Nak Upgrade Full Frame? Ini Mungkin Berlaku Kepada Anda


Ini kamera full frame.


Katakanlah kita ada lens ini je. Ini lens untuk kegunaan kamera crop, bukan untuk kegunaan full frame.


Jom kita guna lens crop pada kamera full frame tengok apa jadi.

Kamera full frame mempunyai saiz sensor yang lebih besar daripada kemampuan image circle lens ini. Apakah yang akan terjadi?


Heavy Vignetting. Image circle lens ini tak mampu untuk cover seluruh sensor kamera.


Sesetengah lens akan hilang vignette bila zoom in sikit. Yang ini? Nope.


Vignette pun vignette lah, nasib baik client suka gambar ini. Semua orang hepi.

Bukan semua lens dicipta serupa. Dalam posting 6 Perkara Yang Anda Harus Tahu Mengenai Lens, saya ada menyentuh sedikit mengenai perbezaan lens EF dan EF-S.

Untuk Canon, lens EF untuk full frame dan lens EF-S untuk crop guna dua mount yang berbeza. Kamera crop boleh terima lens crop dan lens full frame tanpa masalah. Kamera full frame tak boleh guna lens EF-S untuk elakkan perkara di atas ini berlaku.

Tapi lens third party keluaran Sigma atau Tamron semuanya dibina dengan mount EF. Buat susah je nak buat dua jenis mount. Sebab tu boleh pasang lens crop kat kamera full frame.

Sama macam kalau pakai jenama lain Nikon ke, Sony ke, mount yang sama. Pun boleh pakai lens crop kat kamera full frame. Siap ada crop mode lagi yang siap-siap cropkan untuk bagi full frame jadi macam crop sensor.

So, sebelum upgrade full frame tu, checklah lens korang sesuai atau tidak untuk kegunaan full frame.

Kalau tak boleh pasang, orang selalu nasihat jualkan sajalah.

Kalau dah pakai full frame, orang selalu nasihatkan jualkan juga. Cari lens untuk kegunaan full frame, ada je yang tak mahal. Bukannya pakai full frame mesti pakai trinity f/2.8 zooms yang mahal tu. Ada je lens full frame yang murah.

Tapi kenapa Adzrin Mansor guna lens crop kat kamera full frame tu?

Adzrin Mansor memang. Dia budak jahat.


Let's keep in contact, untuk perkembangan terbaru saya, follow saya di facebook dengan klik di sini. Terima kasih.

Comments

Sponsored 3

Popular posts from this blog

5 Mitos Fotografi Yang Ramai Orang Percaya

5 Cara Buat Duit Melalui Fotografi (Selain Wedding)

Why Pro Photographers Don't Want To Share Their Knowledge