Inilah Sebab Kenapa Huawei P9 Mempunyai Dua Kamera


Huawei sekarang ni tengah agresif promosikan smartphone flagship mereka yang dipanggil P9. Yang menarik perhatian saya ialah ia menggunakan dua unit kamera di belakang. Sebelum ni, kebanyakan sistem dual-camera ini digunakan untuk 3D atau gimik focus. Huawei kali ni guna pendekatan yang berlainan; dua unit kamera Huawei P9 ini ambik satu gambar yang sama, dengan kualiti yang lagi tinggi. Jom kita tengok macam mana ia berfungsi.

Apa tujuan kamera belakang kedua?

Setiap satu kamera belakang P9 ada fungsi yang berlainan. Satu kamera ada sensor RGB konvensional yang boleh tangkap gambar berwarna. Satu lagi kamera tu dibuat dengan sensor monochrome; ia hanya boleh tangkap gambar hitam putih sahaja. Dua unit kamera ini tangkap gambar dan gabungkannya menjadi satu gambar yang berkualiti tinggi. Satu kamera supply data warna, lagi satu kamera bagi data details.

Kenapa perlu gambar hitam putih?

Sensor RGB ada colour filter yang berfungsi menentukan cahaya yang masuk ke dalam kamera itu warna apa. Dalam proses menentukan cahaya ini, kamera hilang sedikit data yang patutnya boleh digunakan untuk hasilkan imej yang sangat sharp. Sedih kan?

Sensor hitam dan putih pula tiada filter, jadi semua data cahaya boleh digunakan untuk dapatkan imej yang sharp dan lagi banyak detail. Huawei juga mendakwa dengan menggunakan dua sensor, P9 mampu menangkap 270% lagi banyak cahaya dari iPhone 6S dan 70% lagi banyak cahaya dari Samsung Galaxy S7.


Mungkin pernah dengar Leica M Monochrom? Kamera ini hanya tangkap gambar hitam dan putih. Gambarnya memang dipuji ramai sharp giler! Tone hitam dan putihnya lazat berkrim. Huawei kan berkerjasama dengan Leica dalam mencipta sistem kamera Huawei P9 ini. Mungkin M Monochrom ini jadi sumber inspirasi mereka ;-)

Bagus sangat ke hasil gambar Huawei P9?

Mari kita tengok hasil gambar pre-wedding photoshoot oleh Edwin Tan yang ditangkap guna Huawei P9. Gambar dari Huawei Mobile MY










Cuba tengok langit gambar terakhir ini, macam ada sesuatu yang berlaku. ;-)

Jadi, apa pendapat korang mengenai kualiti kamera Huawei P9 ini? Best? Share pendapat anda di ruangan komen, sambil tu share artikel ni sekali haha!

By the way, saya nak cari duit tepi untuk bina PC. Kalau mahu adakan photoshoot dengan saya, jangan segan untuk contact saya melalui fb page saya 'Adzrin Mansor' terima kasih!

Comments

Racun

ShaShinKi.com - 150x300 Warning

Popular posts from this blog

5 Cara Buat Duit Melalui Fotografi (Selain Wedding)

Why Pro Photographers Don't Want To Share Their Knowledge

5 Mitos Fotografi Yang Ramai Orang Percaya