Sony A6300 Dilengkapi 425 Focus Points dan 4K Video



Musim pengumuman kamera baru semasa minggu CES di Las Vegas sudah lama reda, Sony mengejutkan semua orang dengan pengumuman kamera baru tanpa diduga sesiapa pun!

Memperkenalkan Sony A6300, pengganti Sony A6000 yang terlajak laris. Kamera baru ini menggunakan sensor 24.2 megapixel yang ditambah baik dengan copper wiring untuk prestasi low light dan speed yang lebih tinggi.

Kamera ini dilengkapi dengan 425 AF points untuk sistem autofocus yang paling laju buatan Sony. A6000 pun dah dikira laju, A6300 ini pasti lebih laju dari itu.

Menariknya kamera ini mampu merakam video 4K dengan full pixel readout tanpa pixel binning untuk video yang berkualiti tinggi. Video 1080p full HD boleh dirakam dengan frame rate setinggi 120fps untuk slow motion yang cantik. Kamera ini juga dilengkapi dengan S-log gamma untuk cinematographer sekalian.

Izinkan saya buat satu ramalan. 4K video dirakam dengan full pixel readout ini pasti ada crop factor yang ditambah lagi dari crop factor APSC. Kerana video 4K memerlukan 12 megapixel 4:3 aspect ratio dipotong menjadi 8 megapixel untuk dapatkan 16:9 aspect ratio. Sensor kamera ini mempunyai 24 megapixel, terlebih banyak tu.

Kamera dengan fungsi video sehebat ini sudah tentu tidak murah. Ia bakal dijual Mac nanti dengan harga US$1000 body only dan US$1150 berserta kit lens 16-50mm power zoom.

KEJUTAN UNTUK PENGGUNA SONY FE

Sony mengumumkan tiga lens FE dalam series baru yang dipanggil 'G-Master' yang dipasarkan sebagai lens high end kegunaan professional untuk kamera full frame E-mount A7 series. Tiga lens baru telah diumumkan iaitu 24-70/2.8 GM, 85/1.4 GM dan 70-200/2.8 GM.

24-70mm itu bakal dijual dengan harga US$2200 dan 85mm itu berharga US$1800 akan dijual bermula Mac nanti. Harga 70-200mm akan didedahkan kemudian apabila ia mula dijual pada bulan Mei.

Lineup Sony FE memang memerlukan lens dengan aperture besar f/2.8 sebab sebelum ini semua lens zoom mereka dibuat dengan aperture f/4.

Adakah anda atau rakan-rakan anda makin teracun untuk menyertai kelab mirrorless Sony?

Comments

Racun

ShaShinKi.com - 150x300 Warning

Popular posts from this blog

5 Cara Buat Duit Melalui Fotografi (Selain Wedding)

Why Pro Photographers Don't Want To Share Their Knowledge

5 Mitos Fotografi Yang Ramai Orang Percaya