Adakah Penggunaan ISO Tinggi Mengurangkan Sharpness?

Adakah dengan menggunakan nilai ISO yang tinggi macam 1600, 3200, 6400 dan keatas akan memberi kesan yang negatif terhadap sharpness gambar kita?


Bila kita gunakan nilai ISO yang tinggi, semakin banyak grain atau noise yang kita dapat.

Secara teorinya, pengunaan nilai ISO yang tinggi itu sendiri tidak memberi kesan yang langsung terhadap kualiti sharpness gambar kita melainkan grain atau noise.

Tapi, kamera kita cuba untuk mengurangkan noise itu melalui processing yang dipanggil Noise Reduction.

Processing ini walaupun mengurangkan jumlah noise dalam gambar kita, tetapi details yang penting, yang sepatutnya sharp pun jadi soft sekali demi mengurangkan noise.

Solusinya mudah.

Selalu gunakan nilai ISO yang bersesuaian dengan keperluan keadaan. Kalau boleh cari tempat yang lebih terang dan gunakan nilai ISO yang lebih rendah, ok go for it.

Atau jangan takut dengan gambar yang sedikit grainy.

Grain tu hanya nampak masa zoom in 100% kan? Tak perlulah risaukan sangat noise bila zoom in tu. Kita tengok gambar seluruh frame. Kita print biasanya print saiz 6 x 4 inci 4R. Itu pun kalau print. Kalau tidak tengok gambar kat instagram di skrin saiz 4 inci. Noise tak nampak punya...

Keep calm dan enjoy je ambik gambar!


Comments

Sponsored 3

Popular posts from this blog

5 Mitos Fotografi Yang Ramai Orang Percaya

5 Cara Buat Duit Melalui Fotografi (Selain Wedding)

Why Pro Photographers Don't Want To Share Their Knowledge