera faham
- Kelajuan Class 10 atau UHS-I U1 sesuai untuk rakaman video Full HD 1080p
- Kapasiti 32GB biasanya cukup untuk kegunaan keluarga/melancong.
- Harga 16GB tak jauh beza dengan 32GB, baik ambik 32GB terus.
- Ada alternatif lain dari jenama Eye-fi dan Transcend , tapi biasanya Tosiba ini paling murah.

1. Toshiba FlashAir SDHC 32GB Class 10 Wifi (klik sini)
2. Transcend SDHC 32GB Class 10  Wifi (klik sini)

Macam biasa, share jika bermanfaat!



Baca lagi:

1. Bolehkah Guna HARD DISK Dalam DSLR?

2. Bolehkah Guna Micro SD Card Dalam DSLR?

3. Panduan Memilih Kad CF Untuk DSLR.

You Might Also Like

0 comments

Popular Posts

My Instagram Photos