Posts

Showing posts from March, 2016

Tips Pantas - Sports Photography

Image
TIPS PANTAS SPORTS PHOTOGRAPHY


1. Kamera. Gunakan kamera dengan autofocusing system yang bagus. Contohnya Canon EOS 70D, Canon EOS 7D, Nikon D7000, Nikon D300s dan sebagainya. Sports photographer yang serious pakai Canon EOS 1Dx, Nikon D4 dan sewaktu dengannya. Biasanya kamera lagi mahal, lagi terrer. Nak cuba shoot sports guna kamera entry level boleh jugak. Cuma cabaran dia tu lebih. Sebab sports ni memerlukan kepantasan, mostly kepantasan si photographer, tapi kepantasan kamera juga membantu.

2. Full Frame (FF) atau APSC crop sensor? Dua-dua ada kelebihan dia. APSC lebih panjang reach, means lens 200mm akan jadi macam pakai lens 300mm kat FF. Dan biasanya high end APSC yang ada sistem AF yang laju lebih murah dari FF. Duit lebih kasi beli lens bagus-bagus laa. Sensor full frame pulak berguna untuk indoor sports. Time tu kita pakai high ISO. Canon 1Dx, Nikon D4 gabungkan sensor full frame dengan sistem AF yang hebat, tu harga dia mahal giler.



3. Lens. Wide angle berguna untuk wide shot…

Kit Lens Anda Memang Teruk, Tapi Ia Penting

Image
Lens ialah salah satu equipment fotografi yang paling penting untuk penggemar fotografi. Lens yang bagus, dijaga dengan elok boleh bertahan sampai berdekad lamanya. Sebab itu ramai jurufoto professional menggunakan pro level equipment.

Ramai daripada kita bila beli kamera, kita akan dapat lens yang dibekalkan sekali dengan kamera kita yang lebih dikenali sebagai 'KIT LENS'. Di dalam posting kali ini kita akan membincangkan mengenai lens Canon EF-S 18-55mm f/3.5-6.3 II. Lens jenis yang biasa kita dapat bila kita beli kamera.

Kit lens ini plastik dan tak mahal (cara sopan nak sebut 'murahan'). Ada logik kenapa syarikat pembuat kamera buat lens murah ni - mereka nak kekalkan harga kit kamera mereka rendah untuk kekal kompetitif dalam pasaran sementara bagi sesuatu yang orang boleh terus keluar dan guna kamera tu.
Jom kita mulakan dengan bincangkan beberapa kelemahan kit lens ni.
1. Build quality - lens ni dibuat dari plastik murahan. Ketuk kuat sikit boleh berderai. 2. O…

Siri Acer Predator Baru Yang Mengagumkan!

Image
Saya baru sahaja mendapat email dari pihak Acer mempromosikan Laptop dan Monitor siri gaming yang dikenali sebagai Predator. Suka saya melihat lebih banyak syarikat komputer mula mengeluarkan siri gaming mereka sendiri. Lebih banyak persaingan, lebih banyak pilihan untuk kita sebagai pengguna!





Komputer gaming ini semua menarik perhatian kerana semua dilengkapi dengan specs yang begitu tinggi dan skrin IPS panel yang memaparkan imej yang sharp serta hampir color accurate.

*Battlefield 5 akan keluar tak lama lagi... Sambil photo editing tu... Hehehe*

Apa kata anda? Adakah siri Predator Acer ini berbaloi? Atau Asus ROG dan MSI lebih berbaloi?

Apple iPhone SE vs Sony Xperia Z5 Compact. Siapa Lebih Hebat?

Image
Apple baru sahaja umumkan iPhone bersaiz 4-inci yang dinamakan iPhone SE.  Specs penuh boleh didapati di Amanz.my. Sebagai seorang pengguna Android tegar, saya ingin tahu bagaimanakah iPhone kecil ini mampu bertahan apabila dibandingkan dengan telefon pintar Android kecil terhebat di pasaran, iaitu Sony Xperia Z5 Compact?


Ini perbandingan yang saya dapat buat;

iPhone SE lebih kecil. iPhone SE datang dengan skrin 4-inci tetapi Z5 mempunyai skrin 4.6 inci. Berat Z5 ialah 138g manakala iPhone lebih ringan pada 113g.

Z5 mungkim mempunyai kamera yang lebih hebat. Z5 mempunyai kamera 23 MP manakala SE mempunyai 12 MP sahaja. Kedua-duanya mampu merakam video resolusi 4K. Untuk kamera depan pula, Z5 mempunyai kamera 5MP manakala SE datang dengan kamera 1.2MP. Dikhabarkan bahawa kamera SE direka berasaskan kamera iPhone 6s yang hebat, jadi kita mesti tunggu review penuh apabila SE mula dijual nanti.

Z5 tahan air. Sony Xperia Z5 Compact mempunyai IP68 certification, bermakna ia tahan air sedalam …

5 Sebab Kenapa Anda Perlukan Kamera High End - Untuk Working Professional

Image
Sebelum ini saya kongsikan 5 Sebab Kenapa Anda Tidak Perlukan Kamera Mahal, post itu nasihat lebih kepada hobbyist yang travel. Sekali baca pun korang mesti faham segala nasihat tu untuk siapa kan? Kali ini saya nak tuliskan mengenai 5 Sebab Kenapa Anda Perlukan Kamera High End, ditujukan kepada anda, semua working professional di luar sana.


1. Kepantasan

Working professionals dalam fotografi ambil job bukan setakat portraiture dan weddings sahaja. Ada juga yang shoot sports photography. Sports photography adalah salah satu daripada genre yang paling sukar kerana ia memerlukan gear yang pantas untuk mengejar moment yang berlaku dengan terlalu pantas. Terlepas satu frame, terlepas sale dan rugi banyak. Jadi kepantasan itu tersangatlah penting.

Kamera high end sebagai contoh Canon 1DX Mark II mempunyai burst rate yang tinggi sehingga 14 atau 16 gambar sesaat. Jadi sports photographer boleh memastikan mereka tidak terlepas moment yang penting.


Dalam dunia kewartawanan, jurugambar perlu u…

5 Sebab Anda Tidak Perlukan Kamera Yang Mahal

Image
Majoriti penggemar fotografi yang mengggunakan kamera DSLR atau Mirrorless dengan crop sensor, semestinya menyimpan hasrat untuk upgrade ke full frame satu hari nanti.

Antara kamera full frame impian ramai ialah Canon 6D, Nikon D750 dan Sony A7 R II. Biasanya kamera full frame berharga RM5,000 dan keatas.

Dalam posting kali ini saya ingin beri lima sebab kenapa anda tidak perlukan kamera yang mahal-mahal!

1. Keselamatan

Malaysia ni kan aman. Sejak awal tahun ini je ada empat orang dalam friend list saya yang kereta kena pecah masuk dan kamera mereka dicuri. Kalau kamera full frame lima enam tujuh ribu kena curi, memang menangis tak berlagu! Kalau kamera yang tak terlalu mahal macam Canon 550D contohnya, bila kena curi memang sakit hati tapi sekurang-kurangnya taklah kerugian besar sangat.

2. Lens lagi penting dari kamera.

Kos kamera crop yang rendah bantu kita belajar guna lens itu dan ini. Contohnya kita ambil 5D Mark III dengan 50mm f/1.4. Kita dapat merasa satu lens je. Tapi kalau g…

Sponsored 3