Canon Umumkan 5D Mark IV Secara Rasmi


25 Ogos 2016 - Canon secara rasminya mengumumkan DSLR terbaru mereka, Canon EOS 5D Mark IV, tambahan terbaru dalam siri 5D yang menjadi kegemaran ramai.

Kamera terbaru ini datang dengan sensor full frame 35mm, 30.4 megapixel CMOS sensor dan DIGIC 6+ Image Processor yang mampu merakam video 4K 30p dan 7 frames per second (fps) continuous shooting. Untuk memudahkan lagi rakaman video, Canon juga melengkapkan kamera ini dengan Dual Pixel CMOS AF yang pantas semasa Live-View shooting dan rakaman video.

Canon juga mengumumkan dua L-series EF lens baru – Canon EF 16-35mm f/2.8L III USM Ultra-Wide Zoom dan EF 24-105mm f/4L IS II USM  Standard Zoom.

Spesifikasi DSLR Canon EOS 5D Mark IV:

Sensor 30.4 Megapixel full frame CMOS dengan ISO 100-32,000 native, 50-102,400 expanded.

4K Motion JPEG video (DCI cinema-type 4096 x 2160) pada 30p atau 24p; mempunyai keupayaan frame grab imej 4K 8.8-Megapixel di dalam kamera; rakaman video Full HD dengan frame rate setinggi 60p, dan HD sehingga 120p.

Dual Pixel CMOS AF untuk AF yang pantas dan lancar semasa rakaman video atau Live View shooting;

Skrin LCD sentuh dengan pelabagai fungsi sentuh, termasuk memilih AF area.

DIGIC 6+ Image Processor berprestasi tinggi dan 7 fps continuous shooting.

61 AF points dengan tambahan 41 cross-points untuk lebih coverage pada vertical axis, kesemua AF points mampu berfungsi dengan banyak kombinasi lens + extender pada f/8.

150,000-pixel RGB+IR metering sensor membekalkan exposure metering yang tepat, mengesan sumber cahaya yang flickering, scene recognition dan face detection.

Dual Pixel RAW, Digital Lens Optimizer untuk membetulkan kelemahan lens semasa menggunakan JPEG dan teknologi Diffraction Correction.

Built-in Wi-Fi dan NFC untuk kegunaan dengan smart device lain seperti telefon pintar. Built-in GPS untuk informasi geotag, termasuk pembetulan jam automatik dengan Universal Time Code (UTC) dari satelit.


Harga?

DSLR Canon EOS 5D Mark IV dijadualkan akan mula dijual pada awal September 2016 dengan harga USD $3,499 untuk kamera sahaja (MYR 14,112.87).

Ia juga akan dijual secara kit dengan lens EF 24-70mm f/4L dengan harga USD $4,399.00 / MYR 17,742.93 dijadualkan pada awal September) dan EF 24-150mm f/4L IS II USM lens (USD $4599.00 / MYR 18,557.19, dijadualkan pada lewat Oktober).

Amacam? Nak beli?

Comments

Sponsored 3

Popular posts from this blog

5 Mitos Fotografi Yang Ramai Orang Percaya

5 Cara Buat Duit Melalui Fotografi (Selain Wedding)

Why Pro Photographers Don't Want To Share Their Knowledge