5 Kamera Full Frame Terpakai Yang Berbaloi

10:11

Kamera brand new mahal sangat? Yelah sejak 1 Januari lepas kamera pelbagai jenama pakat naik harga sebab tidak lagi mampu menyerap kos akibat kelemahan ringgit. Takpe! Cari yang terpakai je!


1) Canon EOS 5D
     Canon EOS 5D juga dikenali sebagai '5D classic' atau '5D Mark I' ialah kamera original dari tahun 2005. Model ni dah umur 16 tahun. Feel old yet?

     Dari segi teknologi kamera ni memang lama, sensor 12 megapixel klasik dia cuma naik sampai ISO 3200, itu pun expanded ISO. Forget low light. Autofocusing dia sangat basic. Skrin LCD di belakang dia memang rubbish, tak boleh buat judge exposure. RAW dia kalau tarik shadows dan highlights tak berlaku apa-apa — dynamic range memang teruk.

     Tapi inilah kamera full frame termurah dalam pasaran, dijual dengan harga bawah RM2000 memang sesuai untuk orang yang mahu jugak-jugak kamera full frame. ;-p


2) Nikon D700
     Boleh didapati dalam pasaran kamera terpakai di sekitar RM3000, Nikon D700 ialah satu batu bata magnesium yang berat tapi ada sensor 12 megapixel yang masih lagi bagus untuk kegunaan zaman moden masa kini dan ada autofocus system yang masih capable untuk subjek yang bergerak pantas. Kamera ni taklah tua sangat, diumumkan pada tahun 2008.

     Kalau tak kisah berat bodynya satu kilogram tidak termasuk lens, Nikon D700 ni memang awesome. Built in flash untuk kawal speedlight memang sangat-sangat dihargai.



3) Canon 6D
     Dijual terpakai di sekitar RM4500 buat masa post ini ditulis, kamera ini adalah kamera yang paling mahal dalam list ini. Kamera ini asalnya diumumkan pada tahun 2013 dalam kategori entry level full frame DSLR, penjimatan utama ialah shutter mechanism yang ada shutter speed maksimum cuma 1/4000s daripada 1/8000s yang biasa kita nampak. Penggemar Canon f/1.2 prime susah sikit lah nak shoot wide open di kawasan terang. AF system cuma ada 11 points, satu sahaja cross type.

     Tapi sensor 20 megapixel ini offer yang terbaik dari Canon. High ISO performance, dynamic range 6D lagi baik daripada flagship 5D Mark III. Kamera ni juga ada feature wifi yang awesome untuk transfer imej dari kamera terus ke smartphone untuk upload ke media sosial dengan cepat.

     Kenapa tidak 5D Mark II? Kamera ni ada focusing system yang lebih baik, center AF point sensitive up to -3EV, image processor yang lebih baru, high performance yang lebih baik, ergonomics lebih selesa, dan banyak lagi lah sebab-sebab kenapa kamera ni lagi baik dari 5D Mark II.

     Tapi kalau nak jimat RM1000 boleh je angkat 5D Mark II. Dapat kelebihan shutter speed 1/8000s tadi tu.

     Tahukah anda dalam forums dikatakan bahawa pada asalnya engineers mahu letakkan AF system 19 point all cross type dari 7D kat kamera ni, tapi marketing department tak benarkan sebab nanti kamera ni akan kacau market 5D Mark III. Gerenti dope gila kalau itu semua realiti. Dem yu Canon marketing department.


4) Nikon D600
     Kamera yang asalnya diumumkan pada tahun 2013 untuk lawan Canon 6D ni dijual terpakai di sekitar RM3000 serupa dengan Nikon D700. Kenapa? Minyak punya pasal. Model ni dulu ada kes oil spots dari shutter mechanism yang buatkan habuk melekat dengan degil kat sensor. Nikon respon isu ini dengan mengumumkan model penggantinya Nikon D610. Selepas pengumuman D610 barulah Nikon mengaku kesilapan itu dan offer free repair, tapi nama D600 selama-lamanya dikaitkan dengan isu itu, menjadikan harga dia turun sikit

     Tapi awesome, murah sikit - kalau tak harga dia mesti mahal serupa 6D.

     Sensor 24 megapixel dari Sony ini memang awesome untuk high ISO dan kita ada banyak kebebasan untuk cropping daripada D700. Ada built in flash juga. Ada orang kata shutter speed 1/4000s itu satu kelemahan, itu sajalah kelemahan yang saya tahu. Pada saya D600 ini masih awesome sebab kita dapat kamera yang moden.



5) Sony A7
     Satu-satunya kamera mirrorless dalam list ini, Sony A7 ialah kamera full frame mirrorless system (boleh tukar lens) yang pertama di dunia. Yang terpakai dijual di sekitar RM3000, kamera ni memang boleh jimat banyak kalau digunakan dengan lens manual focus vintaj. Fungsi focus peaking dan magnify live view dalam electronic viewfinder dia memang membantu dalam memudahkan kita nak manual focus.

     ISO performance, dynamic range semua memang terbaik setaraf kebanyakan kamera moden. Kelemahan dia cuma pada shutter lag, AF speed yang agak slow, AF lens lineup yang tak banyak pilihan (yang ada mahal belaka) dan jangka hayat bateri yang pendek. Professionals mungkin perlu tengok-tengok sikit pengganti model ini, A7 II yang telah ditambah baik AF speed dan shutter lag tu, tapi untuk hobby user atau untuk manual focus, A7 ini memang dah cukup terbaik.


Setuju dengan list saya? Share lah! Nantikan posting 5 DSLR crop terpakai yang berbaloi coming soon!

Let's keep in touch, follow saya di facebook dengan klik pada link ini. Terima kasih.

You Might Also Like

0 comments

Popular Posts

My Instagram Photos