Boleh Guna Hard Disk Kat DSLR? (7 Jenis 'Storage Media')


Betulkah kita boleh guna HARD DISK komputer kat kamera DSLR kita?

Kita tangkap gambar guna DSLR atau apa-apa kamera, gambar tu kena simpan kat sesautu tempat kan? Itulah tugas kad memori.


Biasanya kad memori yang kita pakai untuk kamera bentuk SD Card ini, tapi sebenarnya ada banyak jenis lagi storage media yang kita boleh guna kat kamera kita.

Dalam posting kali ini saya nak ceritakan pasal jenis-jenis media simpanan data untuk kamera kita. Ada tujuh semuanya.

Warning, post ni agak panjang...

Sebelum tu,

Kenapa kad memori kena laju-laju ye?

Dalam perbincangan di bawah, saya akan banyak bercakap mengenai kelajuan kad memori dalam unit berapa megabyte sesaat.

Situasi 1: Anda sedang pegang DSLR tepi padang bola sepak ambil gambar perlawanan FIFA World Cup. Sukan bergerak pantas, jadi anda gunakan mod 'burst' yang ambil 10 gambar sesaat atau 10fps. Kita anggarkan satu gambar JPEG bersaiz 6 megabyte. 6MB sesaat x 10 = 60MB sesaat. Jadi, kad memori anda perlu mampu 'menelan' 60MB sesaat. Kalau kad memori anda lambat, kamera akan jadi stuck dan tak boleh tangkap gambar.

Situasi 2: Anda sedang rakam video selfie. Biasanya video resolusi Full HD 1080p kan? Tapi zaman sekarang, kita pakai resolusi yang empat kali ganda lagi besar iaitu resolusi 4K. Kita anggarkan lah, video resolusi 4K makan 25MB sesaat. Kad memori anda perlu mampu 'menelan' data sebanyak 25MB sesaat. Kalau dia tak mampu, rakaman akan terhenti.

So, sudah clear kenapa pentingnya kelajuan ini?

Jom cerita pasal jenis-jenis 'storage media' yang ada dalam pasaran untuk kamera kita gunakan!

1) SD Card

Majoriti kamera masa kini menerima SD Card
Kad Secure Digital (SD) memang kad memori yang paling meluas digunakan oleh majoriti kamera dari kamera kompak, sampailah kamera DSLR dan kamera mirrorless.

Sejarah SD Card bermula pada tahun 1999 apabila tiga syarikat; SanDisk, Panasonic (dahulu dikenali sebagai Matsushita) dan Toshiba bergabung tenaga untuk mencipta satu kad yang lebih kompak dari kad memori MultiMedia Cards (MMC) yang digunakan secara meluas pada masa itu. Sejak itu, jenis kad SD ini menjadi standard industri.

Kelebihan SD Card ini ialah;
1. Saiz kecil, dan ringan.
2. Kad memori standard digunakan meluas dalam industri, murah untuk dibeli berbanding semua storage media yang lain.
4. Tahan lasak, saya pernah letak satu SD Card dalam poket seluar, lepas tu masuk dalam mesin basuh. Nasib baik kad tu waterproof, masih sihat dan berfungsi dengan cemerlang sampai sekarang.

Kelemahan SD Card bagi saya satu je, kalau nak slot masuk komputer boleh tapi nak masuk kat smartphone tak boleh!

Buat masa sekarang, kelajuan terpantas untuk kad SD ialah kad SDXC UHS-II U3 dengan kelajuan sehingga 250MB sesaat!

Untuk panduan memilih SD Card terbaik untuk kamera anda, serta beberapa kad memori yang saya rekemen, klik sini.


2) Micro SD Card


Pada tahun 2005, bos SanDisk dan Motorola berpendapat bahawa kad SD terlalu besar saiznya untuk digunakan dalam smartphone. Maka mereka pun mencipta kad sama tapi versi lagi kecil iaitu Micro SD.

Zaman sekarang kad Micro SD sudah menjadi standard industri dan digunakan secara meluas dalam smartphone dan kamera yang super kompak seperti GoPro atau ActionCam.

Kad Micro SD masih mengekalkan banyak kelebihan dan kelemahan SD Card dengan satu tambahan iaitu saiznya itu sendiri. Saiz dia lagi kecil dari kuku jari kita, kalau cuai senang terjatuh dan hilang. Bayangkan itu gambar client job fotografi yang penting. Fuh...

Tahukah anda banyak micro SD card dijual dengan adapter yang bolehkan saiznya 'membesar' dan boleh digunakan pada SD Card slot?

Persoalannya, adakah Micro SD Card boleh digunakan dalam kamera DSLR/Mirrorless kita? Jawapannya ada di sini (klik sini).


3) CF Card


Kebanyakan kamera kompak gunakan kad SD dan micro SD. Tapi kebanyakan DSLR high end professional level dan kamera DSLR lama hanya menerima kad memori CompactFlash atau CF.

CF Card ini adalah ciptaan SanDisk pada tahun 1994, iaitu sejak permulaan peralihan zaman kamera filem kepada digital lagi. Dulu, CF Card ini menjadi pilihan ramai jurufoto kerana CF Card ini pantas, CF Card menggunakan sambungan Parallel ATA (PATA) bus yang digunakan dalam banyak komputer masa tahun 90-an. Kalau anda jurufoto sukan yang banyak ambil gambar burst shot, anda perlu pakai CF Card. Contoh kamera yang masih menggunakan CF Card ialah Canon 5D Mark III dan Nikon D800.

CF Card terpantas buat masa sekarang akan ada designation 'UDMA 7' dengan kelajuan sehingga 167MB sesaat.

Tapi itu cerita dulu. SD Card sekarang dah lebih pantas dengan CF Card dengan harga yang lebih murah dari CF Card... Dahla sambungan kat kamera dalam slot tu guna pins, kalau bengkok sikit, mahal mau repairnya... Sebab itu kebanyakan kamera beralih arah ke SD Card yang lebih kecil dan lebih tahan lasak.

Sebelum kita teruskan jom kita tengok perbandingan saiz antara CF Card, SD Card dan Micro SD Card....


Semuanya 8GB tapi saiz lain-lain. Menarik kan teknologi zaman sekarang?


4) CFast Card

dua slot kad CFast di dalam Canon 1D-X Mark II. Imej ehsan Canon USA.
Tadi saya cerita SD Card sudah kalahkan CF Card, tapi CF Card taknak kalah. CF Card kini kembali dengan sambungan baru menggunakan Serial ATA (SATA) bus yang kebanyakan komputer moden gunakan. Berita baiknya, kad ini dua kali lebih pantas dari CF Card dengna kelajuan sehingga 300MB sesaat.

Kad baru ini dinamakan 'CFast'. Contoh kamera yang menggunakan kad jenis ini ialah Canon 1D-X Mark II yang digambarkan di atas. Kamera Nikon D5 pula datang dengan dua versi, satu versi dengan dua slot CFast lagi satu versi dengan dua slot jenis kad seterusnya...


5) XQD Card

Slot XQD (kiri) dan slot CFast (kanan) pada Nikon D5. Gambar ehsan Petapixel.
Jenis kad ini adalah pesaing kuat CFast. XQD datang dengan sambungan PCI Express yang mampu pergi sehingga 1000MB sesaat! 1 Gigabyte sesaat! Tak cukup dengan itu, saiz kad jenis XQD boleh mencapai kapasiti melebihi 2000GB atau 2TB. Itu sudah lagi besar daripada komputer kita punya hard disk!

Alang-alang sudah sebut nama hard disk...


6) Hard Disk Drive

Rig video high end. Gambar ehsan Atomos USA
Hard Disk Drive (HDD) ni adalah modul simpanan data yang komputer dan laptop biasa pakai. Biar betul kamera pun pakai?

Yup! Untuk produksi video budget besar dan wayang gambar, diorang akan rakam footage sampai berjam-jam lamanya, kebanyakan DSLR cuma mampu rakam sehingga 30 minit sahaja. Selain itu footage berjam-jam lamanya perlukan saiz simpanan yang besar. Daripada guna berkeping-keping kad memori kena tukar dan nanti keliru yang mana satu kad yang dah guna ke belum, baik guna HDD je masa rakaman kan?

Jadi mereka gunakan sesuatu yang dinamakan 'external recorder' yang disambungkan dengan kamera menggunakan kabel HDMI. HDD bersaiz 2.5" yang biasa digunakan dalam laptop boleh dimasukkan dalam alat external recorder ini untuk menyimpan video di dalamnya.

Kelebihan HDD ialah;
1. HDD sangat murah apabila dibandingkan dengan kad memori lain kerana kita boleh dapat ruang simpanan dari 1000GB / 1TB dengan hanya beberapa ratus ringgit.
2. Kapasitinya HDD boleh memcecah sehingga 10 TB!

Kelemahan HDD ialah;
1. HDD ada disk yang berputar, jadi ia tidak begitu tahan lasak.
2. Sebab disk yang berputar pun kelajuannya tak konsisten, iaitu 80-160 MB sesaat.
3. External recorder itu sahaja sudah sama harga macam beli lagi satu DSLR ;-)


7) Solid State Drive

Sony A7S bersama Atomos Shogun 4K, Gambar ehsan EOSHD

Oh lupa nak ceritakan kat atas tadi. Untuk dapatkan kualiti yang terbaik, external recorder ini mampu rakam dalam format RAW video atau format Apple ProRes yang masih dekat dengan kualiti RAW.

Sama macam gambar RAW dalam kamera kita, format ini tersangatlah besar file dia. Tambah lagi dengan resolusi 4K, jumlah data yang perlu ditelan oleh storage media sangatlah besar dalam jangka masa sesaat. Kita perlukan storan yang laju, dan pada masa yang sama, besar!

Di sinilah datangnya Solid State Drive atau SSD yang kita selalu gunakan dalam laptop, Mac Book dan sebagainya. Jika anda mahu rakam video 4K dengan external recorder, Atomos mewajibkan penggunaan SSD.

Kelebihan SSD ialah;
1. Sangat laju berbanding HDD, iaitu dari 200MB sesaat sehingga 1500MB sesaat.
2. Kapasitinya dari 120GB hingga 16TB (buat masa artikel ini ditulis)
3. Tahan lasak seperti kad memori lain kerana tiada disk yang berputar!

Kelemahan SSD pula ialah;
1. Harga, masih agak mahal untuk kapasiti yang besar.



There you go. memang kita boleh pakai Hard Disk kat kamera DSLR kita... Saya tak tipu punya...

Macam biasa, share jika bermanfaat!

Baca lagi;

1. Panduan Memilih Kad SD Terbaik Untuk Kamera Anda (Klik sini)

2. Bolehkah Guna Kad Micro SD Dalam DSLR?


Lazada Malaysia

Comments

Sponsored 3

Popular posts from this blog

5 Mitos Fotografi Yang Ramai Orang Percaya

5 Cara Buat Duit Melalui Fotografi (Selain Wedding)

Why Pro Photographers Don't Want To Share Their Knowledge