Sony Umumkan Lineup Lens Full Frame E-mount 'G Master'

Sejak pengumuman Sony full frame E-mount pada tahun 2013, Sony menerima banyak permintaan untuk menambah pilihan lens untuk A7 series.

Sony baru sahaja mengumumkan tiga lens baru; 24-70mm f/2.8, 70-200mm f/2.8 dan 85mm f/1.4, semua di bawah lineup baru yang dipanggil 'G Master' yang direka khas untuk kegunaan professional.

Sony A7 series mendapat sambutan hangat daripada ramai photographer professional kerana mempunyai sensor full frame berprestasi tinggi dalam pakej yang kecil dan ringan. Sebelum ini kebanyakan lens zoom Sony FE dibina dengan aperture f/4. Tetapi terdapat banyak permintaan dari photographer professional untuk Sony membina lens zoom dengan aperture f/2.8.

Sony G Master series ini dibina dengan extreme aspherical element, 11 blade circular aperture, dan kaca yang dibuat dengan accuracy tinggi untuk dapatkan resolusi tinggi dan bokeh yang smooth.

Sony FE 24-70mm f/2.8 GM akan dijual dengan harga US$2200 dan Sony FE 85mm f/1.4 GM akan dijual dengan harga US$1800 bermula Mac ini. Harga Sony FE 70-200mm f/2.8 GM akan diumumkan kemudian apabila ia mula dijual pada Mei nanti.

Saya gembira kerana Sony A7 series bukan lagi eksperimen teknologi Sony. Sony sudah serius membina sistem kamera untuk jurugambar. Tetapi jangan lupa buat lens untuk budget consumer use ya Sony!

Canon masih bertahan kuat dalam pasaran kerana kekuatan pilihan lens yang luas. Nak high performance L lens ada, nak lens budget STM pun ada. Lens Canon budget segment Canon walaupun murah tetapi masih berkualiti tinggi.

Wahai Sony, jangan lupa budget segment ya! ;-)


Comments

Sponsored 3

Popular posts from this blog

5 Mitos Fotografi Yang Ramai Orang Percaya

5 Cara Buat Duit Melalui Fotografi (Selain Wedding)

Why Pro Photographers Don't Want To Share Their Knowledge