7 Terma Marketing Dijelaskan Cara Mudah Faham!

gambar hiasan dari gugel. mohon jangan amalkan amalan gigit kamera.
Bila masuk dunia perniagaan, yakni lepak dengan photographer professional full time tahap otai bisnes, mesti akan ada perbincangan guna terma marketing yang kita sebagai rakyat marhein tak faham. 

Jom kita bincangkan tujuh terma marketing yang saya baru belajar.

1) Prospect
Bayangkan korang adalah pemilik kedai kamera dan studio fotografi. Setiap orang yang masuk ke kedai korang ada kemungkinan untuk membeli barang korang dan menjadi customer korang. Jadi mereka adalah prospek.

2) Conversion
Setiap orang yang masuk ke kedai korang, setiap orang yang PM facebook page kedai korang dikira sebagai prospek. Tetapi kalau dia beli, dia jadi customer. Korang berjaya convert prospek jadi customer. Conversion rate berguna untuk menilai tahap keberkesanan sesuatu event/sale/promosi yang anda buat.

3) Segmentation
Korang masih owner kedai jual kamera tadi tu. Ada seorang pakcik tua datang ke kedai anda mencari kamera yang mudah untuk digunakan, anda pun target dia untuk beli kamera kompak. Selepas itu seorang gadis cun datang ke kedai anda mencari kamera selfie, anda pun rekemen kamera dengan skrin boleh diputarkan kehadapan. Seterusnya seorang lelaki yang jurugambar professional datang mencari kamera kecil untuk kegunaan professional, anda pun rekemen mirrorless high end. Korang rekemen produk yang berlainan untuk market berbeza, bersesuaian dengan ciri-ciri pelanggan, seperti umur, jantina, bangsa, dll. Ini dipanggil market segmentation. Kita set target, lain customer kita rekemen lain barang ikut keperluan dia.

4) Differentiation
Bayangkan pulak korang engineer tukang design kamera. Korang dah design Canon 1D-X Mark II dengan sistem autofocus yang sangat laju, korang pun jual model itu dengan harga yang sangat mahal. Korang nak design 6D Mark II contohnya. Korang tak boleh letak sistem autofocus yang sama. Nanti produk ni sama takde beza. Kita letak sistem autofocus yang biasa letak kat 6D Mark II, supaya harganya tak semahal 1D-X Mark II. Korang differentiate setiap produk untuk berada di dalam kategori berbeza, satu mahal, satu murah sikit. Kita nak elakkan 'cannibalism' antara produk supaya dua-dua dapat dijual, bukannya satu model akan kacau sale lagi satu model yang lain.

5) Up-sell
Korang ada perniagaan fotografi perkahwinan. Pengantin tanya pasal pakej shoot and burn. Tapi korang kata korang lagi rekemen pakej custom album sebab gambar lagi best nak tengok bila siap print dan dibukukan. Proses menjual pakej yang lagi mahal itu dipanggil up-sell.

6) Down-sell
Korang sudah rekemen pakej custom album kepada pengantin, namun customer menjawab budget dia tak cukup kerana kahwin kecil-kecilan. Jadi korang pun rekemen dia ambil pakej rendah sikit iaitu print gambar saiz 4R berserta sticky album. Proses menjual pakej yang murah sikit ini dipanggil down-sell.

7) Cross-sell
Pengantin setuju nak ambil pakej sticky album dengan korang. Korang juga ada  perniagaan sampingan iaitu sewa mesin ais krim untuk kenduri kahwin. Korang pun promosikan kepada pengantin untuk sewa mesin aiskrim untuk kenduri mereka. Proses menjual produk lain selepas penjualan produk asal dipanggil cross-sell.

Apa lagi terma marketing yang anda tahu? 

Kalau artikel ini bermanfat, silalah share.

Jemput follow saya melalui fb page --> 'Adzrin Mansor' Terima kasih ;-)

Ikhlas dari,
Adzrin Mansor.

Comments

Sponsored 3

Popular posts from this blog

5 Mitos Fotografi Yang Ramai Orang Percaya

5 Cara Buat Duit Melalui Fotografi (Selain Wedding)

Why Pro Photographers Don't Want To Share Their Knowledge