Canon Mengumumkan DSLR EOS 1300D Yang Mampu Milik

22:58

Canon mahu anda fikir semula sebelum jadikan smartphone kamera utama anda!



Canon baru-baru ini mengumumkan Canon EOS 1300D yang ditujukan khas untuk pengguna telefon pintar dengan imej kualiti DSLR dalam pakej yang kecil dan harga mampu milik.

Canon EOS 1300D dilengkapi dengan sensor APS-C CMOS yang mempunyai resolusi 18-megapiksel. Sensor bersaiz besar ini mampu menghasilkan imej dengan bahagian out of focus yang cantik dan lembut, terutamanya apabila dipakai bersama lensa yang sesuai daripada rangkaian lensa EF dan EF-S.


Canon memilih untuk mengekalkan spesifikasi yang sama dengan kamera model sebelumnya, EOS 1200D, dengan mengekalkan sistem AF 9-point, 1 cross type point di tengah frame dan burst mode 3fps resolusi penuh.

Pakej pemprosesan model 1300D baru ini telah ditambah baik ke prosesor DIGIC 4+ yang menjanjikan kuasa pemprosesan dan kelajuan yang lebih baik dari model sebelumnya. Prosesor baharu ini juga menjanjikan julat setting ISO dari 100 hingga 6,400 secara native, dan hingga 12,800 dalam ISO expansion.


Dari segi video, kamera ini mampu merakam video 24/30fps pada resolusi 1080p dan 60fps pada resolusi 720p. Walaupun kamera pada harga sebegini tiada fungsi rakaman video 4K, ia masih ada 3.5mm microphone input. Jadi model ini masih dikira amat berguna untuk rakaman video 1080p.


Penambahbaikan yang paling signifikan ialah sistem Wi-Fi dan NFC terbina di dalam kamera tanpa perlu memasang aksesori luaran. Fungsi ini membolehkan pengguna menghantar gambar berkualiti tinggi ke telefon pintar untuk dimuat naik ke media sosial dengan cepat. Fungsi Wi-Fi ini boleh digunakan selepas memuat turun aplikasi Canon Camera Connect di telefon pintar anda. Fungsi ini sudah pasti akan menarik ramai instagrammer yang mahukan gambar dengan kualiti imej DSLR untuk dimuat naik ke Instagram.

Mengenai jangka hayat bateri pula, menurut CIPA, model ini yang dikuasai dengan bateri LP-E10 menjanjikan 500 shot per caj jika menggunakan viewfinder optikal, atau 180 shots per caj jika menggunakan live view di skrin.



Canon EOS 1300D akan mula dijual dengan kit lens Canon 18-55mm f/3.5-5.6 IS II bermula akhir April 2016 dengan MRSP US$549. Canon Malaysia sudah mengumumkan MSRP kit ini dengan harga RM2099.

(MRSP - Manufacturer Recommended Sales Price)

You Might Also Like

0 comments

Popular Posts

My Instagram Photos