Bolehkah Guna Kad Micro SD Dalam DSLR?


Zaman sekarang ni banyak gajet dari smartphone, GoPro dan banyak lagi gajet lain menggunakan kad memori bersaiz Micro SD.

Apa beza Micro SD dan SD?


Seperti yang ditunjukkan di dalam gambar di atas, saiz fizikal kedua-dua kad ini berbeza.

Kad SD adalah kad memori yang menjadi standard buat kesemua gajet sejak dulu lagi. Kad SD biasa digunakan dalam kamera digital. Tapi sejak kemajuan telefon pintar, kad SD ini terlalu besar untuk masuk smartphone kita, jadi terciptalah kad Micro SD.

Masalahnya kebanyakan kamera DSLR dan mirrorless masih menggunakan SD Card yang bersaiz lebih besar dari Micro SD ini.

DSLR saya guna kad SD, bukan kad Micro SD

Kenapa nak masukkan Micro SD dalam DSLR?

Biasanya dengan kamera DSLR, kita tangkap gambar dan semua gambar tersimpan dalam kad SD. Kita kena sambungkan kad SD tu masuk komputer. Lepas tu baru boleh copy files masukkan dalam smartphone. Leceh kan?

Apa jadi kalau kita boleh transfer gambar tanpa perlukan komputer? Keluarkan kad memori dari DSLR dan terus sambungkan kad memori tu masuk smartphone?

Boleh je sambungkan kad SD kita kepada smartphone menggunakan sesuatu dinamakan USB OTG.

USB OTG ni bagus, tapi kadang-kadang susah nak detect lah, ada smartphone yang software dia tak support USB OTG lah, jadi kan bagus kalau kita boleh keluarkan kad memori dari kamera dan terus slot in masuk dalam smartphone.


Say Hi To Micro SD Adapter!


Saya sangat gembira untuk mengumumkan bahawa kebanyakan kad Micro SD dijual sekali dengan adapter yang membolehkan saiz kad Micro SD 'membesar' jadi SD Card!

Satu contoh kad micro SD dijual sekali dengan adapter

Jadi, boleh je pakai kad micro SD dengan adapter, masukkan dalam DSLR. Bila nak transfer gambar, masukkan je kad SD dalam smartphone dan you're good to go.


Tapi, patutkah saya buat begitu?

Ada dua jenis kerisauan untuk guna cara ini. Satu, tidakkah performance kelajuan kamera akan jatuh bila kita pakai kad yang kecil? Yelah, kad kecil punya sambungan pun kecil je. Dua, bukankah kad Micro SD lagi mahal dari SD Card?

Pertama, kebanyakan kad ini walaupun dengan adapter masih mampu mencapai kelajuan yang hampir sama atau kadang-kadang lebih laju dari SD Card seperti yang ditunjukkan oleh jadual di bawah dari Tested.com


Kedua, biasanya harga kad Micro SD ini lebih sikit dari kad SD. Tapi perbezaan harga Micro SD Card dan SD Card sudah kecil. bayangkan kalau dah dekat harga sama, nak beli kad SD yang boleh pakai kat kamera sahaja, atau nak beli kad Micro SD yang boleh guna kat bermacam gajet? Tadaaa!


Jadi, go ahead, pakai Micro SD Card dalam DSLR dan masukkan Micro SD card itu dalam smartphone!


Kad Micro SD apa yang sesuai?

Mostly bergantung kepada kamera DSLR/mirrorless utama anda tu, kalau kamera anda ada fungsi rakaman full HD, saya rekemen gunakan kad jenis SDHC Class 10 U1.

1. Samsung EVO+ SDHC U1 16GB Micro SD+Adapter (klik sini)
2. Samsung EVO+ SDHC U1 32GB Micro SD+Adapter (klik sini)
3. Transcend SDHC U1 32GB Micro SD+Adapter (klik sini)

Kalau kamera DSLR/mirrorless anda ada fungsi rakaman 4K, saya rekemen guna kad jenis SDHC atau SDXC Class 10 U3;

1. Sandisk Extreme 32GB SDHC UHS-I U3 Micro SD+Adapter (klik sini)

Just masukkan kad micro SD dalam adapter dan masukkan dalam kamera! Settle!

Share jika bermanfaat!



Baca lagi;

1. Panduan Memilih kad SD Terbaik Untuk Kamera Anda

2. Bolehkah Guna HARD DISK kat DSLR?

Comments

Sponsored 3

Popular posts from this blog

5 Mitos Fotografi Yang Ramai Orang Percaya

5 Cara Buat Duit Melalui Fotografi (Selain Wedding)

Why Pro Photographers Don't Want To Share Their Knowledge