Posts

Showing posts from 2016

Saya Nyaris Nak Beli Fujifilm, Tapi Terbeli Sony. Ini Sebabnya

Image
Dalam posting kali ini saya nak membebel pasal sebab kenapa saya beli Sony A7. Saje nak membebel...


1) Rewind pada tahun 2013 saya pengguna Canon 7D dan banyak lens Canon. Saya suka shoot sports guna kamera tu sebab laju giler. Tapi saya slowly beralih arah ke Landscapes sebab atas permintaan satu magazine editor yang beli gambar-gambar bandar Seoul saya.

2) I love my Canon 7D habis-habisan. Autofocus system pantas, buffer rate is superb, camera operation and menu is super responsive. Sebab kamera ni pakai dual processors. Kira dual core la sama dengan 1D series. Kamera lain semua single processor je.

3) Malangnya Canon 7D ni berat. Teringin nak sesuatu yang lebih ringan. Bila shoot landscape, shoot RAW memang satu kemestian. Dengan 7D ni, dynamic range dia rendah. Bila kita tarik RAW files dia, banding noise dalam shadows yang teruk plus highlight blown out selalu.

4) Pada masa yang sama, saya ada Sony NEX-C3 yang kecil comel tapi RAW files dia superb (Sensor sama dengan Nikon D7000)…

10 Penambahbaikan Utama Sony A6500 daripada A6300!

Image
Pada bulan Februari lalu, Sony telah melancarkan model A6300. Biasanya syarikat kamera akan tunggu sekurang-kurangnya setahun tapi Sony umumkan model A6500 hanya selepas beberapa bulan sahaja!


Semalam, saya dapat peluang untuk sertai bengkel yang dianjurkan oleh Sony Malaysia di Sony Store KLCC, dengar sikit ceramah mengenai tiga kamera terbaru mereka.

- Sony A99 II
- Sony A6500
- Sony RX100 V


Sorilah kalau gambar tak seberapa. Pakai handphone je haha.

Sebagai fans tegar E-mount saya akan fokus lebih kepada model A6500. Kamera ini masih menggunakan sensor 24.2 megapixel dan 425 on-sensor PDAF points yang sama dengan A6300. Ia juga masih ada fungsi 12-fps burst dan 8-fps burst dengan live-view yang sama ada dalam A6300.

Jadi, ada perubahan ke A6500 dengan model A6300? Apa benda yang Sony tambah kat A6300 sampai kena release model baru? Jom kita bincangkan secara pantas apa 10 penambahbaikan A6500 ini.

1. 5-Axis Steady Shot Stabilization


Teknologi 5-axis In-Body-Image-Stabilization (IBI…

5 Mitos Fotografi Yang Ramai Orang Percaya

Image
1. "Lens 35mm guna untuk street je, tak boleh portrait. 50mm keatas baru boleh untuk portrait."

Gambar ini saya tangkap guna kit lens, 28mm f/4.0. Takde istilah satu lens tu untuk satu fungsi je. Dengan tukar focal length lens kita boleh ubah prespektif gambar kita walaupun kita tengah tangkap gambar subjek yang sama. Lens banyak fungsi beb.

Orang kata 50mm untuk portrait, saya pernah guna 50mm tu buat landscape.

Orang kata shoot landscape kena beli wide lens 12mm, saya pernah shoot landscape guna telephoto 200mm.

Eh lens saya punya, suka hati lah nak guna buat apa pun. Hahaha!


2. "Saya tak tahu lokasi yang best untuk photoshoot di area ni, tu sebab saya tak ambik gambar."

Semua orang faham, sebenarnya mencari lokasi untuk photoshoot ni sangat peningkan kepala. Bila tak tahu nak shoot kat mana, apa kata cari CONTENT dulu? Just keluar dan cari subjek apa yang ada.

Nak mencabar lagi, cari lighting dulu. "Eh matahari dah turun, cantik ni golden hour. Baru dapat go…

Kamera Full Frame Paling Bagus Kan?

Image
Perbincangan mengenai kamera tak sah tanpa bercakap mengenai saiz sensor. Sensor adalah bahagian yang merekodkan cahaya jadikan gambar - sama tugas filem zaman dulu.

Menjadi kebiasaan pro suka full frame sebab kualiti imej dari kamera full frame ini lagi bagus. Tapi dengan perkembangan teknologi sekarang, adakah kamera sensor crop masih dikira sebagai tak bagus?

Dalam video di bawah Zack Arias menceritakan mengenai saiz-saiz filem yang photographer pakai zaman dulu, dan bincangkan, adakah full frame je yang mampu hasilkan imej berkualiti tinggi. Great video.


Share lah!

Follow saya di social media;
Facebook (klik sini)
Instagram (klik sini)

Sony Umumkan A6500, dengan Skrin Sentuh & 5-Axis Stabilization

Image
Belum cukup setahun pengumuman model A6300 awal Februari tahun ini, Sony kembali mengumumkan model yang lebih baru hari ini.
Model A6300 menjadi pujaan ramai kerana ia datang dengan fungsi-fungsi bagus seperti badan aloi magnesium, 11fps burst, rakaman 4K secara internal dan 4D focus yang pantas. Namun sesetengah jurugambar sedikit kecewa kerana ia tidak mempunyai joystick untuk mengubah titik fokus dengan pantas.
Dengan model A6500 baru ini, Sony mendengar keluhan kita dan meletakkan skrin sentuh pada kamera ini. Namun, bintang utama penambahbaikan kamera ini ialah; 5-AXIS STABILIZATION yang sebelum ini hanya ada pada siri kamera full frame Sony A7 II.
Mekanisma shutter pula rated sehingga 200,000 cycles. serta dua fungsi dari A99 II iaitu pilihan 1-120 fps dalam Full HD dan design menu baru. Sorry guys, benda lain lebih kurang sama dengan A6300 je.
Berikut adalah gambar-gambar kamera baru ini.






Spec penting: 24.2MP APS-C Exmor CMOS Sensor
BIONZ X Image Processor
XGA Tru-Finder 2.36m…

6D Mark II Diramalkan Dengan Sensor 25MP, Rakaman 4K & Dual SD Slot

Image
Menurut CanonRumors, Canon EOS 6D Mark II diramalkan akan diumumkan pada suku pertama tahun 2017, sempena ekspo CP+ di Jepun.Dikhabarkan prototaip sedang diuji oleh jurugambar terpilih secara rahsia. 6D Mark II itu diramalkan;1) mempunyai sensor full frame 25MP
2) skrin yang boleh diputar ke hadapan seperti Canon 80D
3) dua slot kad memori SD
4) rakaman 4K.
5) Saiz lebih kecil dan lebih ringan dari 6D.Ini cuma ramalan sahaja. Kalau ia jdi realiti, bagus jugak kan? Saya juga harap ia akan dilengkapi dengan sistem autofokus 19-point dari Canon 7D dan burst shot sekurang-kurangnya 5fps. Kalau betul, 6D Mark II akan terjual macam pisang goreng panas sebab semua situasi boleh guna!Apakah spesifikasi harapan anda?

7 Pengumuman Kamera Baru Terbaik Photokina 2016

Image
Banyaknya gajet baru yang diumumkan di Photokina 2016 kali ini! Photokina ialah salah satu ekspo tahunan kamera dan fotografi terbesar di dunia yang diadakan di Cologne, Jerman. Tapi tahun ini memang terbaik!
Jom kita bincangkan mengenai 7 pengumuman terbaik di Photokina 2016!
1. Sony A99 II

Sony umumkan Sony A99 II, pengganti DSLT A-mount flagship A99 sempena ulangtahun 10 tahun Sony A-mount. Dengan banyak rumor mengenai Sony akan berhenti buat DSLT A-mount,  kamera baru ni sekurang-kurangnya menunjukkan A-mount masih hidup... buat masa sekarang lah.
Specs pantas;
- Full Frame 42.4MP BSI Exmor R CMOS Sensor.
- ISO 100-25600 native (50-102400 expanded).
- 4D focus system, Hybrid Phase Detect AF, 399 points, 79 hybrid points.
- 5-axis in body stabilization, 4.5 steps.
- 4K video, XAVC S format at 100Mbps.
- picture profile, time code, clean HDMI output, gamma assist, zebra mode, S-Log3 & S-Log2 gamma.
- 8% lebih kecil dari A99.
- uncompressed RAW
- 12fps burst.
- dual SD Card slot…

Bolehkah Guna Kad Micro SD Dalam DSLR?

Image
Zaman sekarang ni banyak gajet dari smartphone, GoPro dan banyak lagi gajet lain menggunakan kad memori bersaiz Micro SD.

Apa beza Micro SD dan SD?


Seperti yang ditunjukkan di dalam gambar di atas, saiz fizikal kedua-dua kad ini berbeza.

Kad SD adalah kad memori yang menjadi standard buat kesemua gajet sejak dulu lagi. Kad SD biasa digunakan dalam kamera digital. Tapi sejak kemajuan telefon pintar, kad SD ini terlalu besar untuk masuk smartphone kita, jadi terciptalah kad Micro SD.

Masalahnya kebanyakan kamera DSLR dan mirrorless masih menggunakan SD Card yang bersaiz lebih besar dari Micro SD ini.


Kenapa nak masukkan Micro SD dalam DSLR?

Biasanya dengan kamera DSLR, kita tangkap gambar dan semua gambar tersimpan dalam kad SD. Kita kena sambungkan kad SD tu masuk komputer. Lepas tu baru boleh copy files masukkan dalam smartphone. Leceh kan?

Apa jadi kalau kita boleh transfer gambar tanpa perlukan komputer? Keluarkan kad memori dari DSLR dan terus sambungkan kad memori tu masuk smartpho…

Boleh Guna Hard Disk Kat DSLR? (7 Jenis 'Storage Media')

Image
Betulkah kita boleh guna HARD DISK komputer kat kamera DSLR kita?

Kita tangkap gambar guna DSLR atau apa-apa kamera, gambar tu kena simpan kat sesautu tempat kan? Itulah tugas kad memori.


Biasanya kad memori yang kita pakai untuk kamera bentuk SD Card ini, tapi sebenarnya ada banyak jenis lagi storage media yang kita boleh guna kat kamera kita.

Dalam posting kali ini saya nak ceritakan pasal jenis-jenis media simpanan data untuk kamera kita. Ada tujuh semuanya.

Warning, post ni agak panjang...

Sebelum tu,

Kenapa kad memori kena laju-laju ye?

Dalam perbincangan di bawah, saya akan banyak bercakap mengenai kelajuan kad memori dalam unit berapa megabyte sesaat.

Situasi 1: Anda sedang pegang DSLR tepi padang bola sepak ambil gambar perlawanan FIFA World Cup. Sukan bergerak pantas, jadi anda gunakan mod 'burst' yang ambil 10 gambar sesaat atau 10fps. Kita anggarkan satu gambar JPEG bersaiz 6 megabyte. 6MB sesaat x 10 = 60MB sesaat. Jadi, kad memori anda perlu mampu 'menelan'…

Sponsored 3