Dua Kamera Saya Syorkan Untuk Kegunaan Travel

19:39


Ambil gambar group selfie dengan background taman tema, ambil gambar kita sedang melompat di tepi pantai dengan pasir putih bersih, ambil gambar makanan seafood di restoran terapung, ambil gambar main campak-campak salji – tak dapat dinafikan kita mesti nak tangkap gambar situasi sebegini dan simpan dalam photo album keluarga jadikan kenangan manis.

Zaman sekarang smartphone sudah canggih dan mampu ambil gambar dengan kualiti yang boleh diterima lah. Tapi kamera smartphone kita masih banyak limitasi - tak boleh zoom tanpa mengurangkan kualiti imej dan bila waktu malam/gelap, tak boleh ambil gambar. Kena bawak kamera jugak. Tapi kamera apa?

Dalam posting kali ini saya ingin membincangkan mengenai dua model kamera yang saya syorkan untuk dibawa bersama berjalan-jalan.

Kriteria pilihan saya ialah;
1) Kecil - saiz kamera yang besar susah nak bawak, gantung kat leher nampak sangat kita ni pelancong.
2) Ringan - gunakan tenaga anda untuk berjalan-jalan, bukan habiskan tenaga pikul kamera berat!
3) Murah - mesti di bawah RM2,000 berserta kit lens sebab duit lebih kita pakai pergi jalan-jalan lah!
4) Wifi - boleh transfer gambar dari kamera ke smartphone secara wireless, boleh upload gambar berkualiti tinggi ke media sosial dengan cepat.

Model pertama yang saya syorkan ialah Sony A5100!


Kamera mirrorless Sony ini datang dengan sensor 24 megapixel yang sama digunakan dalam pelbagai DSLR. Jadi kualiti imej dan prestasi di keadaan lampu malap pun setanding dengan DSLR - tapi masih dalam pakej yang kompak lagi ringan. Kamera ini datang sekali dengan lens 16-50mm power zoom yang mengecil bila kamera ini dipadamkan. Lens sebegini memang sangat sepadan dengan saiznya yang kecil.

Sony memang bukan nama asing dalam arena video, video output dari kamera ini memang berkualiti tinggi dengan codec XAVCS. Pastikan anda gunakan kad memori jenis SDXC untuk kualiti video paling bagus. Skrin kamera ini juga boleh dinaikkan kehadapan, sesuai sangat untuk selfie.


Credit Gambar: Sony Malaysia.





Pro tip: bawa sekali mini tripod stand supaya kita boleh letakkan kamera di atas meja atau di atas tanah untuk ambil gambar semua orang! gunakan fungsi self timer 10 saat atau kawal kamera anda menggunakan smartphone melalui wifi! Manfrotto Pixi ialah satu contoh tripod mini yang bagus. Kamera ini ringan, beli tripod mini yang lagi murah pun tak apa!

Kamera kedua ialah kamera Fujifilm X-A2!


Kamera ini dilengkapi dengan sensor 16 megapixel yang bersaiz sama dengan kebanyakan sensor DSLR jadi imej kualitinya juga menarik hati! Jangan risau dengan jumlah megapixel yang rendah sikit berbanding Sony A6000 tu, 16 megapixel masih mampu untuk hasilkan gambar yang berkualiti tinggi sesuai untuk dicetak saiz besar.

Ramai yang suka akan rekaan kamera Fujifilm yang klasik. Walaupun kamera moden ia memang mengingatkan kita kepada kamera filem zaman dahulu. *Ini kan Fujifilm, filem memang kepakaran diorang* Kamera ini juga dilengkapi dengan skrin yang boleh dinaikkan ke atas dan kehadapan untuk selfie!


Juga dilengkapi dengan lens 16-50mm, lens ini lebih tradisional, memerlukan kita pusing zoom ring pada lens untuk zoom. Ada yang lebih suka memusing zoom ring kerana ia lebih cepat daripada menunggu power zoom yang lambat. Jangan risau, lens ini masih dikira kecil comel serta ringan.

Fujifilm juga meletakkan hot shoe mount untuk flash di bahagian atas kamera. Jadi jika anda ingin menjadi lebih kreatif dengan lighting gambar anda, anda boleh gunakan external flash atau speedlight.

Walaupun video bukanlah kepakaran Fujifilm, kekurangan pada segi itu digantikan dengan Film Simulation Modes yang menjadikan gambar yang ditangkap mempunyai tona warna filem-filem Fuji yang cantik. Kalau anda biasa menggunakan aplikasi VSCOcam di smartphone anda, ini lebih kurang lah. *Ini kan Fujifilm*

Credit Gambar: Fujifilm


Minat dengan dua kamera ini? Kongsikan post ini dengan rakan-rakan anda! Semoga anda kembali dari percutian itu membawa seribu satu memori indah dan gambar indah!

Let's keep in touch, follow saya di facebook dengan klik pada link ini. Terima kasih.

You Might Also Like

0 comments

Popular Posts

My Instagram Photos