5 Kamera Crop Terpakai Yang Berbaloi

11:30

Dalam posting yang lepas saya senaraikan 5 Kamera Full Frame Terpakai Yang Berbaloi, tapi bukan semua orang mampu pakai kamera full frame kan? Kali ini mari kita bincangkan 5 lagi kamera crop terpakai yang berbaloi.


1) Canon EOS 7D
Buat apa berhabis RM3000 untuk kamera entry level sedangkan dengan harga di bawah RM2000 kita boleh beli kamera high end - siri single digit - yang terpakai?

Saya gunakan kamera ini selama tiga tahun sebelum lompat ke full frame. Kamera ni memang banyak berjasa dalam membantu proses pembelajaran saya dalam mencuba pelbagai jenis genre fotografi. Semua dia boleh buat. Diumumkan pada tahun 2009, kamera ni boleh dikira tua juga. Sensor 18 megapixel bebas noise sampai ISO 1600, kamera ni boleh dipakai di situasi cahaya malap (low light) tapi taklah hebat sangat tanpa bantuan external flash (speedlight).

Bila dipadangkan dengan kad memori Compact Flash (CF) yang pantas, kamera ni boleh tangkap 8 gambar sesaat (8fps burst) dan boleh ikut pergerakan subjek yang bergerak laju dengan sistem AF 19 point, semua cross type. Bila dipadankan dengan lens ultrasonic (ring USM) Canon yang fokus dengan laju, Canon EOS 7D ni memang hebat untuk genre yang sangat mencabar, iaitu sports photography.


2) Nikon D7000
Dijual di sekitar RM1500, Nikon D7000 ini lebih murah dari Canon 7D kerana dia bukanlah lawan 7D, tapi lawan kepada Canon 60D yang kita akan bincangkan kemudian.

Sensor 16 megapixel yang dibekalkan oleh Sony ditambah lagi dengan sistem autofocus yang bagus, kamera ni adalah kamera mid range Nikon yang bagus untuk kegunaan pelbagai situasi. Professional photographers paling suka dua slot kad SD yang disediakan untuk backup atau overflow. Pasangkan Nikon D7000 ini dengan lens seperti Nikon 35mm f/1.8G DX, memang best untuk walk around prime, atau gunakan kombinasi Tokina 11-16mm f/2.8 dan Nikon 85mm f/1.8G untuk shoot wedding events, mesti best!


3) Canon EOS 60D
Juga dijual di sekitar RM1500, Canon EOS 60D ialah kamera yang sangat menarik kerana ia adalah kamera mid range yang bagus dari Canon. Perangai Canon ni pelik sikit, dia gunakan sensor dan image processor yang sama je dari 7D. Jadi tiada perbezaan kualiti imej yang ketara antara 7D dengan 60D ini, cuma badan 60D diperbuat daripada polycarbonate yang ringan dan terasa 'plastik' serta sistem autofokus yang lebih simple – 9 points, semua cross type.

60D ini masih menggunakan bateri LP-E6 yang berkapasiti besar dan tahan lama. Selain itu penggemar video akan suka vari angle LCD screen yang boleh diputar untuk menghadap mana-mara arah. Kebanyakan kelemahan ini masih boleh dimaafkan tapi satu kesilapan yang memang menyakitkan hati – TIADA AFMA (autofocus micro adjustment) yang penting untuk calibrate focus! Fungsi ini tersangatlah penting kepada orang yang selalu guna prime lens dengan aperture besar.

Satu je, kamera ni masih bagus lagi awesome untuk harga ini.

+ Bonus, Canon EOS 50D
Kalau anda tak kisah kurangkan sikit high ISO performance, anda boleh dapatkan Canon EOS 50D, model sebelum Canon EOS 60D. Kita dapat balik kelebihan body aloi magnesium yang tahan lasak dan AFMA (autofocus micro adjustment). Murah pulak tu, bawah RM1000 boleh dapat.



4) Canon EOS 650D/700D
Dengan budget di bawah RM1500 kita boleh dapatkan kamera ini yang terpakai. Canon ni agak scumbag jugak kadang-kadang, 650D dan 700D hampir tiada perbezaan yang ketara selain daripada mode dial yang pusingan terhad dengan boleh pusing tanpa henti.

Kamera entry level sudah kurang mendapat perhatian ramai kerana ramai yang lebih gemarkan mirrorless yang lebih kecil dan ringan, tapi masih ada yang lebih gemarkan DSLR kerana pilihan aksesori yang lebih luas. Contohnya speedlight dan microphone. Sesetengah kamera mirrorless tak boleh letak dua aksesori tu. Oh, selepas Canon 70D, Canon 650D dan 700D adalah kamera kedua dan ketiga yang menerima teknologi dual-pixel AF yang membolehkan fungsi autofocus semasa video berfungsi dengan cemerlang sekali dengan lens bermotor STM.

Aspiring videographers, kalau nak jimat, cari lah kamera ini. Penjimatan tu boleh belanjakan dengan beli lens, tripod dan aksesori lain yang lebih penting.


5) Canon EOS 550D/600D
Nak lagi jimat? Angkat yang model lagi sebelum 650D di atas tadi tu. Model inilah yang buatkan Canon begitu terkenal pada awal 2010 kerana ia antara kamera consumer yang boleh rakam full HD video yang paling cantik pada masa dulu. Sekarang di bawah RM1000 boleh dapat. Perbezaan utama antara 550D dengan 600D ialah vari angle screen yang ditunjukkan dalam gambar di atas. 550D punya skrin tak boleh bergerak.

Kelemahan lagi satu ialah mirror box mechanism 550D dan 600D yang sangat bising. Menjerit. Kalau guna shoot situasi yang senyap seperti masa akad nikah, mesti ada yang terganggu dengan jeritan kamera ini.

Kalau nak jimat, sabar jelah. Kamera ni masih sangat capable untuk shoot macam-macam benda. Ada beberapa orang professional wedding photographer yang saya kenali pun pernah mulakan perniagaan mereka dengan kamera ini. Legend tau!


Empat Canon, satu je Nikon? Ini tidak adil! Secara jujurnya, saya lebih gemarkan user interface Canon yang simple, semua lens Canon ada motor – tiada kekeliruan 'tiada motor kat body' yang biasa berlaku kepada kamera entry level Nikon, dan juga Canon ada lebih banyak pilihan lens budget.

Tak apa, ini semua ikut kehendak 'taste' masing-masing. Perbincangan pasal Nikon sharp, Canon kaler lawa, ahh mengarut semua tu.

Let's keep in touch, follow saya di facebook dengan klik pada link ini. Terima kasih.

You Might Also Like

0 comments

Popular Posts

My Instagram Photos