Autofocus Motor Lens Canon: Apa Yang Anda Perlu Tahu



Masa zaman filem dulu, Canon guna FD mount untuk manual focus. Bila Canon nak masuk ke dunia autofocus, Canon terus tinggalkan FD mount dan cipta mount system baru iaitu dipanggil EF mount yang bermaksud Electronic Focus.

Kebanyakan pembuat kamera lain seperti Minolta (kini Sony A-mount) dan Nikon terlebih dahulu buat lens autofocus dengan letakkan motor di dalam kamera, dan ada sambungan skru yang menggerakkan lens element secara mekanikal.

Canon ambil masa dan perkenalkan sistem baru. Dia letakkan autofocusing motor bukan dalam body tapi di dalam lens. Jadi setiap lens ada motor yang spesifik untuk kegunaan lens itu sendiri. Contohnya lens telefoto ada kaca yang berat, jadi motor itu kenalah kuat. Kalau prime lens dengan aperture kecil, tak perlulah motor yang kuat, boleh jimat kuasa bateri. Sistem ini pun lebih pantas dari satu motor dalam body kamera gerakkan semua jenis lens.


1) DC Motor
Motor ini ialah motor biasa yang dikecilkan saiz dia. Fossil hidup lens dengan DC motor ialah Canon EF 50mm f/1.8 II. Taklah pantas sangat dan bising.

2) AFD
Arc Form Drive ni ialah motor yang dikecilkan lagi untuk dimuatkan dalam lens barrel yang membulat. Canon berjaya buat lens ni senyap sikit dan laju sikit dari motor biasa. Salah satu contoh lens dengan AFD ialah Canon EF 80-200mm f/2.8 atau lebih dikenali sebagai 'magic drainpipe'. Lens lama pada tahun 80-an ni mungkin ramai tak sempat nak tengok. Takpe, teknologi yang lebih baik sudah menggantikannya.

3) Ring USM
Ring Ultrasonic Motor ini berfungsi dengan dua ring besar yang bergetar pada kelajuan yang sangat tinggi untuk menggerakkan motor dalam pulses yang cepat - INSTANT MOVEMENTS. Lens jenis ini senyap, dan cepat. Sangat bagus untuk kegunaan dengan Phase Detection AF semasa guna viewfinder. Sekali tekan dia akan terus meluru mencari fokus. Kebanyakan L lens dan mid range lenses pakai motor ni sebab kepantasan dan kesenyapan dia. Canon 24-70mm f/2.8L USM, Canon 70-200mm f/2.8L USM, Canon 85mm f/1.2L USM, geng Canon L gelung merah banyak gunakan motor ini.

Lens mid range macam Canon 85mm f/1.8 USM dan Canon 28mm f/1.8 USM atau geng gelung emas, pun banyak gunakan motor ini.

Ring USM (kiri) dan Micro USM Motor (kanan)
4) Micro USM
Canon ni scumbag sikit kadang-kadang. Micro USM ialah lens yang pakai motor kecil biasa, tapi motor tu berfungsi dengan principle ultrasonic motor. Walaupun ia tak sepantas atau sesenyap ring USM, Canon tetap market lens dengan Micro USM motor ni sebagai geng gold ring. Contoh lens dengan Micro USM motor ini ialah Canon 50mm f/1.4 USM. Dia tak pakai ring USM, micro USM motor yang dia pakai, tapi dikira gold ring. Canon tipu. Haha.

Pro Tip: Nak bezakan ring USM dengan micro USM biasanya lah, ring USM ada focus distance scale window dan full time manual focus override. Micro USM tak ada focus distance scale window dan focusing ring tak boleh diusik masa set dalam mode AF.

5) STM
Stepper motor ini ialah tambahan terbaru dalam lineup Canon. Dia adalah motor yang berfungsi dalam steps, berjalan seluruh focus range dengan smooth mencari fokus yang terbaik. Lens ni sangat sesuai digunakan untuk sistem autofocus Contrast Detection AF semasa live-view/video, atau dengan teknologi Dual-Pixel AF di kebanyakan body baru Canon.


Kalau Ring USM tadi tu guna untuk rakam video, pergerakan dia pantas dan tergetak-getak tak lancar sebab dia memang bergerak dalam pulses. Tapi STM ni bergerak dalam steps yang smooth untuk pergerakan fokus yang smooth je dalam video.

Contoh lens STM ialah kebanyakan lens-lens baru! Kit lens 18-55mm baru sudah guna STM. Canon 50mm f/1.8 dah guna STM jugak. Boleh dikatakan lens STM motor ni kos untuk buat lagi rendah dari USM, so lens STM boleh dijual dengan harga yang murah berbanding lens lain.

Selain itu, lens STM juga tak ada manual focus mode. Ada, tapi kalau kita pusingkan focusing ring kat lens, dia tak gerakkan focusing lens element pun, tapi pusingan focusing ring tu akan suruh motor untuk gerakkan focusing element. Focus by wire system namanya. Jadi kalau lens dengan STM ni rosak, nak guna manual focus pun tak boleh. Kamera mirrorless banyak pakai lens begini sebab saiz dia yang kecil dan ringan.

Kebanyakan lens keluaran Canon zaman sekarang dilengkapi dengan motor autofokus yang kalau bukan USM, mesti STM...

Secara mudahnya USM untuk ambil gambar dengan cepat. Walaupun STM tak selaju USM untuk gambar, STM sangat bagus untuk kegunaan semasa rakaman video. So, korang minat yang mana satu?

Comments

Sponsored 3

Popular posts from this blog

5 Mitos Fotografi Yang Ramai Orang Percaya

5 Cara Buat Duit Melalui Fotografi (Selain Wedding)

Why Pro Photographers Don't Want To Share Their Knowledge