Posts

Showing posts from April, 2016

Adakah Image Quality Kamera Mirrorless Tak Elok?

Image
Ada seseorang mesej saya bertanya mengenai kamera DSLR Nikon. Saya cuba untuk meyakinkan beliau bahawa ada kamera mirrorless yang kecil comel pun mampu menghasilkan kualiti imej setaraf DSLR. Beliau lebih yakin dengan DSLR Nikon kerana risau akan rakan-rakannya mengelakkan dia jika dia datang dengan kamera kecil.

Itu semua impresi sahaja. Ramai orang tak kisah dengan saiz kamera kita melainkan diri kita sendiri. Macam saiz 'lelaki' lah. Perempuan tak kisah pun pasal tu, perempuan lagi busy fikir benda lain, tapi lelaki je yang 'overthinking'.

Saya pun pernah dan suka shoot wedding dengan kamera kecil Sony A7. Gambar wedding itu boleh didapati di sini.

Tapi yang menyakitkan tu, bila ada orang kata kamera mirrorless ni taraf kamera kompak digital camera je. Image quality tak elok. Hanya DSLR hitam besar je yang mampu menghasilkan image quality yang elok. Mari kita bincangkan.

Image quality ditentukan oleh banyak perkara. Kualiti lens, skill si jurugambar memproses gamba…

5 Sebab Kenapa Anda Perlu Guna Lens 50mm

Image
Posting kali ini taknak tulis panjang-panjang. Nak racunkan pakai gambar je.

Mempersembahkan lima sebab kenapa anda perlu guna lens 50mm!


1) Boleh eksperimen dengan 'shallow depth of field'


2) Bokeh!


3) Aperture f/1.8 atau f/1.4 besar sesuai untuk kegunaan low light.


4) Focal length 50mm sangat versatil, nak shoot landscape, event pun boleh!


5) Kecil, Ringan dan Harganya biasanya mampu milik (itu tiga reason. lantak lah hahaha)

Setuju dengan lima sebab-sebab yang saya kemukakan di atas? Share laaa.

Lens Canon Pancake Yang Manakah Sesuai Untuk Kamera Saya?

Image
Canon ada keluarkan dua lens pancake yang sangat menarik untuk pengguna DSLR EOS. Lens yang dimaksudkan ialah;

1) Canon EF 40mm f/2.8 STM
2) Canon EF-S 24mm f/2.8 STM


Dua-dua lens ini berkongsi kelebihan yang sama iaitu;

1)  Kecil - macam tak pasang lens je bila lens pancake ini dipasang pada kamera.

2) Ringan - dua-dua lens ini beratnya 130 gram (40mm) dan 125 gram (24mm). ringan giler!

3) Focal length berguna - 40mm pada full frame dan 24mm pada crop sensor sangat sesuai sebagai walk around lens. tak terlalu wide, tak terlalu zoom in. just nice.

4) Low light - aperture f/2.8 taklah besar sangat tapi ia masih membenarkan banyak cahaya masuk ke dalam kamera. lagi baik daripada zoom lens lain yang maximum aperture dia f/3.5 atau f/4!

5) Mampu milik - kita boleh beli dua lens ini dengan harga lebih kurang sekitar RM800 (40mm) dan sekitar RM600 (24mm). taklah mahal ribu riban kan!



Dua-dua lens ni nampak serupa. Apa bezanya?

Yang mana satu yang sesuai untuk kamera saya?
Simple.

Lens 40mm

Adakah Penggunaan ISO Tinggi Mengurangkan Sharpness?

Image
Adakah dengan menggunakan nilai ISO yang tinggi macam 1600, 3200, 6400 dan keatas akan memberi kesan yang negatif terhadap sharpness gambar kita?

Bila kita gunakan nilai ISO yang tinggi, semakin banyak grain atau noise yang kita dapat.

Secara teorinya, pengunaan nilai ISO yang tinggi itu sendiri tidak memberi kesan yang langsung terhadap kualiti sharpness gambar kita melainkan grain atau noise.

Tapi, kamera kita cuba untuk mengurangkan noise itu melalui processing yang dipanggil Noise Reduction.

Processing ini walaupun mengurangkan jumlah noise dalam gambar kita, tetapi details yang penting, yang sepatutnya sharp pun jadi soft sekali demi mengurangkan noise.

Solusinya mudah.

Selalu gunakan nilai ISO yang bersesuaian dengan keperluan keadaan. Kalau boleh cari tempat yang lebih terang dan gunakan nilai ISO yang lebih rendah, ok go for it.

Atau jangan takut dengan gambar yang sedikit grainy.

Grain tu hanya nampak masa zoom in 100% kan? Tak perlulah risaukan sangat noise bila zoom in tu.…

Canon Mengumumkan DSLR EOS 1300D Yang Mampu Milik

Image
Canon mahu anda fikir semula sebelum jadikan smartphone kamera utama anda!



Canon baru-baru ini mengumumkan Canon EOS 1300D yang ditujukan khas untuk pengguna telefon pintar dengan imej kualiti DSLR dalam pakej yang kecil dan harga mampu milik.

Canon EOS 1300D dilengkapi dengan sensor APS-C CMOS yang mempunyai resolusi 18-megapiksel. Sensor bersaiz besar ini mampu menghasilkan imej dengan bahagian out of focus yang cantik dan lembut, terutamanya apabila dipakai bersama lensa yang sesuai daripada rangkaian lensa EF dan EF-S.


Canon memilih untuk mengekalkan spesifikasi yang sama dengan kamera model sebelumnya, EOS 1200D, dengan mengekalkan sistem AF 9-point, 1 cross type point di tengah frame dan burst mode 3fps resolusi penuh.

Pakej pemprosesan model 1300D baru ini telah ditambah baik ke prosesor DIGIC 4+ yang menjanjikan kuasa pemprosesan dan kelajuan yang lebih baik dari model sebelumnya. Prosesor baharu ini juga menjanjikan julat setting ISO dari 100 hingga 6,400 secara native, dan h…

Lindungi DSLR Anda Dari Fungus Dengan RM25! (DIY Dry Box)

Image
Hanya dengan berbekalkan RM25, anda boleh lindungi kamera harga ribuan ringgit anda daripada fungus. Iaitu dengan membina dry box secara DIY.

Apa itu fungus? Fungus ialah kulat yang tumbuh di permukaan lens dan sensor kamera. Selain menghalang transmisi cahaya, kulat itu makan optical coatings dan optical glass, menjadikan lens itu rosak. Sebab itu kalau nak beli lens terpakai orang akan periksa kalau ada fungus. Kalau ada, harga turun laaa. Fungus juga boleh berjangkit antara lens yang disimpan di tempat yang sama. Bahaya wei!

Siapa berisiko kena fungus? Lens DSLR dan mirrorless ada lens elements yang besar. Sebab tu fungus suka makan. Kalau kamera kompak tak kisah sangat sebab lens kecik, ada yang lens plastik lagi.
Cara 'Pros' elak fungus? Pros yang dah punyai kamera berpuluh ribu, mestilah nak jaga barang dia dari kerosakan akibat kulat yang jahat ni. Jadi mereka beli DRY CABINET iaitu tempat simpanan kamera dan lens bentuk macam peti ais, yang secara automatik akan mengerin…

Racun

ShaShinKi.com - 150x300 Warning