Ajaran Sesat Terbesar Masa Kini - Mirrorless Tiada Shutter Count

10:25


"Pakai kamera Mirrorless ni senang, tak perlu risau pasal shutter count"

"Eh, kenapa pulak mirrorless takde shutter count?"

"Mirrorless takde shutter mechanism lah bro. Itu pun tak tahu ke?"

"Kalau gitu, kenapa panggil mirrorless? Kenapa tak panggil shutterless je?"

Haa... Jom bincangkan mekanisma dalam kamera. Saya selalu katakan yang perbezaan terbesar DSLR dengan mirrorless ialah viewfinder – ala tempat yang kita intai belakang kamera tu – kerana ia penting untuk tujuan pemahaman bagaimana design kamera mirrorless boleh dijadikan kecil.



DSLR pakai optical viewfinder. Dalam viewfinder tu imej yang dipantulkan secara optical. Jadi light path dari lens, dipantulkan ke atas oleh mirror. naik ke prism, lepas tu prism guna total internal reflection pantulkan ke optical viewfinder. Kalau perasan ada light path ke bawah dipantulkan oleh secondary mirror kat belakang mirror utama tu, itu untuk autofocus system. Bila kita tekan butang shutter nak ambil gambar, mirror tu akan digerakkan ke atas dan light path dari lens terus ke sensor di belakang. Sensor itulah yang rekodkan cahaya jadi gambar. 


Mirrorless pula pakai electronic viewfinder. Imej dalam electronic viewfinder ditarik dari sensor terus sama macam mode live-view di DSLR. Mirrorless tak perlukan mirror dan prism. Sebab itu design mereka boleh jadi kompak.

Ramai orang ingat mirror lifting mechanism di atas ini ialah shutter. Tugas mirror lifting mechanism ini hanya untuk angkat mirror dan turunkan mirror. Itu sahaja.

Mirror ≠ Shutter

Kebanyakan kamera sensor besar perlukan mechanical shutter. Shutter mechanism ini terletak betul-betul depan sensor, ia dipanggil focal-plane mechanical shutter. Dalam animation di bawah ini kita boleh tengok dia berfungsi dalam kamera mirrorless Sony A7R II:


1. Mula-mula sensor terdedah untuk preview gambar di skrin/electronic viewfinder.
2. First curtain akan turun menutupi sensor.
3. First curtain turun kebawah mendedahkan sensor kepada exposure.
4. Second curtain akan turun menutupi sensor, exposure tamat.
5. Reset. Dua-dua curtains naik atas semula.

Jarak masa diantara first curtain terbuka dan second curtain turun menutupi sensor ialah - SHUTTER SPEED!

Majoriti kamera dengan sensor yang besar akan pakai focal-plane mechanical shutter ini. Kamera sensor kecil macam smartphone, kamera kompak tak memerlukan shutter tapi menggunakan electronic shutter, sebab sensor dia kecil. Yang itu baru layak dikatakan sebagai tak ada shutter mechanism. Sesetengah kamera mirrorless ada mode electronic shutter, bukan semua mirrorless yang ada fungsi ini. 

Ada beberapa kamera sensor besar, ada guna leaf shutter – Sony RX1R, Fujifilm X100S, dan Medium Format monsters dari Mamiya contohnya guna leaf shutter ini – sejenis mechanical shutter yang sebenarnya lebih baik dari focal plane shutter, tetapi lagi kompleks dan lagi mahal nak dibuat.

Konklusinya?

MIRRORLESS PUN ADA SHUTTER MECHANISM!

Nantikan penulisan saya mengenai shutter count dalam posting seterusnya.


Credit animasi mirror lifting mechanism kepada Canon USA, video slow motion shutter kepada Jonathan Stewart.

You Might Also Like

0 comments

Popular Posts

My Instagram Photos