Boleh Ke Shoot Wedding Guna Mirrorless dan Manual Lens?

23:43

First of all, saya bukan pro wedding shooter! Sepupu sendiri kahwin, dia dah upah OP sendiri, saje join in ambik gambar sikit-sikit. Takde dapat duit pun! Gear yang dibawa ialah Sony A7 dengan Sony FE 28-70 FE OSS, Canon FDn 50mm f/1.4 manual lens dan Yongnuo YN-560 IV manual speedlight.

Persoalan yang ingin dijawab dalam posting ini ialah,

"boleh ke shoot wedding pakai kamera mirrorless?"
"boleh ke shoot wedding pakai manual lens?"

Upacara pernikahan buat dalam surau yang ada tingkap besar. Natural light bleed in dari kini dan kanan so speedlight tak berapa perlu lagi kat sini.


First takut nak silang orang lain untuk dapatkan angle bagus, so senget sikit.



Selepas beberapa shots, 'mood' nak tangkap gambar datang dan time tu menyelit jelah ambik gambar. Speedlight pun keluar. Set power ke 1/32th power je sebab nak bounce siling rendah saje. Terang sangat jadi kilat terkejut pokcik mokcik.


Tok Kadi ada kuiz dulu sebelum mulakan pernikahan... Nasib baik soalan senang.





Ok masa nak mulakan acara.



Inilah mas kahwin nya... Gelang ni ada la harga lens mid range sehelai...



Sekali lafaz je selesai.



Dah jadi isteri orang dah sepupu ni...



Gambar solat sunat lepas akad nikah ni, ada orang ambik gambar dari belakang sebab taknak nampak kerusi dan tetamu kat luar. Tapi aku fikir, gambar punggung buat apa... Maka aku ambik jugak dari tepi. Masa editing guna exposure brush overexposekan segala benda kat luar tu untuk bagi kurang terserlah sangat. Bijok tak? Puji la sikit...


Diorang malu-malu lagi nak sarungkan cincin...



Jap gambar hantaran sekejap.




OP yang posingkan diorang. Kita sailang jelah. Berbackgroundkan dinding depan masjid dengan soft window light dari kanan. Pandai OP ni.


Amik la gambar ibu bapa sekali...


Gambar dengan keluarga, dengan tetamu, dulang girls/boys etc semua tu saya biar OP je ambik. Kemalasan kicks in hahaha.

Tengah harinya bersanding pulak...









Tau lah raja sehari...



Ring shot sikit...



Maka pengantin pun pergi makan beradab...


Tengok gambar ni baru teringat lupa ambik gambar kek. Haha!!

Orang lain pun nak menyibuk kat pelamin bila pengantin takde...




Eh nak gak masuk haha... Petang dah kemas semua majlis dah habis, OP dah balik, saje bukak hadiah. Time ni memang sedara mara je yang ada. OP takde gambar ni. Yess! Hahaha.


Dalam banyak-banyak hadiah ni cuba korang teka si lelaki dapat hadiah apa?


Sedara mara semua ushar je pengantin perempuan dapat oven, set pinggan, coffee maker macam-macam ler barang dapur...


Lelaki dapat helmet. Ok la ada gak la satu....


Maka lepas itu speedlight pun habis baterinya. Selesai sudah majlis. Dan mereka pun bergumbira forever and after...



Inilah segala benda yang saya gunakan untuk wedding ini.

Shoot dengan kombinasi kamera mirrorless dan manual lens memang boleh dilakukan. It is possible. Tapi kena masuk dengan cara kerja korang lah. Pre-focus dan tunggu aksi sebelum ia berlaku. Kalau masuk dengan stail shooting korang, boleh je.

Let's keep in touch, follow saya di facebook dengan klik pada link ini. Terima kasih.

You Might Also Like

0 comments

Popular Posts

My Instagram Photos