6 Perkara Yang Anda Harus Tahu Mengenai Lens

credit: Tbones Tech

Lens ialah benda paling penting dalam fotografi. Fungsi lens ialah fokuskan cahaya ke dalam sensor sesebuah kamera digital. Untuk membantu anda buat keputusan lens apakah yang mahu dibeli atau digunakan, jom kita bincangkan lima perkara yang anda perlu tahu mengenai lens.


1) Focal Length
Definisi teknikal dia ialah jarak dari filem/sensor ke optical center of the lens apabila dofokuskan pada jarak infiniti dalam unit milimeter. Tapi apa yang kita perlu tahu ialah ia mewakili angle of view imej yang kita dapat apabila guna lens tersebut.

Dalam bahasa mudahnya, "Semakin tinggi nilai focal length dalam mm, semakin zoom in gambar kita."

Lens 50mm dikira sebagai standard lens, jadi apa-apa focal length yang kurang daripada 50mm dikira sebagai wide, dan apa-apa focal length yang lebih panjang daripada 50mm dipanggil sebagai telephoto.


2) Prime dan Zoom Lens
Zaman sekarang bila beli kamera mesti dapat zoom lens. Tapi zaman kamera filem awal-awal dulu, bila kita beli kamera kita akan dapat lens yang tak boleh zoom. Sebab lens jenis ini lebih senang untuk direka dan lebih murah untuk dibuat. 

Prime lens dibuat dengan focal length yang tetap, contohnya lens 50mm. Ia akan kekal di 50mm dan tidak boleh zoom lagi.

Zoom lens pula dibuat dengan focal length ada julat focal length contohnya '18-55mm' maknanya kita boleh zoom dari wide end 18mm sampailah ke 55mm.


Sesetengah orang lebih gemar pakai prime lens sebab ia biasanya lebih murah, lebih ringan, dan mempunyai maximum aperture yang lebih besar daripada zoom (aperture akan dibincangkan lagi di bawah).

Jangan risau, prime lens dibuat dalam pelbagai focal length. Nak wide prime lens ada, nak telephoto prime lens pun ada. Untuk mengelakkan pertindihan fungsi lens, ramai pengguna prime lens akan guna lens dengan focal length yang 2x ganda daripada lens sebelumnya ikut prime lens strategy. Tapi itu semua ikut kehendak taste dan cara berkerja masing-masing.


3) Maximum aperture
Selepas itu kita kena tahu pasal aperture. Aperture ini adalah mekanisma yang mengawal kemasukan cahaya ke filem/sensor. Kita boleh ubah saiz bukaan aperture ini untuk mengawal exposure iaitu berapa terang atau gelap gambar kita. Saiz aperture boleh dikecilkan kepada saiz yang diperlukan, tapi dalam nama sesebuah lens, maximum aperture atau saiz bukaan paling besar akan disebut sebagai identiti lens tersebut. Di bawah ini kita ada gambar lens Canon 50mm f/1.8. Kalau Canon 50mm f/1.4 dan f/1.2 itu semua dah merujuk kepada lens lain pulak.


Saiz bukaan aperture dikira dalam unit f-stop. F-stop ini adalah unit perkiraan cahaya yang digunakan untuk mewakili nisbah saiz bukaan aperture dengan focal length. Antara contoh setting aperture di kamera kita ialah;


Oleh kerana aperture ini ada dalam lens, setiap lens ada nilai f-stop maksimum dan minimum yang berlainan. Apa yang kita perlu tahu ialah;

"semakin tinggi nilai f-stop aperture, semakin kecil saiz bukaan aperture dan makin sedikit jumlah cahaya masuk ke dalam lens."

Jadi pada bukaan aperture f/1.8, bukaan lens tu besar, banyak cahaya masuk ke dalam lens. Untuk bukaan aperture f/8, bukaan lens kecil je, dan sedikit je cahaya masuk dalam lens.

Lens zoom yang dibina untuk kegunaan budget akan ada variable aperture, iaitu nilai f-stop itu bertambah apabila kita zoom. Hal ini berlaku sebab focal length makin panjang, nisbah tadi tu pun berubah. Sebagai contoh kit lens yang biasa kita dapat masa beli kamera ialah lens 18-55mm dengan aperture range f/3.5-5.6 – di 18mm maximum aperture dia ialah f/3.5 dan semakin kita zoom ia semakin mengecil sampai f/5.6 di 55mm. 

Lens zoom yang mahal akan ada constant aperture, contohnya lens Canon 17-55mm f/2.8 yang maximum aperture akan kekal pada f/2.8 walaupun bila kita zoom hasil bantuan lens element. 


4) Image Stabilizer
Lens zaman moden ada fungsi lens element yang dipasang dengan gyroscope yang compensate pergerakan tangan kita yang gegar. Hasilnya kita boleh ambil gambar dengan shutter speed yang lebih rendah daripada biasa dan dapatkan footage video yang lebih stabil. Canon panggil teknologi ini Image Stabilization (IS), Nikon panggil Vibration Reduction (VR), Sony panggil Optical Steady Shot (OSS) tapi basically semua sama je.


5) Autofocus Motor
Kebanyakan lens masa kini dilengkapi dengan autofocus motor dalam lens sendiri – lens lama je yang perlukan motor dari dalam body. 

Kebiasaannya lens high end akan guna ring ultrasonic motor yang boleh bergerak dalam pulses yang sangat laju dan senyap. Canon ada Ultrasonic Motor (USM), Nikon ada Silent Wave Motor (SWM), Sony ada Supersonic-wave Motor (SSM), Tamron ada Ultrasonic Silent Drive (USD) dan Sigma ada Hypersonic Motor (HSM). Walaupun semua lebih kurang aje, ring type ultrasonic yang biasa digunakan dalam lens mahal, lebih laju daripada motor kecil yang berfungsi dengan principle ultrasonic.

Seterusnya ialah stepper motor. Canon panggil Stepping Motor (STM). Banyak kamera mirrorless masa kini dan sesetengah DSLR ada lens dengan motor begini yang berfungsi dalam steps mencari fokus. Motor jenis ini lebih murah, lebih kompak, lebih senyap dan lebih sesuai untuk kegunaan video kerana pergerakan fokus dia yang lebih lancar. Sebab pergerakan mengejut ultrasonic sangat tak cantik untuk video. Masalah dengan lens begini ialah ia tak sepantas ultrasonic dan focusing ring tidak bersambung dengan focusing element – manual focusing perlukan bantuan electronic motor, kalau motor rosak atau electronics tiada, tak boleh pakai.

Selain itu ada juga lens yang lama-lama seperti lens nifty fifty, lens lama dari Sigma Tamron, ada pakai DC motor biasa yang bising dan perlahan. Murah kan.



6) Mount
Mount merujuk kepada sambungan lens dengan kamera. Untuk memastikan orang yang beli kamera dari satu jenama kekal dengan satu jenama tu (supaya lagi untung) lain jenama ada mount yang berbeza. Canon full frame ada EF mount, Canon crop pulak boleh terima EF dan EF-S mount. Nikon pakai F mount. Sony DSLT pakai A-mount dan mirrorless pakai E-mount. Banyak lah jenis mount!

Tamron dan Sigma buat lens dengan pelbagai jenis mount, so bila nak beli tu pastikan korang beli lens dengan mount yang betul. Tersilap beli tak boleh pasang kat kamera!


Selesai. Mari kita praktis membaca nama penuh sesebuah lens.

Canon EF-S 18-55mm f/3.5-5.6 IS STM

Canon ialah jenamanya.
EF-S ialah jenis mount untuk crop sensor (APSC) Canon. maksudnya lens ini tidak boleh digunakan pada full frame camera.
18-55mm ialah focal length. lens zoom focal length dia ditunjukkan dalam range. ia boleh dizoom dari 18mm wide angle ke 55mm standard. oleh itu lens ini dipanggil lens standard zoom.
f/3.5-5.6 ialah range maximum aperture. ia bukan bermaksud ia boleh dikecilkan sampai f/5.6 sahaja. boleh je dikecilkan sampai ke f/16 atau f/32 kalau nak. tapi ia ditunjukkan dalam range kerana saiz bukaan terbesar aperture berubah mengikut zoom. bukaan terbesar di 18mm adalah f/3.5, bukaan terbesar di 55mm ialah f/5.6. semakin besar bukaan lens zoom, semakin mahal kerana ia akan pakai lebih banyak kaca.
IS ialah Image Stabilizer, ia membantu kurangkan gegaran dari tangan kita jadikan imej lebih stabil. penting untuk video.
STM ialah motor untuk auto fokus. STM adalah silent stepping motor, USM adalah ultrasonic motor dan kalau tidak dinyatakan, ia menggunakan motor biasa. (atau manual focus. jadi sila check jenis lens anda)

Let's keep in touch okay, sertai saya di instagram di bawah;


A post shared by Adzrin Mansor (@adzrinmansor) on

Comments

Sponsored 3

Popular posts from this blog

5 Mitos Fotografi Yang Ramai Orang Percaya

5 Cara Buat Duit Melalui Fotografi (Selain Wedding)

Why Pro Photographers Don't Want To Share Their Knowledge