Kit Lens Anda Memang Teruk, Tapi Ia Penting




Lens ialah salah satu equipment fotografi yang paling penting untuk penggemar fotografi. Lens yang bagus, dijaga dengan elok boleh bertahan sampai berdekad lamanya. Sebab itu ramai jurufoto professional menggunakan pro level equipment.

Ramai daripada kita bila beli kamera, kita akan dapat lens yang dibekalkan sekali dengan kamera kita yang lebih dikenali sebagai 'KIT LENS'. Di dalam posting kali ini kita akan membincangkan mengenai lens Canon EF-S 18-55mm f/3.5-6.3 II. Lens jenis yang biasa kita dapat bila kita beli kamera.


Kit lens ini plastik dan tak mahal (cara sopan nak sebut 'murahan'). Ada logik kenapa syarikat pembuat kamera buat lens murah ni - mereka nak kekalkan harga kit kamera mereka rendah untuk kekal kompetitif dalam pasaran sementara bagi sesuatu yang orang boleh terus keluar dan guna kamera tu.

Jom kita mulakan dengan bincangkan beberapa kelemahan kit lens ni.

1. Build quality - lens ni dibuat dari plastik murahan. Ketuk kuat sikit boleh berderai.
2. Optical quality - lens ni dibuat dengan susunan optik yang simple, jadi banyak masalah optik.
3. Aperture - lens ini tak membenarkan banyak cahaya masuk ke dalam kamera. kat 18mm paling besar dia boleh buka ialah f/3.5 dan di 55mm lagi kecil, hanya f/6.3.


Kalau korang hanya memiliki kit lens sahaja, tak bermakna korang kena keluar beli lens yang lebih baik sekarang jugak. Tak kisahlah apa orang nak cakap. Kit lens ni adalah lens yang bagus untuk beginners yang baru mula nak belajar pasal kamera. Memang dia ada banyak masalah, tapi kita boleh belajar skill menyelesaikan masalah dan experiment dengan fotografi!

Ini semua gambar yang saya tangkap pada tahun 2013 jadi ia mungkin taklah secantik mana sebab buat editing dengan skrin laptop yang teruk. Pada masa itu pun saya masih budak beginner menghayun kamera entry level dengan lens murah ni. Tapi harap korang boleh faham apa yang saya ingin sampaikan.

Namdaemun Gate. ISO 200 f/9 1/160s 
Kita tahu yang kit lens ini aperture tak besar, takde nak berbokeh sangat. Wujudlah lust nak beli lens yang aperture dia boleh buka sebesar f/1.4 sebagainya. Tapi tak apa. Saya belajar dengan mengecilkan aperture;

- Mengecilkan aperture ke nilai yang lebih kecil seperti f/8 atau f/11 akan meningkatkan resolusi dan kontras dalam gambar. (Jika terlalu kecil, contohnya f/16 atau lebih akan berlaku pembiasan cahaya/diffraction yang mengurangkan sharpness pula)

- Kita tambah 'depth of field' atau kawasan dalam imej yang in focus, lagi banyak benda jadi in focus., imej akan tampak lebih sharp daripada gunakan aperture besar.

- Kita gunakan kawasan tengah lens yang optiknya lebih baik daripada kawasan tepian lens, atau 'sweet spot' lens.


Couples by the Chonggyechon Stream. ISO 200 f/8 15s 
Dengan lens yang tak berbokeh sangat ini saya tak mengejar bokeh. Tapi saya bereksperimen dengan shutter speed dan long exposure.

Saya belajar penggunaan shutter speed yang panjang, seperti 15 saat dalam ini akan mewujudkan 'motion blur' yang menjadikan air sungai mengalir nampak soft. Lampu yang bergerak pun akan jadi light streaks.

By the way gambar di atas ini walaupun tak seberapa, saya dapat duit tepi sikit apabila syarikat publisher majalah luar negara beli printing rights untuk gambar ini. ;-)


Finding Peace. ISO 800 f/5.6 1/80s 
Dengan lens ini, kita belajar yang sharpness bukan segalanya. Ada terlalu banyak faktor yang menjadikan sesuatu imej itu menarik perhatian. Lighting, Composition, Moment.

Kadang-kadang bukannya salah gear kita tak cukup bagus untuk hasilkan gambar yang lebih baik. Kadang-kadang kita sendiri yang masih belum cukup praktis untuk menghasilkannya.

So, tak kisahlah korang guna kamera mahal ke, kamera murah ke. Jangan asyik bukak website kedai jual lens sambil berharap nak beli lens itu dan ini yang lebih baik. Buat tension je. 

Yang penting kena selalu praktis dan eksperimen. Yang penting, kena seronok mencari gambar. 

Adzrin Mansor
www.adzrinmansor.com

Comments

Sponsored 3

Popular posts from this blog

5 Mitos Fotografi Yang Ramai Orang Percaya

5 Cara Buat Duit Melalui Fotografi (Selain Wedding)

Why Pro Photographers Don't Want To Share Their Knowledge