5 Sebab Kenapa Anda Perlukan Kamera High End - Untuk Working Professional


Sebelum ini saya kongsikan 5 Sebab Kenapa Anda Tidak Perlukan Kamera Mahal, post itu nasihat lebih kepada hobbyist yang travel. Sekali baca pun korang mesti faham segala nasihat tu untuk siapa kan? Kali ini saya nak tuliskan mengenai 5 Sebab Kenapa Anda Perlukan Kamera High End, ditujukan kepada anda, semua working professional di luar sana.


1. Kepantasan

Working professionals dalam fotografi ambil job bukan setakat portraiture dan weddings sahaja. Ada juga yang shoot sports photography. Sports photography adalah salah satu daripada genre yang paling sukar kerana ia memerlukan gear yang pantas untuk mengejar moment yang berlaku dengan terlalu pantas. Terlepas satu frame, terlepas sale dan rugi banyak. Jadi kepantasan itu tersangatlah penting.

Kamera high end sebagai contoh Canon 1DX Mark II mempunyai burst rate yang tinggi sehingga 14 atau 16 gambar sesaat. Jadi sports photographer boleh memastikan mereka tidak terlepas moment yang penting.


Dalam dunia kewartawanan, jurugambar perlu upload gambar ke komputer dan menjualnya secepat mungkin. Kelewatan untuk berbuat demikian akan mengakibatkan gambar mereka tidak lagi laku atau menjadi 'berita basi'.

Kamera Nikon D5 contohnya tidak menggunakan format memori CF biasa tetapi menggunakan slot XQD card yang sangatlah pantas. Jurugambar yang berada di tepi padang boleh terus berlari ke media center dan upload gambar mereka ke komputer mereka dengan sepantas 400 Megabytes per saat. Kelajuan yang tinggi ini juga membenarkan pros ini untuk menggunakan fungsi 'burst shot' dengan lebih lama tanpa camera menjadi beku akibat 'buffer' penuh.

Kamera high end memang akan direka dengan berbagai features yang terbaik untuk memenuhi keperluan working professional.


2. Kualiti Binaan

Working professionals akan menggunakan kamera mereka dalam berbagai situasi yang mencabar. Terdapat ramai hobbyist dan professional yang ambil gambar landskap. Tetapi tidak ramai hobbyist dengan kamera low end yang akan keluar shoot apabila cuaca tidak baik kerana kamera mereka pasti akan mendapat banyak masalah akibat kelembapan semasa hujan atau debu pasir.

Professional landscape photographers ini kadang-kadang lebih suka akan situasi cuaca yang buruk untuk gambar yang lebih dramatik. Tidak kisahlah hujan, ribut pasir, ribut salji, mereka akan kekal menangkap gambar. Hasilnya pasti lebih dramatik dan unik kerana tidak ramai yang mampu menghasilkan imej dalam situasi itu.


Oleh sebab ini kamera high end akan dibina dengan aloi magnesium yang kukuh. Kalau terjatuh magnesium itu kemik, bukan terus pecah berderai macam polycarbonate yang biasa digunakan pada kamera entry level.

Weather sealing juga lebih banyak pada kamera high end. Apabila digunakan dengan lens yang mempunyai rubber gasket pada mount, kamera itu akan mendapat weather sealing penuh. Kamera itu tidak mempunyai masalah untuk meredah hujan, ribut salji dan suhu ekstrem. Jadi working professionals boleh terus menangkap gambar walaupun keadaan cuaca menjadi buruk, dan mereka akan kembali dengan imej yang tiada hobbyist dengan kamera murah mampu tangkap!

beku!


3. Lens Berkualiti Tinggi

Kamera high end biasanya dipadankan dengan optik yang terbaik. Canon L dan pro grade Nikkor memang terbaik. Tetapi, lensa ultra high end sebagai contoh Carl Zeiss Otus 55mm f/1.4, memang oprically perfect! Tiada chromatic aberration - tiada purple glow pada contrast edges langsung. Biasanya akibat field curvature, optical performance di tepian frame tak berapa elok berbanding di tengah frame. Ini bukan masalah untuk Carl Zeiss. Hampir semua lensa Carl Zeiss moden masih mampu resolve resolusi dan kontras tinggi walau di tepian frame.

Otus 55mm f/1.4 review dari LensTip. Takde langsung Longitudinal CA!
The Mighty Otus dari Steve Huff
Sony adalah salah satu syarikat yang banyak menggunakan optik dan coating T* daripada Carl Zeiss. Carl Zeiss Batis, Loxia dan lensa Sony Zeiss juga mendapat banyak pujian. Contohnya FE 55mm f/1.8 ZA dan FE 35mm f/1.4 ZA. Sharp habis!

Apa kaitan lensa terbaik ini dengan kamera high end? Hanya working professional yang menggunakan kamera high end sahaja yang mampu memiliki lens taraf ini. Kamera bagus, kena pakai lens bagus wei!


4. Keutamaan Servis

Working professional mendapat layanan lebih baik daripada pusat servis jika mereka menyertai servis Professional Services. Sebagai contoh; servis membersihkan sensor percuma, diskaun servis, diberi keutamaan dalam servis, kamera dipulangkan dalam jangka masa pendek, boleh meminjam kamera daripada pusat servis dan banyak lagi.

Jika anda pengguna Canon 1D series, 5D series dan memiliki beberapa lensa L, anda layak untuk menjadi ahli Gold atau Platinum di dalam Canon Professional Services dengan bayaran bulanan untuk mendapatkan kelebihan yang saya sebutkan tadi. Rujuk laman web Canon untuk senarai gear yang perlu ada untuk layak menyertai servis ini.

Kad Keahlian Platinum CPS
Bayangkan betapa bestnya hanya perlu menunggu dua tiga hari untuk kamera kita dipulangkan, tak perlu menunggu sampai berminggu-minggu untuk kamera kita diservis, dan diberi diskaun untuk apa-apa jenis servis kerosakan. Kita hobbyist ini cuma mampu tengok je. Untunglah working professionals dapat kelebihan itu...

Untuk pengetahuan anda, program Professional Services inilah yang menyebabkan masih ramai working professional kekal setia bersama Canon dan Nikon. Sayangi Canikon ;-)


5. You Deserve The Best

Untuk working professional yang mendapat pendapatan tinggi melalui gambar yang ditangkap, high end gear akan memudahkan kerja dan menjimatkan masa, supaya anda boleh keluar dan terus memburu lebih banyak imej.


Anda memang memerlukan high end gear untuk reliability, kerana mata pencarian anda bergantung kepadanya. Jadi anda memang layak menggunakan high end gear. Lagipun hanya anda yang mampu berbelanja sebegitu banyak untuk membelinya. ;-)

Kamera entry level full frame yang saya gunakan ibarat mainan sahaja di sisi anda working professionals semua. (T.T)

Anda working professional? Untunglah. Kami hobbyist ni mampu share artikel ni di social media je. Nak beli tak mampu lagi.

Adzrin Mansor
www.adzrinmansor.com

Comments

Sponsored 3

Popular posts from this blog

5 Mitos Fotografi Yang Ramai Orang Percaya

5 Cara Buat Duit Melalui Fotografi (Selain Wedding)

Why Pro Photographers Don't Want To Share Their Knowledge