Lens Canon Pancake Yang Manakah Sesuai Untuk Kamera Saya?

07:50


Canon ada keluarkan dua lens pancake yang sangat menarik untuk pengguna DSLR EOS. Lens yang dimaksudkan ialah;

1) Canon EF 40mm f/2.8 STM
2) Canon EF-S 24mm f/2.8 STM

Canon EF-S 24mm di kiri dan EF 40mm di kanan.

Dua-dua lens ini berkongsi kelebihan yang sama iaitu;

1)  Kecil - macam tak pasang lens je bila lens pancake ini dipasang pada kamera.

2) Ringan - dua-dua lens ini beratnya 130 gram (40mm) dan 125 gram (24mm). ringan giler!

3) Focal length berguna - 40mm pada full frame dan 24mm pada crop sensor sangat sesuai sebagai walk around lens. tak terlalu wide, tak terlalu zoom in. just nice.

4) Low light - aperture f/2.8 taklah besar sangat tapi ia masih membenarkan banyak cahaya masuk ke dalam kamera. lagi baik daripada zoom lens lain yang maximum aperture dia f/3.5 atau f/4!

5) Mampu milik - kita boleh beli dua lens ini dengan harga lebih kurang sekitar RM800 (40mm) dan sekitar RM600 (24mm). taklah mahal ribu riban kan!


gambar ihsan the digital picture

Dua-dua lens ni nampak serupa. Apa bezanya?

Yang mana satu yang sesuai untuk kamera saya?

Simple.

Lens 40mm tu lens 'EF' yang compatible untuk kegunaan kamera full frame contohnya 6D, 5D Mark III dan 1D X.

Lens 24mm tu lens 'EF-S' yang hanya boleh digunakan pada kamera crop sensor seperti 100D, 1300D, 700D, 80D, dan 7D Mark II.

Dari segi fungsi, lens 24mm tu bila digunakan pada kamera crop sensor Canon dengan crop factor 1.6x, 24 x 1.6 = 38.4 atau lebih kurang =~ 40mm. Jadi lens EF-S 24mm itu fungsinya pada kamera crop sama macam guna EF 40mm pada kamera full frame.

Tak boleh ke saya nak pakai 24mm tu kat kamera full frame?

Nope tak boleh. Mount EF-S direka sedikit berbeza dengan mount EF di kamera full frame. Kamera crop boleh pakai lens full frame macam 40mm tu tanpa banyak masalah. Tapi kamera full frame tak boleh pasang lens untuk kamera crop macam EF-S 24mm ini.


Minat tak dengan lens pancake 24mm dan 40mm ni? Kalau masih tak berapa yakin dengan kehebatan lens pancake ni jemput tengok review dari Christopher Frost di bawah ini. Jangan lupa share post ni dengan kawan-kawan ok? See ya in the next post!

Review 40mm:


Review 24mm:



You Might Also Like

0 comments

Popular Posts

My Instagram Photos